Polis Daerah Kanowit

Polis Daerah Kanowit Page Facebook Rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Kanowit

𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πˆππƒ πŠπ€ππŽπ–πˆπ“ π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ π’π”πŠπ€π π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π ππ„π‘πˆππ†π€π“π€π π‡π€π‘πˆ ππŽπ‹πˆπ’ πŠπ„-πŸπŸπŸ— 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”KANOWIT, 10 Jun 2026...
10/06/2026

𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πˆππƒ πŠπ€ππŽπ–πˆπ“ π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ π’π”πŠπ€π π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π ππ„π‘πˆππ†π€π“π€π π‡π€π‘πˆ ππŽπ‹πˆπ’ πŠπ„-πŸπŸπŸ— 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

KANOWIT, 10 Jun 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit telah menganjurkan Karnival Sukan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-219 Tahun 2026 yang berlangsung selama dua hari bermula 9 hingga 10 Jun 2026 bertempat di Gelanggang IPD Kanowit.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YDH DSP Junical anak Ujal, Ketua Polis Daerah Kanowit dan disertai seramai 61 orang warga IPD Kanowit yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam Polis serta ahli PERKEP.

Pelbagai acara sukan telah dipertandingkan antaranya bola jaring, sepak takraw dan bola tampar yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan serta kerjasama berpasukan.

Penganjuran karnival ini bertujuan menggalakkan warga IPD Kanowit mengamalkan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta memperkukuhkan kesejahteraan mental dan emosi dalam kalangan warga pasukan.

Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kekitaan serta memperkukuhkan kerjasama antara Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam dan PERKEP IPD Kanowit.

Majlis turut diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh YDH Ketua Polis Daerah Kanowit. Keseluruhan program berjalan lancar dan terkawal tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

β€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiada”



Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masyarakat yang meraikannya.Semoga sambutan yang penuh ma...
31/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masyarakat yang meraikannya.

Semoga sambutan yang penuh makna ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan keberkatan kepada semua, di samping terus memperkukuh semangat perpaduan, keharmonian serta saling menghormati dalam masyarakat berbilang kaum.

β€œGayu Guru, Gerai Nyamai. Kaamatan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.”

Ikhlas Daripada,

DSP Junical anak Ujal (Ketua Polis Daerah Kanowit) & Puan Bibi anak Tutong (Pengerusi PERKEP IPD Kanowit) serta seluruh Warga IPD Kanowit

SALAM AIDILADHA 1447H / 2026MWarga Polis Diraja Malaysia khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah Kanowit mengucapkan Selamat ...
26/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H / 2026M

Warga Polis Diraja Malaysia khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah Kanowit mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Aidiladha bukan sekadar sambutan ibadah korban, malah menjadi lambang pengorbanan, keikhlasan serta ketaatan dalam memperkukuhkan nilai perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.

Semoga sambutan yang penuh keberkatan ini terus menyemai semangat kasih sayang, keharmonian serta mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat demi keamanan serta kemakmuran negara tercinta.

Ikhlas daripada,

DSP Junical anak Ujal
Ketua Polis Daerah Kanowit &

Puan Bibi anak Tutong
Pengerusi PERKEP IPD Kanowit

serta seluruh warga IPD Kanowit.




LELAKI DIHUKUM PENJARA 30 TAHUN, 9 SEBATAN KERANA MEROGOL DI KANOWIT.22 Mei 2026 - Mahkamah Sesyen Sibu pada hari ini te...
22/05/2026

LELAKI DIHUKUM PENJARA 30 TAHUN, 9 SEBATAN KERANA MEROGOL DI KANOWIT.

22 Mei 2026 - Mahkamah Sesyen Sibu pada hari ini telah menjatuhkan hukuman terhadap seorang lelaki tempatan selepas tertuduh mengaku salah merogol anak saudaranya yang berusia 14 tahun.

Hakim Musyiri Bin Peet menjatuhkan hukuman ke atas lelaki berusia 23 tahun itu selepas dia mengaku bersalah atas tiga pertuduhan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan bagi setiap tiga pertuduhan dan memerintahkan semua hukuman itu berjalan berasingan bermula dari tarikh dijatuh hukum pada 22 Mei 2026.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan oleh Pegawai Penyiasat, Insp Meredolyin bin Marikus manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Puan Cynthia Emmelda anak Jerry.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan juga sebatan, jika disabit kesalahan.

PDRM menegaskan komitmen berterusan dalam membanteras jenayah seksual serta memastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang.

KEPOLISAN KOMUNITI / AMANITA / TALK TO US SEMPENA MAJLIS PERASMIAN (GRAND OPENING) CCK FRESH MART SDN BHD KANOWIT22 Mei ...
22/05/2026

KEPOLISAN KOMUNITI / AMANITA / TALK TO US SEMPENA MAJLIS PERASMIAN (GRAND OPENING) CCK FRESH MART SDN BHD KANOWIT

22 Mei 2026 - IPD Kanowit telah melaksanakan Program Kepolisan Komuniti / AMANITA / Talk To Us sempena Majlis Perasmian (Grand Opening) CCK Fresh Mart Sdn Bhd, Kanowit bertempat di No. 50, Jalan Pekan, Kanowit. Program ini turut dihadiri oleh YB Anyi Anak Jana (ADUN N49 Ngemah), Pegawai Daerah Kanowit serta ketua-ketua masyarakat setempat.

Sepanjang program berlangsung, pegawai dan anggota PDRM telah mengadakan sesi β€œTalk To Us” bersama komuniti bagi menyampaikan hebahan berkaitan langkah-langkah pencegahan jenayah, keselamatan diri, penipuan dalam talian serta mempromosikan penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Selain itu, masyarakat turut digalakkan untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah kepada pihak polis dan AMANITA demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti sentiasa terpelihara.Hasil program ini, seramai 5 orang pengguna baharu telah mendaftar aplikasi VSP manakala 2 orang telah mendaftar sebagai ahli AMANITA.

Program berjalan dengan lancar dan menerima sambutan positif daripada pengunjung serta pihak pengurusan premis. Pendekatan mesra komuniti yang dilaksanakan berjaya mengeratkan hubungan silaturahim serta meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap peranan PDRM dalam menjaga keamanan dan keselamatan setempat.

✨ POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA ✨

PERHIMPUNAN BULANAN IPD KANOWIT19 Mei 2026, Kanowit – Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Kanowit telah mengadakan Program Perh...
19/05/2026

PERHIMPUNAN BULANAN IPD KANOWIT

19 Mei 2026, Kanowit – Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Kanowit telah mengadakan Program Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mei 2026 bertempat di perkarangan IPD Kanowit, pagi tadi.

Perhimpunan yang berlangsung itu dihadiri seramai 57 warga IPD Kanowit melibatkan Pegawai Kanan Polis (PKP), Pegawai Rendah Polis (PRP) dan Pegawai Awam (PA).

Program dimulakan dengan ketibaan pegawai dan anggota, diikuti nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Sang Saka Biru, bacaan doa serta lafaz ikrar Rukun Negara dan Ikrar Taat Setia.

Majlis turut diserikan dengan amanat oleh Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Junical anak Ujal yang menzahirkan ucapan tahniah kepada anggota yang menerima kenaikan pangkat daripada Kopral ke Sarjan serta daripada Lans Koperal ke Kopral.

Dalam amanatnya, beliau turut menegaskan agar seluruh warga IPD Kanowit sentiasa mengekalkan disiplin yang tinggi, mematuhi arahan serta prosedur kerja yang telah ditetapkan demi menjaga imej pasukan Polis Diraja Malaysia.

Beliau juga mengingatkan semua pegawai, anggota dan kakitangan awam supaya terus mengamalkan profesionalisme ketika menjalankan tugas serta memperkukuhkan semangat kerjasama dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat dan keseluruhan program berlangsung dalam keadaan tertib, lancar serta penuh semangat.

π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—¦π—˜π—₯𝗔𝗛 π—§π—˜π—₯π—œπ— π—” π—§π—¨π—šπ—”π—¦ 𝗝𝗔π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—žπ—˜π—§π—¨π—” π—•π—”π—›π—”π—šπ—œπ—”π—‘ π—¦π—œπ—”π—¦π—”π—§π—”π—‘ π—π—˜π—‘π—”π—¬π—”π—› π—žπ—’π— π—˜π—₯π—¦π—œπ—Ÿ π—œπ—£π—— π—žπ—”π—‘π—’π—ͺπ—œπ—§18 Mei 2026 – Telah berlangsung Ma...
19/05/2026

π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—¦π—˜π—₯𝗔𝗛 π—§π—˜π—₯π—œπ— π—” π—§π—¨π—šπ—”π—¦ 𝗝𝗔π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—žπ—˜π—§π—¨π—” π—•π—”π—›π—”π—šπ—œπ—”π—‘ π—¦π—œπ—”π—¦π—”π—§π—”π—‘ π—π—˜π—‘π—”π—¬π—”π—› π—žπ—’π— π—˜π—₯π—¦π—œπ—Ÿ π—œπ—£π—— π—žπ—”π—‘π—’π—ͺπ—œπ—§

18 Mei 2026 – Telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Kanowit bertempat di Bilik Mesyuarat IPD Kanowit.

Majlis serah terima tugas tersebut melibatkan Sjn Anthony Gary anak Jesy selaku pegawai penyerah tugas kepada Insp Mohd Marzuki bin Amat @ Sabi selaku penerima tugas baharu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kanowit.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Andika Bin Kedri daripada Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) IPD Kanowit sebelum diteruskan dengan sesi menandatangani dokumen serah terima tugas yang disaksikan oleh Ketua Polis Daerah Kanowit, YDH DSP Junical anak Ujal.

Turut berlangsung adalah upacara simbolik penyerahan dokumen serah terima tugas serta ucapan daripada Insp Mohd Marzuki bin Amat @ Sabi dan amanat daripada YDH DSP Junical anak Ujal.

Dalam amanat beliau, YDH KPD Kanowit menzahirkan penghargaan atas komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Sjn Anthony Gary anak Jesy sepanjang memegang jawatan tersebut serta berharap agar kepimpinan baharu dapat terus memperkukuhkan integriti, profesionalisme dan mutu penyampaian perkhidmatan khususnya dalam menangani jenayah komersil di daerah Kanowit.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua pegawai. Semoga terus cemerlang dalam menjalankan amanah serta tanggungjawab demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.






PROGRAM LARIAN JOGATHON ANJURAN PIBG SK ST. FRANCIS XAVIER TAHUN 202609 Mei 2026 (Sabtu) – PDRM Daerah Kanowit telah mel...
09/05/2026

PROGRAM LARIAN JOGATHON ANJURAN PIBG SK ST. FRANCIS XAVIER TAHUN 2026

09 Mei 2026 (Sabtu) – PDRM Daerah Kanowit telah melaksanakan penugasan kawalan keselamatan dan lalu lintas sempena Program Larian Jogathon anjuran PIBG SK St. Francis Xavier yang berlangsung di kawasan sekolah dan sekitar laluan larian.

Program yang bermula seawal jam 7.00 pagi ini melibatkan penyertaan guru, kakitangan sekolah, murid-murid, ibu bapa, komuniti setempat serta pegawai dan anggota PDRM dengan anggaran kehadiran seramai lebih kurang 468 orang.

Sepanjang program berlangsung, anggota PDRM telah melaksanakan kawalan lalu lintas dan pemantauan keselamatan bagi memastikan kelancaran perjalanan program serta keselamatan peserta sentiasa berada dalam keadaan terkawal.

Selain penugasan keselamatan, penglibatan anggota PDRM bersama komuniti dalam aktiviti larian turut mencerminkan pelaksanaan konsep Omnipresence dan Community Policing dalam memperkukuhkan hubungan erat antara polis dan masyarakat.

Hasil pemantauan mendapati program berjalan dengan lancar, selamat dan teratur tanpa sebarang kejadian jenayah, kemalangan mahupun insiden tidak diingini dilaporkan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur, warga sekolah, PIBG, komuniti setempat serta semua agensi yang terlibat atas kerjasama yang amat baik dalam menjayakan program ini.






PENUGASAN KAWALAN KESELAMATAN PROGRAM β€œNITI DAUN” DAN PERASMIAN β€œKANOWIT CULTURAL FESTIVAL” (KCF) SIRI 1.008 Mei 2026 | ...
08/05/2026

PENUGASAN KAWALAN KESELAMATAN PROGRAM β€œNITI DAUN” DAN PERASMIAN β€œKANOWIT CULTURAL FESTIVAL” (KCF) SIRI 1.0

08 Mei 2026 | Waterfront Kanowit & Pekan Kanowit

IPD Kanowit telah melaksanakan penugasan kawalan keselamatan, lalulintas serta jaga aman sempena Program β€œNiti Daun” dan Perasmian β€œKanowit Cultural Festival” (KCF) Siri 1.0 yang berlangsung di Waterfront Kanowit dan sekitar Pekan Kanowit.

Program anjuran Pejabat Daerah Kanowit tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara dan turut dihadiri oleh ADUN N49 Ngemah serta ADUN N50 Machan, barisan kenamaan, pemimpin masyarakat dan masyarakat pelbagai kaum di Daerah Kanowit dengan anggaran kehadiran seramai 1,000 orang.

Penugasan melibatkan kekuatan seramai 7 Pegawai Kanan Polis dan 39 Pegawai Rendah Polis dengan kerjasama 20 anggota RELA bagi memastikan aspek keselamatan, kawalan lalu lintas dan ketenteraman awam berada dalam keadaan terkawal sepanjang program berlangsung.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah perarakan bersepanduk serta pameran pakaian tradisional etnik-etnik di Sarawak yang mencerminkan keunikan budaya dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Daerah Kanowit.

Secara keseluruhannya, penugasan telah berjalan dengan baik, lancar dan terkawal serta tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
IPD Kanowit merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini demi memperkukuhkan perpaduan serta keharmonian masyarakat.






Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Kanowit, Jalan Kanowit Durin
Kanowit
96700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Kanowit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Daerah Kanowit:

Share