16/10/2026
πππππππ πππππ πππππ πππππ πππππππ πππππππππ
ππππππππ ππππππππ ππππππππ (πππ) ππ ππππππππ ππππππ π
ππππππ
Hospital Tuanku Fauziah (HTF) berbesar hati menerima lawatan kerja rasmi YBrs. Dr Akhmal Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Clinical Research Malaysia (CRM) bersama barisan pengurusan CRM ke Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) HTF pada 14 Oktober 2026.
Lawatan ini merupakan platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara CRM, HTF dan negeri Perlis, khususnya dalam memperkasakan pelaksanaan penyelidikan klinikal tajaan industri serta memperluas peluang penyertaan pesakit dalam kajian klinikal di HTF dan negeri Perlis.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pengarah Hospital Tuanku Fauziah, YBrs. Dr. Hj. Amin Sah bin Hj. Ahmad, dan Timbalan Pengarah Hospital II, Dr. Haslizawati binti Hashim yang menghadiri sesi lawatan rasmi ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua Principal Investigator (PI), iaitu YBhg. Datuk Seri Dr Paras Doshi, Dr. Ruzita binti Jamaluddin, Dr. Siti Akma binti Ishak, Dr. Suhaila binti Ab Wahab, Dr. Noorhafini binti Abdul Sukur, Dr. Nor Hashimah binti Abu Mansor Matardiah, dan Dr. Suhairul Sazali, serta seluruh pasukan penyelidik di HTF dan klinik kesihatan di negeri Perlis atas komitmen dan usaha berterusan dalam menjayakan penyelidikan klinikal.
Dedikasi dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para penyelidik klinikal merupakan pemangkin utama dalam memacu perkembangan penyelidikan klinikal di Perlis, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada pesakit untuk mendapat akses kepada rawatan baharu melalui penyertaan dalam kajian klinikal.
Syabas dan tahniah kepada seluruh pasukan penyelidikan klinikal HTF dan klinik kesihatan di negeri Perlis!
βπΉπππππππ π»πππ π΄ππππππ ππ π·πππππππβ