Dewan Muslimat PAS Kawasan Kangar

Dewan Muslimat PAS Kawasan Kangar ISLAM MEMIMPIN WANITA SEJAHTERA

03/09/2026

KESIAPSIAGAAN PRU 16: DARIPADA JENTERA PILIHANRAYA KEPADA GERAKAN RAKYAT

Muslimat PAS perlu memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dengan beralih daripada sekadar berperanan sebagai jentera pilihan raya kepada sebuah gerakan rakyat yang sentiasa dekat dengan masyarakat.

Perkara itu ditegaskan Nur Aina Najwa binti Abdullah, Perwakilan Perlis menerusi ucapan penangguhan bertajuk “Kesiapsiagaan PRU16: Daripada Jentera Pilihan Raya kepada Gerakan Rakyat”.

Menurut beliau, persediaan menghadapi pilihan raya bukan hanya menggerakkan jentera apabila musim pilihan raya tiba, sebaliknya perlu bermula dengan membina organisasi yang kukuh, menyediakan tenaga kerja berkualiti serta mengenal pasti dan membentuk kepimpinan masa depan.

Beliau turut mengingatkan kepentingan meraih kepercayaan rakyat melalui khidmat dan penyelesaian yang nyata, selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’, ayat 58 mengenai kewajipan menunaikan amanah kepada mereka yang berhak.

“Gerakan politik mungkin berusaha mempertahankan kuasa dan kedudukan. Tetapi gerakan rakyat mesti menumpukan perhatian kepada kebajikan, keperluan dan permasalahan rakyat,” katanya.
Mengulas situasi yang berlaku di Perlis, beliau menyeru agar perbahasan politik tidak menyebabkan fokus terhadap masalah rakyat terpinggir.

“Di manakah politik solusi? Jangan sampai politik kita semakin bising, tetapi masalah rakyat semakin disenyapkan,” tegasnya.
Beliau berkata, rakyat mahu melihat penyelesaian serta pemimpin yang bukan sekadar mampu bercakap mengenai masalah, tetapi hadir membawa jalan keluar.

Dalam pada itu, beliau menyeru agar Budaya Politik Matang dan Sejahtera diterjemahkan melalui gaya kerja, sikap dan tindakan, selain menjadikan apa yang berlaku di Perlis sebagai ruang untuk bermuhasabah, memperbaiki kelemahan dan mencari titik persamaan.

Persiap Kepimpinan Muda
Nur Aina Najwa turut menekankan kepentingan memberi ruang lebih luas kepada Muslimat dan generasi muda untuk terlibat dalam organisasi.

Katanya, golongan muda perlu diberi peluang menguruskan data, mengendalikan program, turun ke lapangan serta terlibat secara langsung dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
“Jangan hanya melatih mereka untuk menjadi petugas pilihan raya. Kita perlu melatih mereka untuk menjadi pemimpin masa depan,” katanya.

Menurut beliau, kesiapsiagaan PRU16 yang sebenar bukan sekadar menjawab persoalan siapa yang mahu bekerja apabila pilihan raya tiba, tetapi memastikan organisasi telah mempunyai jawapan kepada persoalan siapa yang telah dipersiapkan untuk bekerja dan siapa yang telah dipersiapkan untuk diangkat sebagai pemimpin.
Beliau menegaskan, jentera yang dibina mestilah bukan sahaja kuat ketika pilihan raya, tetapi sentiasa hidup, bergerak dan dekat dengan rakyat.



03/09/2026

BISMILLAH 🤲

Hadir memenuhi tanggungjawab sebagai Muslimat.
MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA KALI KE-66

"Islam Berdaulat, Wanita Bermartabat"

Semoga keputusan dan ketetapan muktamar ini menjadi asbab kebaikan untuk Islam, untuk ummah dan untuk negara tercinta.

Alhamdulillah. KONVOI SEMARAK MERDEKA 202630 Ogos 2026 | Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis bersama dengan Dewan Muslimat ...
31/08/2026

Alhamdulillah.
KONVOI SEMARAK MERDEKA 2026
30 Ogos 2026 | Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis bersama dengan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kangar

Terima kasih semua peserta 🙌
Semangat Merdeka di dada, bakti untuk ummah.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul12 Rabiul Awwal 1448H | Maulidur Rasul"Rahmat bagi sekalian alam"Di hari kelahiran Bagin...
25/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

12 Rabiul Awwal 1448H | Maulidur Rasul

"Rahmat bagi sekalian alam"

Di hari kelahiran Baginda, mari kita hidupkan sunnah,
perbanyakkan selawat dan jadikan sirah sebagai panduan hidup.

اللهم صل على محمد

Himpunan Cinta Rasul di Surau Al Hidayah, Padang KotaAhad, 23 Ogos 2026
23/08/2026

Himpunan Cinta Rasul di Surau Al Hidayah, Padang Kota

Ahad, 23 Ogos 2026

Alhamdulillah, selesai misi Ziarah Kasih dan serahan sumbangan untuk warga DUN Bintong! 💚​Terima kasih kepada Penyelaras...
19/08/2026

Alhamdulillah, selesai misi Ziarah Kasih dan serahan sumbangan untuk warga DUN Bintong! 💚

​Terima kasih kepada Penyelaras Pusat Khidmat DUN Bintong, Tuan Haji Abdul Jamil Khamis atas sumbangan ikhlas yang disalurkan.

​Agihan disempurnakan oleh Ketua Muslimat PAS Kawasan Kangar, Puan Suhanawati Jaafar bersama Pengerusi Lajnah Kebajikan, Puan Ummil Mu’minah Hj Yusof.

​Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan menceriakan keluarga yang disantuni. Amin Ya Rabbal Alamin. 🤲🏻

Alhamdulillah, subur dan tenang rasa hati dapat meluangkan masa di taman syurga hari ini! 🌹✨​Terima kasih buat semua yan...
17/08/2026

Alhamdulillah, subur dan tenang rasa hati dapat meluangkan masa di taman syurga hari ini! 🌹✨

​Terima kasih buat semua yang hadir memeriahkan Halaqah Wanita Bintong.

Perkongsian ilmu dan pengisian rohani kali ini memang sangat mendalam dan dekat di hati.
​Sesi hari ini memfokuskan kepada:

📖 Topik: Tadabbur Surah Al-'Ankabut (Ayat 3 - 9)
🧕 Penyampai: Ustazah Hajjah Noor Seri bt Osman

🕌 Lokasi: Surau Nur Ahmadi, Markaz Tarbiyyah Nur Ahmadi, Abi Kubang Badak.

​Semoga segala teguran, pedoman, dan ibrah dari ayat-ayat suci Al-Quran yang dikongsikan oleh Ustazah tadi dapat kita jadikan bekal dan panduan dalam melayari ujian kehidupan.

Moga iman kita makin teguh, insya-Allah! 💕
​Buat sahabat-sahabat muslimat yang tak berkesempatan hadir hari ini, insya-Allah kita jumpa di siri halaqah yang akan datang ya.

Jom kita istiqamah suburkan majlis-majlis ilmu di tempat kita! 🤲🌸

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.(Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada-Nya jua kita kembali.)​Seluruh Ahli Jawat...
13/08/2026

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.
(Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada-Nya jua kita kembali.)

​Seluruh Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli Dewan Muslimat PAS Kawasan Kangar merakamkan ucapan takziah buat Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Kangar, Al-Fadhil Ustaz Yussaine Yahya dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan, Ummu Muhammad Jaafar serta seluruh ahli keluarga atas kembalinya bonda yang dikasihi, Almarhumah Hajah Ro'mah binti Abdullah ke Rahmatullah.

​"Ya Allah, ampunilah Almarhumah, rahmatilah dia, maafkanlah kesalahannya dan muliakanlah tempat kembalinya. Lapangkanlah kuburnya dan terimalah segala amal kebajikannya sepanjang hayatnya di dunia."

​Kami menadah tangan mendoakan agar roh Almarhumah bonda ditempatkan dalam kalangan para solihin, dianugerahkan keampunan yang seluas-luasnya, dan diangkat darjatnya di sisi Allah SWT.

​Buat Al-Fadhil Ustaz Yussaine dan keluarga, semoga dikurniakan sepenuh ketabahan, kekuatan iman, dan kesabaran dalam reda menerima ketetapan Ilahi ini.

​Al-Fatihah.
​Ikhlas daripada,
Dewan Muslimat PAS Kawasan Kangar

01/08/2026
Ziarah Kasih Lajnah Pendidikan kawasan pada Sabtu lepas.
13/07/2026

Ziarah Kasih Lajnah Pendidikan kawasan pada Sabtu lepas.

Address

Kangar

Telephone

+601110307332

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Kawasan Kangar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share