LPPKN Negeri Perlis

LPPKN Negeri Perlis Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Perlis Akta 352 ini telah diwartakan pada 8 Februari 2007.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, LPPKN, telah ditubuhkan di bawah Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 [Akta 352] dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pada peringkat awal penubuhannya fokus utama LPPKN adalah melaksanakan program dan aktiviti perancangan keluarga di negara ini. Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 (Akta 352) yang dahulunya dikenali sebag

ai Akta Perancang Keluarga 1966 (Akta 42) telah mengalami beberapa pindaan dan semakan sejak ia diwartakan pada tahun 1966. Pindaan pertama telah dibuat pada tahun 1976 manakala pindaan kedua dibuat pada tahun 1984. Pindaan kedua ini melibatkan pertukaran nama akta daripada Akta Perancang Keluarga kepada Akta Penduduk dan Keluarga. Sejajar dengan perubahan ini, nama LPPKN yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perancang Keluarga Negara telah ditukar menjadi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Dengan pertukaran nama ini, peranan LPPKN telah diperluaskan daripada semata-mata penyampaian perkhidmatan perancangan keluarga kepada perspektif penduduk dan pembangunan sosioekonomi yang lebih luas. Pada tahun 1994 dan sejajar dengan Program Tindakan Persidangan Antarabangsa Mengenai Penduduk dan Pembangunan (ICPD-PoA), program LPPKN telah diubahsuai meliputi tiga bidang utama iaitu kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia. Pada 13 Jun 2001, Jemaah Menteri telah bersetuju dengan hala tuju dan pendekatan baru dan LPPKN sebagai agensi utama dalam bidang kependudukan, pembangunan dan reproduksi manusia. Pada tahun yang sama, LPPKN telah diletakan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Akta 352 sekali lagi dipinda pada tahun 2006 sejajar dengan matlamat, peranan, fungsi dan tanggungjawab baru LPPKN. Pindaan dibuat bagi membolehkan fungsi, kuasa dan tanggungjawab yang sedia ada diperjelaskan dan diperkukuhkan. Peruntukan-peruntukan baru juga ditambah meliputi skop pelaksanaan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada LPPKN. Visi LPPKN mewujudkan keluarga yang kukuh ke arah melahirkan masyarakat penyayang, penduduk berkualiti dan bangsa Malaysia yang progresif cukup mencabar dan memerlukan komitmen yang padu semua pihak. LPPKN melalui pelbagai inisiatif telah memperkenalkan kaedah dan pendekatan yang dinamik dan efektif untuk mencapai visi tersebut. Fokus juga ditekankan kepada penyelidikan, pembangunan program, latihan dan kerjasama dalam dan luar negara.

AKTIVITI SEPANJANG APRIL/MEI 2026Program Sambutan Minggu Sejahtera Warga LPPKN 20261. Brisk Walk LPPKN Perlis;2. Loss We...
11/05/2026

AKTIVITI SEPANJANG APRIL/MEI 2026

Program Sambutan Minggu Sejahtera Warga LPPKN 2026
1. Brisk Walk LPPKN Perlis;
2. Loss Weight Challenge;
3. 100,000 Steps Challenges;
4. Saringan Pemeriksaan Kesihatan sempena MSWL Tahun 2026 “Sihat Hari Ini, Bahagia Selamanya”
5. D’Stress Day: Indoor Games;
- Ting Ting@ Teng Teng
- Isi air dalam botol
- Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu
6. Penutup MSWL 2026
- Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Lost Weight Challenge dan 100,000 Steps Challenge
7. Brisk Walk: Gunung Medan

Pentingnya aspek kesejahteraan dalam kalangan pegawai dan kakitangan LPPKN Negeri Perlis yang merangkumi penjagaan kesihatan fizikal, kesejahteraan mental serta pembentukan minda yang positif. Program ini dilihat penting dalam memastikan kesiapsiagaan warga kerja untuk menghadapi cabaran dalam pelaksanaan program dan penyampaian perkhidmatan sepanjang tahun 2026 dan seterusnya.
Secara keseluruhannya, program MSW LPPKN Perlis Tahun 2026 telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan dalam memupuk budaya hidup sihat serta meningkatkan semangat kesepaduan dalam kalangan warga kerja.






10/05/2026
10/05/2026
10/05/2026

Mesej Sambutan Hari Ibu 2026 Peringkat Negeri Perlis oleh YB Datin Marzita Mansor, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Perlis melalui tema "Seteguh KASIH Ibu".

Terima kasih YB 💜💚

Selamat Hari Ibu 2026🌹🌹🌹
"Seteguh KASIH Ibu"








10/05/2026
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis ke-8 a...
30/12/2025

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada

YB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis ke-8 atas segala sumbangan, jasa bakti dan kepimpinan yang telah dicurahkan dalam memimpin serta membangunkan kesejahteraan keluarga Negeri Perlis.

Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh keluarga LPPKN Negeri Perlis.





DAULAT TUANKUMerafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuan...
30/12/2025

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis.

Sempena Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku pada 30 Disember 2025 bersamaan 9 Rejab 1447H.

Sembah Takzim Daripada:
Pengarah dan seluruh keluarga LPPKN Negeri Perlis





Tahniah diucapkan kepadaYAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala PerlisAtas pelantikan seb...
29/12/2025

Tahniah diucapkan kepada

YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis

Atas pelantikan sebagai Menteri Besar Perlis Yang Ke-9.

Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh keluarga LPPKN Negeri Perlis.





30 Oktober 2025, Khamis - Telah diadakan Ceramah Selangkah ke Alam Remaja bersama 75 orang pelajar dari SK Arau, Perlis ...
06/11/2025

30 Oktober 2025, Khamis - Telah diadakan Ceramah Selangkah ke Alam Remaja bersama 75 orang pelajar dari SK Arau, Perlis dari jam 8.30 hingga 10.00 pagi.

Sesi ceramah dikendalikan oleh Cik Saffiyah Najihah Abdul Halim, Teen Educator, LPPKN Negeri Perlis dan Puan Vanida Fungsathian, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, LPPKN Negeri Perlis.

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada adik-adik dan pihak sekolah yang telah memberikan komitmen sepenuhnya. Semoga bermanfaat 💜💚









Address

Tingkat 1, Bangunan Persekutuan Kangar, Persiaran Jubli Emas
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049761272

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LPPKN Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to LPPKN Negeri Perlis:

Share