Jabatan Pengairan dan Saliran - JPS Negeri Perlis

Jabatan Pengairan dan Saliran - JPS Negeri Perlis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Pengairan dan Saliran - JPS Negeri Perlis, Government Organization, Kangar.

Salam Maulidur RasulSemoga cahaya kelahiran Nabi Muhammad SAW yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1448H (Selasa, 25 Ogos 2026)...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul

Semoga cahaya kelahiran Nabi Muhammad SAW yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1448H (Selasa, 25 Ogos 2026) terus menerangi hati kita dengan iman dan taqwa. Jom perbanyakkan selawat dan berazam untuk menjadi umat yang lebih baik.

Surah Al-Ahzab Ayat 56:
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan."

Ikhlas daripada Pengarah dan Warga Kerja Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis.

22/08/2026

KERJA-KERJA RUTIN MINGGUAN PASUKAN SELENGGARA (BKEJ) JPS PERLIS DI SEKITAR PERLIS

TARIKH & LOKASI PELAKSANAAN:

đź“… 21 OGOS 2026 (JUMAAT)

📍KOLAM TAKUNGAN TAMAN HARTAMAS 1 & 2

DEMI MEMASTIKAN KOLAM TAKUNGAN KEKAL BERFUNGSI DENGAN BAIK SERTA MENJAMIN KESELESAAN PENDUDUK SETEMPAT, KERJA

-KERJA PEMBERSIHAN DAN PEMOTONGAN RUMPUT SEDANG GIAT DIJALANKAN.

JABATAN INI SENTIASA KOMITED UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN TERBAIK KEPADA MASYARAKAT, RAKYAT DAN NEGARA.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"PERLISKU BESTARI BERKAT LESTARI"

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS


HEBAHAN.
13/08/2026

HEBAHAN.

*LAPORAN PEMASANGAN PAM KECEMASAN MUDAH ALIH DI PERLIS OLEH JPS NEGERI PERLIS DAN BPME IPOH, JPS MALAYSIA*Dun : BeseriPa...
25/07/2026

*LAPORAN PEMASANGAN PAM KECEMASAN MUDAH ALIH DI PERLIS OLEH JPS NEGERI PERLIS DAN BPME IPOH, JPS MALAYSIA*

Dun : Beseri
Parlimen : Padang Besar
Lokasi : Kolam Takungan 7, Empangan Timah Tasoh
Tarikh : 23–24 Julai 2026
Masa : 6.00 petang – 10.00 malam
Kekuatan Anggota : 8 Orang Pasukan BPME IPOH, JPS MALAYSIA dan 8 Orang Pasukan BKME, JPS Perlis

Satu (1) unit Hydraulic Submersible Pump berkapasiti 10 cusec (280 l/s) telah berjaya dipasang oleh pasukan BPME IPOH, JPS Malaysia dan dua (2) unit End Suction Pump berkapasiti 2 cusec (56 l/s) dipasang oleh pasukan BKME, JPS Perlis di Kolam Takungan 7, Empangan Timah Tasoh

Pemasangan pam ini dilaksanakan sebagai langkah segera bagi membantu meningkatkan paras air empangan yang terjejas akibat keadaan kemarau berpanjangan di lokasi berkenaan

Selaras dengan situasi semasa, JPS Negeri Perlis kekal komited dalam menyediakan sokongan teknikal serta bantuan operasi kepada agensi berkaitan bagi menangani isu kekurangan air untuk di seluruh negeri.




KANGAR, 22 JULAI 2026 | Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis telah menerima kunjungan hormat daripada Penga...
22/07/2026

KANGAR, 22 JULAI 2026 | Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Perlis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan bersama.

Antara fokus perbincangan adalah isu berkaitan nelayan darat di Tasik Santuari, Perlis, penggunaan tali air bagi tujuan perikanan serta usaha memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua jabatan demi manfaat rakyat dan pembangunan sektor perikanan serta pengurusan sumber air di Negeri Perlis.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuhkan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS

PENGUMUMANPENUTUPAN SEMENTARA TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK TASIK MELATIDimaklumkan bahawa taman permainan kanak-kanak di ...
22/07/2026

PENGUMUMAN
PENUTUPAN SEMENTARA TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK TASIK MELATI

Dimaklumkan bahawa taman permainan kanak-kanak di Tasik Melati ditutup sementara atas faktor keselamatan berikutan terdapat beberapa peralatan permainan yang mengalami kerosakan.

Kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan sedang diusahakan bagi memastikan kemudahan ini kembali selamat untuk digunakan.

Sehubungan itu, para pengunjung dan ibu bapa dimohon memberikan kerjasama dengan tidak menggunakan kawasan taman permainan ini sehingga kerja-kerja pembaikan selesai dan notis pembukaan semula dikeluarkan.

Segala kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda dalam menjaga keselamatan bersama.

https://www.facebook.com/share/1Bnj1xSk9t/?mibextid=wwXIfr
22/07/2026

https://www.facebook.com/share/1Bnj1xSk9t/?mibextid=wwXIfr

Susulan keadaan kemarau yang berterusan, paras air Empangan Timah Tasoh kini berada pada paras yang membimbangkan.

Orang ramai diseru agar menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan pembaziran. Setiap titisan air amat bermakna.

Address

Kangar

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+6049769975

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengairan dan Saliran - JPS Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share