KPDN Perlis

KPDN Perlis Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perlis

AKTIVITI PENGUATKUASAAN PEJABAT KPDN PERLISPERLIS | 7 SEPTEMBER 2026 - Pegawai Penguat Kuasa KPDN Perlis pada hari ini t...
07/09/2026

AKTIVITI PENGUATKUASAAN PEJABAT KPDN PERLIS

PERLIS | 7 SEPTEMBER 2026 - Pegawai Penguat Kuasa KPDN Perlis pada hari ini telah menjalankan pemeriksaan stesen minyak sekitar Perlis. Pemeriksaan merangkumi pemeriksaan minyak diesel dan petrol serta larangan penjualan dan pembelian minyak petrol RON95 oleh kenderaan bernombor pendaftaran asing serta pemeriksaan di bawah akta-akta yang dikuatkuasakan oleh KPDN.

Pengguna boleh melaporkan sebarang aduan yang berkaitan dengan bidang kuasa di bawah KPDN melalui saluran yang disediakan oleh pihak kementerian;

i. WhatsApp 019-848 8000 / 012-6654292
ii. Aplikasi EZ ADU KPDN
iii. Talian Hotline KPDN 1-800-886-800
iv. Portal e-aduan.kpdn http://eaduan.kpdn.gov.my
v. KPDN Perlis 04-9795000/5003 (9.00 pagi - 6.00 petang)

.0




.0



07/09/2026
07/09/2026

SSM SERTAI PROGRAM ADVOKASI PASAR PATUH DI LANGKAWI

Kuah, 7 September 2026 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Kedah telah menyertai Program Advokasi Pasar Patuh 2026 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Langkawi di Pasar Awam Kuah, Langkawi pada 30 Julai 2026.

Agensi yang terlibat dalam program ini ialah KPDN, Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan dan Metrology Corporation Malaysia Sdn. Bhd.

SSM Negeri Kedah telah diwakili oleh Puan Ku Saliza, Eksekutif Seksyen Penguatkuasaan, bersama dua orang pegawai penguat kuasa iaitu Encik Mohd Zulhilmi dan Encik Muhammad Sufi.

07/09/2026
07/09/2026
07/09/2026

RANGKUMAN ISU HARIAN KPDN EDISI 7 SEPTEMBER 2026



AKTIVITI PENGUATKUASAAN PEJABAT KPDN PERLISPERLIS | 7 September 2026 - Pegawai Penguat Kuasa KPDN Perlis pada hari ini t...
07/09/2026

AKTIVITI PENGUATKUASAAN PEJABAT KPDN PERLIS

PERLIS | 7 September 2026 - Pegawai Penguat Kuasa KPDN Perlis pada hari ini telah menjalankan pemeriksaan di Pasar Pagi Sena dan premis sekitar. Pemeriksaan merangkumi siasatan aduan, pemeriksaan larangan penjualan dan pembelian minyak masak paket polibeg 1kg kepada warga asing, pemeriksaan halal, pematuhan penandaan harga, alat timbang, pemeriksaan keberadaan bekalan gula (bertapis kasar dan halus serta gula jernih), minyak masak paket 1 kg,keberadaan minyak masak botol,pemeriksaan tepung gandum , Ops Manis, Ops Kesan 6.0, pemeriksaan pelitup muka, Ops Tanda Harga serta pemeriksaan di bawah akta-akta yang dikuatkuasakan oleh KPDN.

Penandaan harga bagi barangan jualan dipamerkan oleh peniaga dengan jelas dan tidak mengelirukan pengguna. Alat timbang dan alat sukat yang digunakan oleh peniaga didapati dalam tempoh tentusah untuk tujuan perdagangan. Bekalan bagi barangan kawalan iaitu minyak masak, gula pasir, tepung gandum ada dijual di semua premis yang diperiksa. Harga jualan oleh peniaga seperti mana yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Pemeriksaan juga dijalankan ke atas pemborong & perucit-peruncit yang menjual Gas Petroleum Cecair (LPG) mendapati stok bekalan tidak menghadapi masalah di pasaran & dijual mengikut harga kawalan yang ditetapkan.

Advokasi berkaitan perundangan yang dikuatkuasakan turut diberikan kepada para peniaga supaya sentiasa mematuhi undang-undang & peraturan-peraturan yang sedang dikuatkuasakan oleh kementerian.

Pengguna boleh melaporkan sebarang aduan yang berkaitan dengan bidang kuasa di bawah KPDN melalui saluran yang disediakan oleh pihak kementerian;

i. WhatsApp 019-848 8000 / 012-6654292
ii. Aplikasi EZ ADU KPDN
iii. Talian Hotline KPDN 1-800-886-800
iv. Portal e-aduan.kpdn http://eaduan.kpdn.gov.my
v. KPDN Perlis 04-9795000/5003 (9.00 pagi - 6.00 petang)




.0



Address

Lot 20066, Tanjung Gorah, Mukim Sena
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049795000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KPDN Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share