MPKK Behor Gandil

MPKK Behor Gandil I ❤️ Behor Gandil

Tahun pertama beliau mulakan dengan menutup premis judi. Tahun kedua dan ketiga beliau galakkan rakyat Perlis solat dan ...
28/12/2025

Tahun pertama beliau mulakan dengan menutup premis judi.

Tahun kedua dan ketiga beliau galakkan rakyat Perlis solat dan baca Quran.

Walaupun tugas beliau sebagai MB sudah terhenti waktu ini, namun saya yakin pahala amal beliau terus berpanjangan.

Teruskan jiwa besarmu dan kekalkan senyumanmu buat rakyat Perlis, YB Cikgu Shukri.

MB Perlis sedang jalani pemeriksaan kesihatan
22/12/2025

MB Perlis sedang jalani pemeriksaan kesihatan

KANGAR: Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini sedang berada di sebuah hospital di Ibu Negara bagi pemeriksaan lanjut setelah mengadu mengalami sakit dada sejurus kembali daripada urusan luar negara. Setiausaha Akhbar Menteri Besar Perlis, Mohamad Azreen Jumri memaklumkan perkara tersebut dalam satu....

Sasterawan Perlis, Rejab F.I. (1941 – 2025), telah kembali ke rahmatullah..
30/09/2025

Sasterawan Perlis, Rejab F.I. (1941 – 2025), telah kembali ke rahmatullah..

30/09/2025

KANGAR: Sambutan Hari Malaysia 2025 bukan sekadar menghidupkan semangat patriotisme, malah berjaya mengukuhkan silaturahim dalam kalangan penduduk Kampung Behor Gandil, di sini. Program anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Behor Gandil dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP...

Alhamdulillah, usai Program Sambutan Hari Malaysia Kampung Behor Gandil 2025 yang berlangsung di Dewan Surau Behor Gandi...
28/09/2025

Alhamdulillah, usai Program Sambutan Hari Malaysia Kampung Behor Gandil 2025 yang berlangsung di Dewan Surau Behor Gandil..

Pelbagai pengisian menarik telah diadakan antaranya :

✅ Bengkel Kompos bersama UNIMAPS
✅ Penyampaian Hadiah Hias Rumah & Lorong
✅ Cabutan Bertuah
✅ Peraduan Mewarna (7-12 tahun)
✅ Pertandingan Kerabu Sedap

Program anjuran MPKK Behor Gandil dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UNIMAPs) ini berjaya memupuk semangat kebersamaan serta mengeratkan silaturrahim dalam kalangan masyarakat setempat.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YAB Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kerana sudi meluangkan masa menghadiri program ini..

Turut hadir memeriahkan program ialah Cikgu Wan Hasan, Senator Haji Baharuddin, Ahli Majlis MPK Amrul Amri Chan, Pengerusi JPKKP Nazuwan Rashid, Wakil UNIMAPS Dr. Roszanita Che Amat, Penyelaras Pusat Khidmat Menteri Besar, Khairul Md Nopiah serta pimpinan setempat..

Terima kasih juga para juri Ahli Majlis MPK, Nor Affizal, Pramoot Puan dan Wan Affendi serta juri-juri acara yang lain..

Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang menjayakan program ini..

Semoga semangat perpaduan terus subur dalam kalangan rakyat negeri Perlis..







*Program Sambutan Hari Malaysia Kampung Behor Gandil 2025*28/9/2025Ahad (8.30 pagi)Dewan Surau Behor Gandil- *Bengkel Ko...
25/09/2025

*Program Sambutan Hari Malaysia Kampung Behor Gandil 2025*

28/9/2025
Ahad (8.30 pagi)
Dewan Surau Behor Gandil

- *Bengkel Kompos*
- *Penyampaian Hadiah Hias Rumah dan Lorong*
- *Cabutan Bertuah*
- *Peraduan Mewarna (7-12 tahun)*
- *Pertandingan Kerabu Sedap*

Anjuran MPKK Behor Gandil dan Universiti Malaysia Perlis (Unimaps).

Semua warga penduduk Kampung Behor Gandil dijemput hadir bagi memeriahkan suasana.

*Bengkel Kompos* penerangan mengenai fungsi kompos dan cara membuat Baja Kompos

*Pertandingan Kerabu Sedap* pendaftaran kepada Puan Sarimah Hamzah (Kak Mah)

*Pertandingan Mewarna* pendaftaran pada 28/9/2025, 9.00 pagi di tapak program *(terhad 15 orang peserta dan peralatan mewarna tidak disediakan)*

*Cabutan Bertuah* pendaftaran pada 28/9/2025, 9.00 pagi di tapak program*(hadiah menarik menanti)*

* *
* *
* *
* *
* *

Alhamdulillah..Selesai mesyuarat MPKK Behor Gandil malam ini..Semoga Allah permudahkan segala urusan MPKK Behor Gandil.....
20/07/2025

Alhamdulillah..

Selesai mesyuarat MPKK Behor Gandil malam ini..

Semoga Allah permudahkan segala urusan MPKK Behor Gandil..

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَتَعَاوَنُوْا عَلَى الْبِرِّ وَا لتَّقْوٰى ۖ وَلَا تَعَاوَنُوْا عَلَى الْاِ ثْمِ وَا لْعُدْوَا نِ ۖ وَا تَّقُوا اللّٰهَ ۗ اِنَّ اللّٰهَ شَدِيْدُ الْعِقَا بِ

" Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)."

(QS. Al-Ma'idah 5: Ayat 2)



25/06/2025

Alhamdulillah..

Bersama melestarikan kampung..

MPKK Behor Gandil terlibat Program Kitar Semula, Go Clean Hero, Fikir Dahulu Sebelum Buang..





Alhamdulillah..MPKK Behor Gandil menyertai Bengkel Mentorship Go Clean Hero bagi Projek Perlis Go Clean : Fikir Dahulu S...
17/06/2025

Alhamdulillah..

MPKK Behor Gandil menyertai Bengkel Mentorship Go Clean Hero bagi Projek Perlis Go Clean : Fikir Dahulu Sebelum Buang pada hari ini..

Bengkel ini anjuran bersama Unimaps, Yayasan Hasanah, TUSB dan E-Idaman..

Semoga dengan adanya bengkel ini dapat memenuhi usaha untuk melestarikan negeri ini..





Program Infak Ramadhan Kampung Behor Gandil 2025..Anjuran MPKK Behor Gandil dan PAS Cawangan Behor Gandil..Seramai 16 or...
29/03/2025

Program Infak Ramadhan Kampung Behor Gandil 2025..

Anjuran MPKK Behor Gandil dan PAS Cawangan Behor Gandil..

Seramai 16 orang penerima sumbangan pada pagi ini..

Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu dan meringankan beban kepada semua..

Semoga Allah menerima amal dan kebaikan kita..

Kredit gambar : En. Shamsulamri Hashim, Biro Agama MPKK Behor Gandil




29/03/2025

Program Infak Ramadhan Kampung Behor Gandil 2025..

Anjuran MPKK Behor Gandil dan PAS Cawangan Behor Gandil..

Seramai 16 orang penerima sumbangan pada pagi ini..

Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu dan meringankan beban kepada semua..

Semoga Allah menerima amal dan kebaikan kita..

Kredit gambar: En. Shamsulamri Hashim, Biro Agama MPKK Behor Gandil




Address

Kampung Behor Gadil
Kangar
01000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPKK Behor Gandil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share