26/05/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون
Dukacita dimaklumkan bahawa Pn. Nurazimah binti Abdul Rahman, Pembantu Khidmat Am, JKKP Perlis telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi lebih kurang jam 9.37 malam di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar Perlis.
Ya Allah, ampunilah dia (arwah), rahmatilah dia, maafkanlah kesalahannya, dan muliakanlah kematiannya. Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya."