AADK Perlis Selatan Rasmi

AADK Perlis Selatan Rasmi Laman Facebook Rasmi AADK Daerah Perlis Selatan (Bermula Julai 2025)

04/09/2026
04/09/2026

Salam Jumaat yang penuh barakah ๐Ÿ•Š๏ธ

Dalam perjalanan menuju pemulihan atau mengekalkan gaya hidup sihat tanpa dadah, kekuatan kerohanian adalah tunjang yang paling utama. Jiwa yang tenang akan memudahkan kita membuat keputusan yang bijak untuk masa depan.

Gunakan keberkatan di hari penghulu segala hari ini untuk bermuhasabah, memperbanyakkan doa, dan mengukuhkan tekad. Ingatlah, setiap perubahan besar bermula daripada satu langkah kecil yang disertakan dengan niat yang tulus.

Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan-Nya dan terus istiqamah dalam jalan kebaikan.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



04/09/2026

*ูˆูŽุชูŽุนูŽุงูˆูŽู†ููˆุง ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุจูุฑูู‘ ูˆูŽุงู„ุชูŽู‘ู‚ู’ูˆูŽู‰ูฐ*

โ€œDan hendaklah kamu saling membantu dalam mengerjakan kebajikan dan ketakwaan.โ€

*โ€” Surah al-Maโ€™idah, 5:2*

Kebaikan bukan sekadar tentang apa yang kita lakukan untuk diri sendiri, tetapi juga tentang bagaimana kita memberi manfaat kepada orang di sekeliling.

Marilah kita membudayakan sikap saling membantu, bekerjasama dan menghulurkan pertolongan dalam setiap perkara yang membawa kepada kebaikan. Setiap usaha kecil yang dilakukan dengan ikhlas mampu menjadi sebahagian daripada perubahan besar dalam membina masyarakat yang lebih prihatin, harmoni dan sejahtera.

๐Ÿค *Bersama membina kebaikan, bersama membentuk masyarakat yang lebih baik.*

03/09/2026
03/09/2026
Salam Takziah
03/09/2026

Salam Takziah

SALAM TAKZIAH

Seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merakamkan ucapan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Suhaimi Bin Sani, Pembantu keelamatan, PUSPEN Jelebu, yang telah kembali ke rahmatullah pada 3 September 2026

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan kepada warga AADK yang sentiasa dikenang atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat.

Semoga Allah SWT mengurniakan keampunan, melimpahkan rahmat serta menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh, di samping mengurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah

02/09/2026

Pernah Tak Anda Rasa Stress, Tapi Lepas Makan Makanan Sihat, Terus Rasa 'Relaks'?

Sebenarnya, ada rahsia di sebalik apa yang kita hidangkan di atas pinggan. Makanan bukan hanya sekadar untuk kenyang, tapi sebenarnya adalah "kawan baik" kepada emosi dan minda kita.

Jom kita mula hari ini! Apakah makanan sihat yang boleh buat anda rasa happy setiap kali makan? Kongsikan dengan kami di ruangan komen, mana tahu boleh jadi inspirasi buat yang lain!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



02/09/2026

Menempuh jalan pemulihan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan sendirian. Namun, apabila kita berdiri teguh sebagai satu komuniti yang prihatin, cabaran yang berat akan menjadi lebih ringan untuk dipikul.

Dalam menyambut bulan September yang penuh bersejarah bagi negara, mari kita sematkan semangat "Kuat Bersama, Pulih Bersama". Kita sebagai ahli keluarga, rakan, mahupun jiran tetangga, mempunyai peranan besar dalam memberi sinar harapan kepada mereka yang sedang berusaha untuk bebas daripada belenggu.

Marilah kita bersama-sama membina persekitaran yang positif dan menyokong proses rawatan serta pemulihan demi masa depan Malaysia yang lebih sejahtera.

Adakah kita bersedia untuk menjadi sistem sokongan buat mereka? Berikan tanda 'Hati' (โค๏ธ) jika bersama AADK dalam misi ini!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

Bangunan Persekutuan Lama Kangar
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Perlis Selatan Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share