Pejabat SUK Perlis

Pejabat SUK Perlis Facebook Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI (MPT) DI BAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERLIS BILANGAN 3 TAHUN 2026đź“… 08 Jun 2026 (Isn...
08/06/2026

MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI (MPT) DI BAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERLIS BILANGAN 3 TAHUN 2026

đź“… 08 Jun 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 9.30 pagi – 1.00 petang
📍 Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis

YB Dato’ Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) di Bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Bilangan 3 Tahun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis

Tujuan utama pelaksanaan mesyuarat ini adalah sebagai medium komunikasi di antara YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri/ Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis bagi mendapatkan maklum balas isu-isu/ pelaporan perkembangan tindakan terkini jabatan/ bahagian berkaitan fungsi jabatan/ bahagian masing-masing.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis turut berkongsi mengenai Sesi Sembang Santai Ketua Setiausaha Negara bersama Pegawai Muda Negeri Perlis yang telah diadakan sebelum ini. Perkongsian tersebut menyentuh mengenai peranan perkhidmatan awam serta tanggungjawab penjawat awam muda dalam mendepani cabaran masa hadapan. Turut ditekankan ialah penghayatan terhadap nilai-nilai teras Malaysia MADANI yang menekankan aspek kemanusiaan, integriti, profesionalisme dan semangat kebersamaan sebagai asas dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, berkesan dan berdaya saing.

Dalam mesyuarat ini, YBrs. Dr. Ghazali bin Chik, Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Puan Nurul Hana binti Mohd Sayuti, Timbalan Pengarah, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis telah membentangkan kertas pertimbangan/ makluman berkaitan jabatan/ bahagian masing-masing.

Turut hadir Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Perlis, Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBrs. Dr. Ghazali bin Chik, Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Encik Mohammad A’sim bin Md Ali. Pengarah, Jabatan Imigresen Negeri Perlis, Puan Wan Noraini binti Wan Ahmad, Ketua Penolong Pengarah (Seksyen Pemantauan), ICU JPM Perlis, Encik Che Rasaidi bin Che Yob, Timbalan Pengarah Pendidikan (Perancangan), JPN Perlis, Encik Sallehuddin bin Saad, Penolong Pengarah (Sektor Pengurusan Sekolah), JPN Perlis, Puan Aida Farihah binti Mansor, Pegawai Teknologi Makanan, JKN Perlis dan Urus setia Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT).


SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAHSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ...
08/06/2026

SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis atas kejayaan menerima Sijil Cemerlang Kategori Pejabat SUK serta diiktiraf sebagai penerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan.

Tahniah juga diucapkan kepada Jabatan M***i Negeri Perlis (Kategori Jabatan Dibawah Pentadbiran Kerajaan Negeri) dan Jabatan Penyiaran Negeri Perlis (Kategori Jabatan Persekutuan) yang turut menerima pengiktirafan yang sama, sekali gus membuktikan komitmen tinggi jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Perlis dalam mematuhi serta melaksanakan aspek keselamatan perlindungan pada tahap yang cemerlang.

Pengiktirafan berprestij ini adalah hasil penilaian yang dilaksanakan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, meliputi aspek Dasar Keselamatan Perlindungan, Keselamatan Fizikal, Keselamatan Rahsia Rasmi dan Keselamatan Peribadi.

Daripada keseluruhan 118 jabatan yang dinilai, hanya 50 jabatan dan agensi di peringkat persekutuan serta negeri berjaya memperoleh penarafan cemerlang. Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan penjawat awam negeri dalam memastikan pengurusan keselamatan perlindungan dilaksanakan secara berkesan, sistematik dan selaras dengan standard yang ditetapkan.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh budaya kerja cemerlang, meningkatkan tahap integriti dan profesionalisme, serta mengekalkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan awam demi kemajuan dan kesejahteraan Negeri Perlis.



Gangguan Stres Pascatrauma (Post-Traumatic Stress Disorder - PTSD) ialah satu keadaan kesihatan mental yang boleh berlak...
07/06/2026

Gangguan Stres Pascatrauma (Post-Traumatic Stress Disorder - PTSD) ialah satu keadaan kesihatan mental yang boleh berlaku selepas seseorang mengalami, menyaksikan atau terdedah kepada peristiwa traumatik yang mengancam nyawa, keselamatan atau kesejahteraan diri. PTSD boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina atau latar belakang. Kefahaman dan kesedaran masyarakat terhadap PTSD amat penting bagi memastikan individu yang terkesan mendapat sokongan dan bantuan yang sewajarnya. Berikut merupakan tanda-tanda PTSD untuk kita fahami bersama.




MAJLIS PERASMIAN PENUTUP NAKAWAN RAINFOREST FESTIVAL (NRF) BAGI HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 20...
07/06/2026

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP NAKAWAN RAINFOREST FESTIVAL (NRF) BAGI HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2026

đź“… : 07 Jun 2026 (Ahad)
⏰ : 10.00 pagi
📍 : Taman Eko Rimba Bukit Ayer, Sungai Batu Pahat

DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Penutup Nakawan Rainforest Festival (NRF) Bagi Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Eko Rimba Bukit Ayer, Sungai Batu Pahat. Turut berangkat mengiringi Baginda ialah DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis.

Turut hadir bersama ke majlis ini, YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri, YB Dato’ Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Ahli-Ahli Yang Berhormat, YBhg. Dato’ Mohd Radhi Chu bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Operasi & Teknikal, Jabatan Perhutanan Malaysia dan Encik Ag Shaffie bin Ag Ahmadni, Pengarah, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.

Penganjuran Nakawan Rainforest Festival yang memasuki siri ketiga pada tahun ini menampilkan pelbagai pengisian berteraskan alam semula jadi, warisan dan komuniti dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat. Festival ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar secara lebih menyeluruh dan berkesan.

Sepanjang sembilan hari penganjurannya bermula 30 Mei hingga 7 Jun 2026, festival ini telah menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik termasuk Pasar Warisan, pameran ikhtiar hidup, demonstrasi masakan dalam buluh, teknik kelangsungan hidup di hutan serta pameran interaktif yang disertai oleh 18 pempamer daripada pelbagai agensi dan organisasi.

Selain itu, festival ini turut menampilkan forum perdana dan siri audio siar yang melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta sekolah-sekolah, dengan memberi penekanan kepada peranan semua pihak dalam memastikan kelestarian hutan dan khazanah alam semula jadi terus terpelihara untuk generasi akan datang.

Pada majlis tersebut, DYMM Tuanku Raja Perlis telah berkenan menyempurnakan simbolik perasmian penutupan Nakawan Rainforest Festival (NRF) Bagi Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis Tahun 2026.

Hadir sama dalam majlis ini Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, wakil-wakil jabatan dan agensi berkaitan serta urus setia Majlis.



MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT, DEWAN UNDANGAN NEGERI PERLIS KE-15 (HARI KETIGA)Tarikh: 05 Jun 2026 (Jum...
05/06/2026

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT, DEWAN UNDANGAN NEGERI PERLIS KE-15 (HARI KETIGA)

Tarikh: 05 Jun 2026 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Kompleks Seri Putra, Kangar Perlis

Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15 berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 3, 4 dan 5 Jun 2026 bagi membahaskan pelbagai isu serta masalah rakyat di Negeri Perlis.

Persidangan pada hari ini dihadiri oleh YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Menteri Besar Perlis, YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis serta semua Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis.

Turut hadir bersama, YB Dato' Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta Pegawai-Pegawai Kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Persidangan pada hari ini diteruskan dengan sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan DYMM Tuanku Raja Perlis yang telah dibahaskan oleh YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri sepanjang persidangan berlangsung. Persidangan diakhiri dengan penangguhan Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15 oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis.



DAULAT TUANKUMerafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Almar...
05/06/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis, sempena Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 6 Jun 2026 bersamaan 20 Zulhijjah 1447H.

Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan serta limpahan rahmat, dan terus bersemayam memayungi Negeri Perlis dengan penuh kedaulatan, kebijaksanaan dan kasih sayang kepada rakyat jelata.

Sembah takzim daripada YB Dato’ Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta seluruh warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Mulia Dato’ Seri Diraja Datin Paduka Hajah Sharifah Fazira binti Tuanku ...
05/06/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Mulia Dato’ Seri Diraja Datin Paduka Hajah Sharifah Fazira binti Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Tengku Puteri Mahkota Perlis sempena Ulang Tahun Keputeraan Yang Amat Mulia pada 05 Jun 2026 bersamaan 19 Zulhijjah 1447H.

Semoga Yang Amat Mulia sentiasa dikurniakan limpahan keafiatan, kesejahteraan dan kebahagiaan, serta terus menjadi lambang keanggunan, kebijaksanaan dan kemuliaan kepada rakyat Negeri Perlis.

Sembah takzim daripada:

YB Dato’ Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta seluruh warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT, DEWAN UNDANGAN NEGERI PERLIS KE-15 (HARI KEDUA)Tarikh: 04 Jun 2026 (Kham...
05/06/2026

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT, DEWAN UNDANGAN NEGERI PERLIS KE-15 (HARI KEDUA)

Tarikh: 04 Jun 2026 (Khamis)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Kompleks Seri Putra, Kangar Perlis

Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15 berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 3, 4 dan 5 Jun 2026 bagi membahaskan pelbagai isu serta masalah rakyat di Negeri Perlis.

Persidangan pada hari ini dihadiri oleh YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Menteri Besar Perlis, YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis serta semua YB Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis.

Turut hadir bersama, YB Dato' Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta Pegawai-Pegawai Kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis dimulai dengan lafaz ikrar Rukun Negara pada Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15 yang diketuai oleh Setiausaha DUN Perlis. Persidangan pada hari ini adalah untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan DYMM Tuanku Raja Perlis yang telah disempurnakan kelmarin (03 Jun 2026).



05/06/2026

Siaran Langsung Hari Ketiga, Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15, 5 Jun 2026


Salam Jumaat Yang Penuh Keberkatan🤲🏻🌸
04/06/2026

Salam Jumaat Yang Penuh Keberkatan🤲🏻🌸


Address

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, Persiaran Wawasan
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 12:00
14:45 - 17:30

Telephone

+6049738800

Website

https://tinyurl.com/librarysukperlis

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat SUK Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share