03/08/2026
πππππππ πππππ ππππππ
ππππ
Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan, cuaca panas dan kurang hujan dijangka berlaku di kebanyakan tempat di Borneo termasuk Sarawak bermula 4 hingga 9 Ogos 2026. Pengaruh angin dari arah selatan serta peningkatan titik panas di negara jiran berpotensi menyebabkan jerebu rentas sempadan dan mengurangkan jarak ketampakan terutamanya di selatan Sarawak.
Pada masa yang sama, Taufan Dolphin yang sedang aktif di Lautan Pasifik Barat dijangka bergerak ke arah barat menuju ke kepulauan Okinawa, Jepun dan seterusnya ke China pada penghujung tempoh ramalan, 9 Ogos 2026. Keadaan ini berpotensi mengakibatkan angin baratan yang kencang di Sabah dan WP Labuan bermula 6 hingga 9 Ogos 2026.
Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan: 2.00 petang
Tarikh: 3 Ogos 2026