29/03/2024
KUALA PERLIS, 26 MAC 2024โ / Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) negeri Perlis dengan kerjasama Yayasan Ikhlas dan Surau Ibnu Khaldun meneruskan tradisi memasak bubur lambuk secara gotong-royong untuk diedarkan kepada orang ramai pada Ramadan kali ini.
Penganjuran kali ini disertai 16 anggota PERKESO negeri Perlis dan 3 anggota Yayasan Ikhlas dengan bantuan Jawatankuasa Kariah Surau Ibnu Khaldun,Taman Semarak,Kuala Perlis.
Program bermula jam 9.00 pagi dan siap dibungkus pada jam 12.30 tengah hari.Sebanyak 250 bungkus bubur lambuk telah diperolehi.Pada jam 4.00 petang edaran bubur lambuk kepada pengguna jalan raya telah dilakukan di depan pejabat PERKESO negeri Perlis.
Tuan Pengarah PERKESO Perlis, Ahmad Firdaus bin Hashim dan Ketua Jabatan Operasi Yayasan Ikhlas Malaysia,Tuan Ahmad fuzai Shahir bin Fuad turut menyertai bersama dalam proses penyediaan bubur lambuk sehinggalah aktiviti edaran bubur lambuk di sebelah petang.
Semoga kerjasama antara PERKESO negeri Perlis bersama Yayasan Ikhlas ini terus membuahkan lebih pelbagai bentuk manfaat kepada para pencarum dan penerima, khususnya di negeri Perlis.