31/08/2026
SEKITAR PENGLIBATAN KONTIJEN JBPM NEGERI PERLIS DALAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2026
30 Ogos 2026 | Ahad
Penglibatan Kontinjen JBPM Negeri Perlis dalam Sambutan Kemerdekaan Ke-69 Peringkat Negeri Perlis Tahun 2026. Jabatan menghargai dan mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis yang telah memberikan komitmen, disiplin dan semangat juang yang tinggi sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-69 Peringkat Negeri Perlis Tahun 2026 yang dilaksanakan pada ambang 31 Ogos 2026
Khususnya Bahagian Latihan JBPM Negeri Perlis selaku urusetia Perbarisan Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2026. Terima kasih kepada semua jurulatih, peserta dan urus setia atas kerjasama serta kesungguhan yang diberikan.
Turut hadir PgKB II Na Khoom A/L Kiang, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis.
Bomba Tonggak Penyelamatan Negara