Angkatan Muda Keadilan Perlis

Angkatan Muda Keadilan Perlis Laman Facebook rasmi Angkatan Muda Keadilan Negeri Perlis

The Official page of Perlis Keadilan Youth

KENYATAAN MEDIAANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI PERLIS  POLITIK PERLIS SEMAKIN BERGOLAK : AMK PERLIS TEGASKAN JENTERA KEADI...
25/05/2026

KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI
PERLIS

POLITIK PERLIS SEMAKIN BERGOLAK : AMK PERLIS TEGASKAN JENTERA KEADILAN
KEKAL KUKUH HADAPI PILIHANRAYA

Kami, Ketua-Ketua Angkatan Muda Keadilan P001 Padang Besar, P002 Kangar dan P003 Arau menyatakan
sokongan penuh terhadap kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Saudara Kamil Munim bahawa
Angkatan Muda Keadilan kekal kukuh dan terus bergerak ke hadapan meskipun terdapat segelintir individu
meninggalkan parti.

Apa yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat langsung tidak menjejaskan gerak kerja kami di peringkat
negeri dan cabang. Seluruh jentera AMK Perlis terus fokus mendekati rakyat dan memperkukuh persiapan
menuju pilihanraya akan datang.

Dalam masa sama, AMK Perlis turut memandang serius pergolakan dalaman Perikatan Nasional di Perlis yang
kini memperlihatkan konflik terbuka antara PAS dan Bersatu sehingga timbul ancaman undi tidak percaya
terhadap Menteri Besar serta kemungkinan pembubaran DUN Perlis.

Rakyat kini dapat melihat sendiri ketidakstabilan dalam pentadbiran negeri akibat perebutan kuasa sesama
mereka.

Sehubungan itu, AMK Negeri Perlis menegaskan bahawa kami bersedia sepenuhnya menghadapi sebarang
kemungkinan termasuk pilihanraya negeri sekiranya DUN Perlis dibubarkan.
Dikeluarkan oleh:

Ahmad Azzin Izzad bin Bahanudin
Ketua AMK P001 Padang Besar

Khalid Imran bin Mas Ahmad Nasruddin
Ketua AMK P002 Kangar

Mohd Ashraf bin Ahmad Sabki
Ketua AMK P003 Arau



Dunia berdepan krisis tenaga akibat konflik di Asia Barat yang dicetuskan oleh rejim Zionis Israel dengan dukungan Ameri...
26/03/2026

Dunia berdepan krisis tenaga akibat konflik di Asia Barat yang dicetuskan oleh rejim Zionis Israel dengan dukungan Amerika Syarikat.

Dua minggu lalu, Kerajaan memaklumkan subsidi bahan api meningkat kepada sekitar RM3.2 bilion. Hari ini, jumlah itu terus melonjak sehingga mencecah RM4 bilion sebulan.
Sejak awal konflik ini, Kerajaan MADANI telah bertindak awal untuk memastikan bekalan tenaga kekal mencukupi tanpa mengorbankan kesejahteraan rakyat.

Namun, ikhtiar ini berdepan cabaran besar susulan situasi yang kian meruncing di Asia Barat. Kerajaan perlu mengimbangi antara kemampanan fiskal dengan keperluan memastikan bekalan tenaga terus dapat dinikmati rakyat sepanjang krisis ini.
Justeru, saya telah umumkan beberapa langkah penting:

โ›ฝ Harga RON95 kekal RM1.99 seliter dengan pelarasan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026
๐Ÿ“Š Hampir 90 peratus rakyat tidak terkesan
๐Ÿ๏ธ Had 800 liter dikekalkan bagi e-hailing
๐Ÿš› Had pengisian diesel dilaksanakan secara sementara di Sabah, Sarawak dan Labuan

๐Ÿ‘ฎ Penguatkuasaan dipertingkat bagi mengekang ketirisan
Langkah sementara ini memastikan majoriti rakyat terus dilindungi, bekalan kekal stabil dan negara kekal bertahan dalam ketidaktentuan global.

Saya turut merakamkan penghargaan kepada rakyat yang cakna dan tampil melaporkan aktiviti mencurigakan di stesen minyak, sekali gus membantu melindungi subsidi daripada diseleweng.
Dalam tempoh mencabar ini, disiplin dan kebersamaan kita menjadi kekuatan utama. Saya memohon kerjasama semua untuk terus berhemah dan memahami langkah yang diambil demi memastikan bekalan kekal terjamin untuk semua.




Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. ๐ŸŒ™โœจSemoga Syawal kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengera...
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. ๐ŸŒ™โœจ
Semoga Syawal kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan lagi hubungan sesama kita.

Ikhlas daripada
Angkatan Muda Keadilan Perlis





Kuala Perlis | 6 Mac 2026๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—•๐—จ๐—ž๐—” ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” & ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐—”๐— ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—”๐— ๐—ž ๐—–๐—”๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅAlhamdulillah,...
08/03/2026

Kuala Perlis | 6 Mac 2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—•๐—จ๐—ž๐—” ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” & ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐—”๐— ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ
๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—”๐— ๐—ž ๐—–๐—”๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ

Alhamdulillah, rakan-rakan Angkatan Muda Keadilan Perlis berkesempatan mengadakan Majlis Berbuka Puasa serta Mesyuarat Majlis Pimpinan AMK Negeri Perlis Bil. 05 (3/2026) bagi membincangkan gerak kerja organisasi serta perancangan program di peringkat negeri.

Sebelum itu, turut diadakan Mesyuarat Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Padang Besar Bil. 04 (3/2026) bagi membincangkan hal-hal berbangkit serta persiapan menjelang Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC).

Semoga segala perbincangan dan perancangan yang dirangka dapat diperkukuhkan demi memperkasakan peranan AMK dalam terus mendekati serta menyantuni masyarakat.




๐ˆ๐ฌ๐ฎ โ€œ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐š๐คโ€ ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ƒ๐ข๐Ÿ๐š๐ก๐š๐ฆ๐ข ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ค๐ฎ๐ญ ๐Š๐จ๐ง๐ญ๐ž๐ค๐ฌ, ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ๐ข ๐Š๐ž๐๐š๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง ๐”๐ง๐๐š๐ง๐ -๐”๐ง๐๐š๐ง๐ Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis meneg...
02/03/2026

๐ˆ๐ฌ๐ฎ โ€œ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐š๐คโ€ ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ƒ๐ข๐Ÿ๐š๐ก๐š๐ฆ๐ข ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ค๐ฎ๐ญ ๐Š๐จ๐ง๐ญ๐ž๐ค๐ฌ, ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ๐ข ๐Š๐ž๐๐š๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง ๐”๐ง๐๐š๐ง๐ -๐”๐ง๐๐š๐ง๐ 

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis menegaskan bahawa kontroversi penggunaan perkataan โ€œmelalakโ€ oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu difahami mengikut konteks sebenar dan tidak diputar untuk kepentingan politik sempit. Istilah tersebut bukan serangan terhadap mana-mana individu atau kumpulan, sebaliknya satu peringatan terhadap tuduhan melulu serta fitnah tanpa asas.

AMK Perlis menyeru semua pihak menghormati prinsip negara hukum dengan membiarkan siasatan berjalan mengikut undang-undang tanpa tekanan emosi atau sentimen populis. Dalam suasana masyarakat majmuk, ketegasan mesti disertai kebijaksanaan agar tidak mencetuskan ketegangan agama dan kaum. Keutamaan adalah memelihara kestabilan, keharmonian negara serta menjunjung kedaulatan undang-undang.

02/03/2026

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐—”๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก (๐—”๐— ๐—ž) ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

โ€œAMK menegaskan bahawa istilah tersebut mesti difahami dalam konteks sebenar dan tidak dipetik secara terpisah bagi membentuk persepsi yang mengelirukan.โ€

โ€œIa merujuk kepada sikap segelintir pihak yang tergesa-gesa menuduh kerajaan kononnya gagal bertindak, sedangkan proses siasatan dan penguatkuasaan sedang dilaksanakan mengikut lunas undang-undang.โ€

โ€œKenyataan Perdana Menteri bukanlah serangan terhadap mana-mana individu atau kelompok. Sebaliknya, ia merupakan peringatan tegas bahawa tuduhan melulu, tohmahan tidak berasas dan permainan persepsi politik hanya akan mengeruhkan suasana serta menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan negara.โ€

๐— ๐—จ๐—›๐—”๐— ๐— ๐—”๐—— ๐—ž๐—”๐— ๐—œ๐—Ÿ ๐—”๐—•๐——๐—จ๐—Ÿ ๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐— 
๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—”
๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐—”๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

๐Ÿฎ ๐— ๐—”๐—– ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐ŸฉธDERMA DARAH RAMADAN ๐ŸฉธBersempena bulan Ramadan yang mulia, marilah kita bersama-sama menyumbang darah demi membantu mere...
02/03/2026

๐ŸฉธDERMA DARAH RAMADAN ๐Ÿฉธ
Bersempena bulan Ramadan yang mulia, marilah kita bersama-sama menyumbang darah demi membantu mereka yang memerlukan.

Dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan & Rumah Lavender

๐Ÿ“ Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah
๐Ÿ“… Hari Selasa | 03 Mac 2026
โฐ 8.30 malam โ€“ 11.30 malam
๐Ÿ“ Pendaftaran akhir 30 minit sebelum tamat

๐ŸŽ 20 pek beras menanti 20 penderma terawal!

Ayuh ramai-ramai hadir dan ajak keluarga serta rakan-rakan.
Setitis darah anda mampu menyelamatkan nyawa โค๏ธ

Address

No. 25 (Atas), Jalan Sena Indah, Taman Sena Indah, 01000 Kangar
Kangar
02400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Muda Keadilan Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Angkatan Muda Keadilan Perlis:

Shortcuts

Share