26/08/2026
ππ°ππππππ ππππππππ (ππππππππππππππ/ πππππππ ππππ ππ°ππππ/ ππππππππππ πππππ) ππππ ππππ°ππ ππππππ ππππππππ ππππ° ππππππ (π.π.π.π)
YDH CP Datoβ Sri Muhammed Hasbullah bin Ali, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), bersama YBhg. Datin Sri Dr. Rosmariza binti Datoβ Haji Che Umar, Pengerusi PERKEP JSPT, serta seluruh warga JSPT Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH DCP Datuk Mohd Rozi bin Jidin, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT, atas pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran βDatukβ.
Beliau dikurniakan D.P.S.M. dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-77 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, pada hari ini.
Semoga pengiktirafan ini menjadi suntikan semangat untuk terus mencurahkan bakti, kepimpinan dan khidmat terbaik kepada pasukan, masyarakat dan negara.