PAS Negeri Perlis

PAS Negeri Perlis Wadah rakyat untuk bersama mewujudkan negeri dan negara berkebajikan...

PAS telah ditubuhkan di negeri Perlis pada hari Khamis 14 Syaaban 1371 bersamaan 8 Mei 1952.

Lensa Perjumpaan Khas bersama YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim di DUN Guar Sanji | 15 Ogos 2026
16/08/2026

Lensa Perjumpaan Khas bersama YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim di DUN Guar Sanji | 15 Ogos 2026

Memperkukuh saf perjuangan dan gerak kerja.Seluruh jentera dan ahli parti peringkat DUN Guar Sanji dijemput hadir ke ses...
15/08/2026

Memperkukuh saf perjuangan dan gerak kerja.

Seluruh jentera dan ahli parti peringkat DUN Guar Sanji dijemput hadir ke sesi Perjumpaan Khas bersama YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim pada malam ini

15/08/2026

Selesai siri jelajah DUN bersama YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim serta saf pimpinan PAS Perlis semalam.

Pertemuan ini membuka ruang terbaik untuk saling bertukar pandangan dan memperkukuh ukhuwah bersama jentera serta masyarakat setempat.

Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Jentera kini bersiap siaga menuju medan pilihan raya akan datang.

JOM HADIR MALAM INI!Perkongsian khas bersama Dato’ Seri Shahidan Kassim (Pengerusi PN Perlis).🗓 Tarikh: 14 Ogos 2026 (Ju...
14/08/2026

JOM HADIR MALAM INI!

Perkongsian khas bersama Dato’ Seri Shahidan Kassim (Pengerusi PN Perlis).

🗓 Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)

⏰ Masa: 9.30 Malam

📍 Lokasi: Pusat Khidmat DUN Chuping

💬 Tajuk: Kembali kepada Penyelesaian Islam

Semua dijemput hadir! Sebarkan kepada rakan-rakan dan keluarga.

Pakat mai ramai-ramai

SALAM TAKZIAH DARIPADA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERLISSeluruh saff kepimpinan dan ahli Badan Perhubungan PAS Negeri ...
13/08/2026

SALAM TAKZIAH DARIPADA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERLIS

Seluruh saff kepimpinan dan ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis (BPPNPs) merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada:

YBhg. Ustaz Yussaine Yahya
(Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Perlis)

atas pemergian ibunda tercinta, Hajah Ro’mah binti Abdullah.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa al-Marhumah, menerima segala amal kebaikannya, menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh, serta mengurniakan ganjaran syurga buat al-Marhumah.

Didoakan juga agar YBhg. Ustaz sekeluarga dikurniakan ketabahan, kesabaran, dan kekuatan jiwa dalam menghadapi ujian kehilangan serta perpisahan ini.

Sesungguhnya daripada Allah kita datang, dan kepada-Nya jua kita kembali.

11/08/2026

Sidang Dewan Rakyat 11 Ogos 2026 (Selasa)

Mesyuarat Khas Penggal Kelima - Perbahasan Laporan RCI Tabung Haji

Sabtu, 1 Ogos 2026Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perlis, Ustaz Yussaine Yahya hadir  majlis perasmian Mesyuarat Agung Persat...
02/08/2026

Sabtu, 1 Ogos 2026

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perlis, Ustaz Yussaine Yahya hadir majlis perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Islam At Taqwa (SRIAT).

​Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan Jawatankuasa PIBG, para guru, dan semua ibu bapa yang hadir.

Kehadiran yang menggalakkan pada hari ini membuktikan komitmen dan keprihatinan tinggi kita semua terhadap masa depan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak.

​PIBG memainkan peranan penting sebagai jambatan yang menghubungkan pihak sekolah dan ibu bapa.

Gabungan tenaga, buah fikiran, dan sokongan padu daripada ibu bapa diperlukan bagi memastikan misi sekolah untuk melahirkan generasi cemerlang akademik, serta kukuh sahsiah dan akhlak Islamiahnya dapat direalisasikan.

​Semoga SRIAT terus maju jaya dan menjadi institusi pendidikan yang melahirkan pelapis kepimpinan negara yang bertakwa. Amin Ya Rabbal Alamin. 🤲🏻

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung dengan jayanya Program Ceramah Motivasi Pilihan Raya yang disampaikan oleh YB D...
02/08/2026

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung dengan jayanya Program Ceramah Motivasi Pilihan Raya yang disampaikan oleh YB Dato' Haji Ahmad bin Yahaya dan YB Prof. Dr. Haim Hilman bin Abdullah kepada para petugas dan ahli PAS Negeri Perlis.

Semoga segala perkongsian, nasihat dan suntikan semangat yang diberikan menjadi bekalan buat seluruh jentera untuk terus istiqamah, memperkukuhkan saf perjuangan serta bersiap siaga menghadapi cabaran pilihan raya yang akan datang.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga setiap langkah dan usaha kita dipermudahkan serta dikurniakan keberkatan oleh Allah SWT.


Sedang berlangsung sekarang Ijtimak Nuqoba PAS Perlis, di KOMPAS, kehadiran: 30 naqib dari semua kawasan.
02/08/2026

Sedang berlangsung sekarang Ijtimak Nuqoba PAS Perlis, di KOMPAS, kehadiran: 30 naqib dari semua kawasan.

Address

Kangar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share