04/09/2026
Info Kraf
Damar
Bahan yang digunakan sebagai campuran dalam lilin untuk proses membuat batik canting atau batik blok. Damar ialah sejenis getah yang diperoleh daripada pokok damar iaitu sejenis pokok yang tergolong dalam keluarga Agathis
dammara (Lamb. Rich). Batang pokok damar ditoreh untuk mengeluarkan getah cair, dan membeku apabila terkena udara. Campuran damar di dalam lilin bertindak sebagai gam yang mengukuhkan lakaran lilin pada permukaan kain ; menghalang daripada retak atau patah.
Sumber :
Ensiklopedia Kraftangan Malaysia