Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi

Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi Laman Facebook Rasmi Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis mulai tahun 2024

DAULAT TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawa...
31/05/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan serta terus memayungi rakyat dan negara dengan penuh kebijaksanaan, keadilan serta kedaulatan.

Menjunjung kasih Tuanku atas segala jasa, kepimpinan dan pengorbanan dalam memartabatkan institusi Raja Berperlembagaan demi kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia.

Ingatan tulus ikhlas daripada

Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis



Selamat Menyambut Hari Wesak 2026Semoga sambutan Hari Wesak membawa sinar kedamaian, kebahagiaan dan keharmonian kepada ...
31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak 2026

Semoga sambutan Hari Wesak membawa sinar kedamaian, kebahagiaan dan keharmonian kepada semua penganut Buddha serta seluruh masyarakat. Marilah kita bersama-sama menyemai nilai kasih sayang, toleransi, saling menghormati dan perpaduan demi kesejahteraan serta kemakmuran negara.

Ucapan Tulus Ikhlas Daripada:
Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis

๐ŸŒ™ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M ๐ŸŒ™Semoga Aidiladha yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan da...
27/05/2026

๐ŸŒ™ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M ๐ŸŒ™

Semoga Aidiladha yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan dan mempereratkan lagi ukhuwah sesama kita.

Marilah kita menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan serta semangat kebersamaan dalam menjalani kehidupan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

โœจ Salam Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin โœจ

Ikhlas daripada:
Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis

25/05/2026
Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis Kali Ke-40 bagi sesi 2024โ€“2025 telah berlangs...
25/05/2026

Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis Kali Ke-40 bagi sesi 2024โ€“2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Mei 2026 (Jumaat), jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Q, Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan kebajikan, aktiviti sukan serta perancangan program kelab demi memperkukuhkan hubungan silaturahim dan semangat kerjasama dalam kalangan warga kerja JKR Perlis.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli serta jawatankuasa yang telah hadir dan memberikan komitmen sepanjang mesyuarat berlangsung.



Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Kementerian Kerja Raya Malaysia

๐Ÿ† Tahniah diucapkan kepada seluruh warga jabatan atas kejayaan meraih Tempat Ketiga bagi kategori Kenderaan Berhias di F...
24/05/2026

๐Ÿ† Tahniah diucapkan kepada seluruh warga jabatan atas kejayaan meraih Tempat Ketiga bagi kategori Kenderaan Berhias di Festival Rakyat 3.0 sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-83 DYMM Tuanku Raja Perlis.

Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama, komitmen dan semangat berpasukan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penyertaan jabatan. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus mengharumkan nama jabatan pada masa akan datang.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat! ๐Ÿ‘๐ŸŽ‰



Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Kementerian Kerja Raya Malaysia

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBh...
24/05/2026

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datoโ€™ Sri Ir. Roslan bin Ismail atas segala jasa, sumbangan serta kepimpinan cemerlang sepanjang menabur bakti dalam perkhidmatan awam. Dedikasi, komitmen dan iltizam beliau dalam memacu pembangunan infrastruktur negara serta memperkukuh kecemerlangan organisasi amat dihargai dan akan sentiasa dikenang. Segala usaha, pengorbanan dan pembaharuan yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan telah memberi impak besar kepada kemajuan Jabatan dan kesejahteraan rakyat.



Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Kementerian Kerja Raya Malaysia

๐Ÿ”ด LIVE | PELUNCURAN ARCA "I AM JKR" OLEH YBHG. DATO' SRI Ir. ROSLAN BIN ISMAIL, KETUA PENGARAH KERJA RAYAPautan di YouTu...
22/05/2026

๐Ÿ”ด LIVE | PELUNCURAN ARCA "I AM JKR" OLEH YBHG. DATO' SRI Ir. ROSLAN BIN ISMAIL, KETUA PENGARAH KERJA RAYA

Pautan di YouTube:

MEMENTO CLOCK OUT & PELUNCURAN ARCA "I AM JKR" OLEH YBHG. DATO' SRI Ir. ROSLAN BIN ISMAIL, KETUA PENGARAH KERJA RAYA DAN MELAKAR SINERGI KECEMERLANGAN "I AM ...

21/05/2026

๐๐จ๐ญ๐ข๐ฌ ๐Œ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š-๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐’๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ซ๐š
๐‰๐š๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐š๐ง
๐…๐“ ๐ŸŽ๐ŸŽ๐Ÿ• ๐‰๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐š๐ง๐ ๐š๐ซ - ๐๐š๐๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ฌ๐š๐ซ
๐ฌ๐ž๐ค๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง ๐Ÿ’๐Ÿ’.๐Ÿ“๐ŸŽ - ๐Ÿ’๐Ÿ“.๐Ÿ–๐ŸŽ
๐Š๐š๐ง๐ ๐š๐ซ, ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ข๐ฌ

THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Perlis Pejabat Kawasan Kangar ingin memaklumkan pelaksanaan kerja-kerja senggara berikut di FT 007 Jalan Kangar ke Padang Besar, seksyen 44.50 - 45.80, Kangar, Perlis.

Lokasi ini terletak berhampiran dengan Balai Polis Trafik Kangar dan Toyota Kangar, Kangar, Perlis yang akan dilaksanakan pada 8.00 malam, 21 Mei 2026, Khamis hingga 8.00 pagi, 22 Mei 2026, Jumaat.

Pelaksanaan kerja-kerja senggara ini akan melibatkan kerja-kerja pembinaan semula laluan pada seksyen dimaksudkan dalam tempoh tertera, dan pengguna yang melalui lokasi ini dinasihatkan untuk mematuhi segala arahan petugas dan papan tanda di lokasi.

Proses ini dijangka akan mendatangkan ketidakselesaan kepada pengguna yang melalui laluan ini dalam tempoh tersebut.

Namun begitu, ketidakselesaan tersebut adalah bersifat sementara demi keselesaan berpanjangan pada masa hadapan.

THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar




Alexander Nanta Linggi
Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi
Perlis Permai
Perlis Hari Ini
PerlisAktif

โœจ Malam Kilauan Cahaya Istana Arau   โœจMenjunjung titah perintah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, rakyat jelata d...
21/05/2026

โœจ Malam Kilauan Cahaya Istana Arau โœจ

Menjunjung titah perintah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, rakyat jelata dijemput hadir memeriahkan program Malam Kilauan Cahaya Istana Arau sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-83 DYMM Tuanku Raja Perlis.

๐Ÿ—“ Tarikh: 23 & 24 Mei 2026 (Sabtu & Ahad)
๐Ÿ•ค Masa: 9.30 malam โ€“ 11.30 malam
๐Ÿ“ Lokasi: Perkarangan Istana Arau
๐Ÿ‘” Pakaian: Sopan dan bersesuaian

๐ŸŒŸ Pelbagai suasana menarik dan limpahan cahaya indah menanti para pengunjung di perkarangan Istana Arau.

๐Ÿšซ Para pengunjung diingatkan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk menjaga kebersihan, tidak merokok/vape serta berpakaian sopan sepanjang berada di kawasan istana.

๐Ÿš— Parkir dan perkhidmatan shuttle bus/choley turut disediakan bagi kemudahan pengunjung.

Ayuh bersama-sama memeriahkan malam penuh gemerlapan ini dan cipta kenangan terindah bersama keluarga dan sahabat handai โœจ

Address

K. M, 3, Jalan Raja Syed Alwi
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:15 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share