Perpustakaan Al-jazari, KVK

Perpustakaan Al-jazari, KVK 𝐈𝐍𝐈 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇
π€πŠπ€π”π π‘π€π’πŒπˆ
ππ„π‘ππ”π’π“π€πŠπ€π€π 𝐀𝐋-π‰π€π™π€π‘πˆ
πŠπŽπ‹π„π‰ π•πŽπŠπ€π’πˆπŽππ€π‹ πŠπ€ππ†π€π‘

11/05/2026
07/05/2026

KV Kangar di keratan Utusan Malaysia, 6 Mei 2026

Kolej Vokasional Kangar berbesar hati apabila pelajar Seni Reka Fesyen menerima liputan dalam akhbar Utusan Malaysia, hasil daripada kreativiti dan inovasi yang ditonjolkan. Laporan ini bersempena Perasmian Bengkel Seni Reka oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis diiringi DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis sewaktu Program Titian Kasih Mega 2026

Pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada KV Kangar untuk terus melahirkan graduan TVET yang berkemahiran, kreatif dan berdaya saing dalam industri.

TAHNIAH & SYABAS ⭐

07/05/2026

β€ΌοΈπŸ“š PUBLIC CHANNEL KHAS BUAT MURID-MURID SEKOLAH NEGERI PERLIS πŸ“š

πŸ“² https://whatsapp.com/channel/0029VbCzZTY8F2pOGvLniQ1S

πŸ’ Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga maya yang dikasihi sekalian 🀩

πŸ“Œ Di sini disertakan pautan saluran WhatsApp PUBLIC CHANNEL yang diwujudkan khas untuk murid-murid sekolah Negeri Perlis bagi perkongsian bahan-bahan bacaan untuk tujuan perekodan dalam DELIMa 2.0 AINS-NILAM.

πŸ“Œ Mohon jasa baik tuan puan kongsikan pautan saluran ini kepada semua murid di sekolah-sekolah negeri Perlis.

πŸ“Œ Guru-guru serta ibu bapa juga amat dialu-alukan untuk menyertai channel ini.

πŸ“Œ Saluran ini merupakan PUBLIC CHANNEL dan TERBUKA kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai bagi mendapatkan bahan bacaan AINS-NILAM Negeri Perlis Tahun 2026

07/05/2026
07/05/2026

Tuanku Syed Faizuddin Putra Santuni Bakat Muda Fesyen Kolej Vokasional Kangar

Kolej Vokasional (KV) Kangar mengetengahkan kreativiti mereka dalam bidang fesyen menerusi perasmian Bengkel Seni Reka Fesyen di bawah inisiatif Program Titian Kasih Mega 2026 anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, baru-baru ini.

Perasmian bengkel anjuran KV berkenaan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan turut diiringi bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bagi menyokong pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya dalam industri kreatif.

Baginda turut berkenan menyertai aktiviti mewarna batik, selain meninjau dengan lebih dekat hasil rekaan pelajar serta pameran busana yang dipersembahkan sepanjang program berkenaan.

Keberangkatan baginda mencerminkan sokongan berterusan institusi diraja terhadap usaha melahirkan bakat muda berkemahiran tinggi yang berpotensi diketengahkan ke peringkat industri fesyen negara.

β€œSaya amat tertarik melihat hasil kerja pelajar yang begitu kreatif dan mempunyai nilai estetika yang tinggi,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berinteraksi secara langsung dengan tenaga pengajar dan pelajar bagi melihat proses penghasilan rekaan daripada lakaran sehingga kepada pembentukan pakaian.

Baginda turut bertanya mengenai inspirasi di sebalik setiap rekaan yang dihasilkan, menunjukkan perhatian terhadap kreativiti dan inovasi pelajar dalam bidang fesyen.

β€œMinat dan kesungguhan seperti ini wajar dipupuk kerana bidang fesyen mempunyai potensi besar untuk berkembang ,” titah baginda.

Program itu menjadi platform KV Kangar mengetengahkan hasil kerja pelajar seni reka fesyen yang berkualiti serta mempunyai nilai komersial dan identiti tempatan.

Artikel Penuh Di Ruangan Komen πŸ”½
Sumber : Utusan Malaysia
Teruskan Bersama Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.




SELAMAT MENDUDUKI PENILAIAN AKHIRSelamat menduduki Penilaian Akhir Diploma Semester 2 Tahun 1 2025/2026 yang berlangsung...
03/05/2026

SELAMAT MENDUDUKI PENILAIAN AKHIR

Selamat menduduki Penilaian Akhir Diploma Semester 2 Tahun 1 2025/2026 yang berlangsung pada 4 Mei ini.

Ikhlas daripada:
Pengurusan Perpustakaan Al-Jazari
Kolej Vokasional Kangar

✨ πŸ†‚πŸ…΄πŸ…»πŸ…°πŸ…ΌπŸ…°πŸ†ƒ πŸ…·πŸ…°πŸ†πŸ…Έ πŸ…ΏπŸ…΄πŸ…ΊπŸ…΄πŸ†πŸ…ΉπŸ…° ✨ Semoga segala usaha, dedikasi dan komitmen yang dicurahkan menjadi inspirasi dalam mencapai kec...
30/04/2026

✨ πŸ†‚πŸ…΄πŸ…»πŸ…°πŸ…ΌπŸ…°πŸ†ƒ πŸ…·πŸ…°πŸ†πŸ…Έ πŸ…ΏπŸ…΄πŸ…ΊπŸ…΄πŸ†πŸ…ΉπŸ…° ✨

Semoga segala usaha, dedikasi dan komitmen yang dicurahkan menjadi inspirasi dalam mencapai kecemerlangan serta kemajuan bersama.

Ikhlas daripada:
Pengurusan Perpustakaan Al-Jazari
Kolej Vokasional Kangar

🌍 Selamat Menyambut Hari Bumi 🌱Dengan Mengangkat tema tahun ini : Our Power, Our Planet (Kuasa Kita, Planet Kita)Bumi in...
21/04/2026

🌍 Selamat Menyambut Hari Bumi 🌱

Dengan Mengangkat tema tahun ini :
Our Power, Our Planet (Kuasa Kita, Planet Kita)

Bumi ini amanah untuk kita semua.
Setiap tindakan kecil seperti mengurangkan penggunaan plastik, menjimatkan tenaga dan menjaga kebersihan mampu memberi impak besar kepada alam sekitar.

Mari bersama-sama kita pelihara bumi demi masa depan yang lebih lestari πŸ’š

Ikhlas daripada
Warga Perpustakaan Al-Jazari Kolej Vokasional Kangar

09/04/2026
LAWATAN PENANDA ARAS KE PERPUSTAKAAN IBNU SINA, KOLEJ VOKASIONAL ARAU 2026TARIKH: 8 APRIL 2026 (RABU)MASA: 8.00 PAGI TEM...
09/04/2026

LAWATAN PENANDA ARAS KE PERPUSTAKAAN IBNU SINA, KOLEJ VOKASIONAL ARAU 2026

TARIKH: 8 APRIL 2026 (RABU)
MASA: 8.00 PAGI
TEMPAT: PERPUSTAKAAN IBNU SINA, KV ARAU

PIC: MOHD. FAHMI BIN MOHD. YAAKOP

Address

Kolej Vokasional Kangar
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Al-jazari, KVK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category