Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Kapit

Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Kapit Aktiviti dan Program Pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda di Bahagian Kapit.

SESI PERBINCANGAN BERSAMA KELAB BADMINTON BELETEHDisediakan Oleh : MCG,PBSBKAPITKAPIT, 20 Mei 2026 - Satu sesi perbincan...
20/05/2026

SESI PERBINCANGAN BERSAMA KELAB BADMINTON BELETEH

Disediakan Oleh : MCG,PBSBKAPIT

KAPIT, 20 Mei 2026 - Satu sesi perbincangan dan penerangan berkaitan Dana Sukan Komuniti telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit bersama Kelab Badminton Beleteh bagi memberi penjelasan mengenai syarat permohonan, pelaksanaan program serta tatacara penyaluran bantuan. Sesi tersebut turut menjadi platform perkongsian idea dalam memperkasakan pembangunan sukan komuniti di kawasan setempat.

Hadir mewakili kelab ialah Abu Bakar Bin Othman selaku Pengerusi Kelab dan Awang Mohd Lufti Bin Haironi selaku Setiausaha Kelab. Diharapkan sesi ini dapat membantu kelab dalam merancang program sukan yang lebih aktif serta memberi manfaat kepada komuniti setempat.




PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN KAPIT MENYERTAI BENGKEL REFRESHER PEMIMPIN BERTAULIAH ARPARM​Disediakan oleh: ...
19/05/2026

PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN KAPIT MENYERTAI BENGKEL REFRESHER PEMIMPIN BERTAULIAH ARPARM

​Disediakan oleh: MCG, PBSBKAPIT

​KUCHING, 17 Mei 2026 – Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, Encik Melvin Chambai Anak Gurang, merupakan antara 37 orang peserta dari seluruh negeri yang berjaya menamatkan Bengkel Refresher Pemimpin Bertauliah Anugerah Remaja Perdana (ARPRM) Peringkat Negeri Sarawak 2026. Program intensif tersebut telah berlangsung selama dua hari bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
​Bengkel ini telah memberikan impak yang amat positif kepada semua peserta, khususnya dalam memperkasakan kemahiran mengaplikasi sistem ARPRM secara digital dan sistematik. Kecemerlangan penyertaan wakil Bahagian Kapit itu turut terbukti apabila beliau bersama para peserta lain berjaya memperoleh keputusan penilaian prestasi yang cemerlang melalui ujian khas yang dilaksanakan pada akhir bengkel.
​Program ini turut dihadiri dan dijayakan oleh Ybhg Dr. Yasmin Yaccob, Ketua Jabatan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Putra Malaysia Sarawak, serta Puan Qaisarah Abdullah, Guru Kanan Bahasa, Sekolah Menengah Sains Kuching selaku penceramah utama, di samping sokongan penuh daripada para pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBS Negeri Sarawak.
​Majlis penutupan rasmi dan penyampaian sijil penyertaan kepada Encik Melvin Chambai serta para peserta lain telah disempurnakan oleh Puan Hafizah Binti Dahan, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBS Negeri Sarawak. Dengan tamatnya bengkel ini, aspek pemantapan dan pemantauan program ARPRM di peringkat Bahagian Kapit dijangka akan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan cemerlang.



HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT 2026 DISAMBUT MERIAH DI SMK KAPIT NO. 2Disediakan: MCG,PBSBKAPITKAPIT, 15 Mei...
15/05/2026

HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT 2026 DISAMBUT MERIAH DI SMK KAPIT NO. 2

Disediakan: MCG,PBSBKAPIT

KAPIT, 15 Mei – Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Kapit 2026 telah berlangsung dengan meriah di SMK Kapit No. 2 hari ini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Nawang Anak Budi Pengetua SMK Kapit No. 2 dan turut diiringi oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, Puan Olivia Anak Kaminis. Sambutan dimulakan dengan ucapan daripada Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit yang menekankan kepentingan peranan belia dalam pembangunan masyarakat serta usaha melahirkan generasi muda yang aktif, berdaya saing dan bersatu padu.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian oleh pengetua sekolah sebelum simbolik perasmian Hari Belia Negara dilaksanakan.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program tersebut antaranya servis minyak motosikal secara percuma, pertandingan aerobicton serta cabutan bertuah yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Kapit 2026.




SESI PERBINCANGAN PROGRAM INSPITE i-TALENT SECARA ATAS TALIANDisediakan Oleh. :MCG,PBSBKAPITKAPIT ,12 MEI 2026 – Satu se...
12/05/2026

SESI PERBINCANGAN PROGRAM INSPITE i-TALENT SECARA ATAS TALIAN

Disediakan Oleh. :MCG,PBSBKAPIT

KAPIT ,12 MEI 2026 – Satu sesi perbincangan strategik secara dalam talian bagi memperincikan pelan tindakan serta kaedah pelaksanaan program tersebut yang dijadualkan berlangsung pada Jun depan. Pertemuan maya ini menghimpunkan barisan pegawai dan penyelaras program untuk memastikan setiap gerak kerja berada di landasan yang betul, terutamanya dalam menyelaraskan aspek teknikal dan logistik di peringkat bahagian.

Fokus utama perbincangan tersebut adalah untuk merangka mekanisme pelaksanaan yang lebih efisien, merangkumi tatacara pendaftaran peserta, format penilaian bakat, serta penyediaan kemudahan di lokasi acara agar menepati keperluan golongan sasaran. Segala keputusan yang dicapai dalam mesyuarat dalam talian ini akan dijadikan panduan utama dalam fasa persiapan akhir menjelang pelaksanaan program tersebut.




INSPIRE i-TALENT X SMK KAPITDisediakan oleh : MCG,PBSBKAPITKAPIT, 12 MEI 2026 – Program Inspire i-Talent terus mengukuhk...
12/05/2026

INSPIRE i-TALENT X SMK KAPIT

Disediakan oleh : MCG,PBSBKAPIT

KAPIT, 12 MEI 2026 – Program Inspire i-Talent terus mengukuhkan langkah strategik dalam usaha melahirkan permata baharu sukan para menerusi satu sesi perbincangan yang diadakan bersama pengurusan tertinggi SMK Kapit baru-baru ini. Pertemuan tersebut menjadi platform penting bagi menyelaraskan gerak kerja mengenal pasti bakat sukan dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat akar umbi, merangkumi skala daerah serta bahagian.
Sesi perbincangan ini dihadiri oleh Pengetua SMK Kapit, Encik Jeffry anak Lias, bersama Penolong Kanan Pendidikan Khas, Encik Merum anak Amba serta Cik Ebronica Ivy anak Dehan yang bertindak sebagai Guru Pendidikan Khas. Turut hadir ke sesi tersebut adalah Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, Cik Olivia anak Kaminis. Secara dasarnya, program i-Talent ini diwujudkan sebagai langkah proaktif untuk mencari dan mencungkil potensi sukan yang tersembunyi di peringkat awal. Usaha ini memberikan tumpuan khusus kepada anak-anak istimewa yang mempunyai azam serta cita-cita tinggi untuk mengikut jejak langkah wira-wira negara di pentas Paralimpik. Pihak pengurusan SMK Kapit menyambut baik cadangan tersebut dan menyatakan kesediaan untuk memberikan komitmen padu demi manfaat pelajar. Kerjasama ini dilihat sebagai satu langkah proaktif dalam melahirkan generasi muda yang lebih kompetitif, kreatif, dan berdaya saing, selaras dengan matlamat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang bukan sahaja dari sudut akademik, malah dalam pelbagai bidang kemahiran di peringkat global.




PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN KAPIT PERKUKUH PERSEDIAAN PROGRAM MEI & JUN 2026Disediakan Oleh : MCG,PBSBKAPIT​KAPIT, ...
06/05/2026

PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN KAPIT PERKUKUH PERSEDIAAN PROGRAM MEI & JUN 2026

Disediakan Oleh : MCG,PBSBKAPIT

​KAPIT, 5 MEI 2026 – Menjelang kalendar aktiviti yang padat bagi bulan Mei dan Jun, satu sesi perbincangan strategik telah diadakan bagi menyelaraskan persiapan akhir program-program belia dan sukan di peringkat Bahagian Kapit. Sesi perbincangan tersebut telah diketuai oleh Puan Olivia anak Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, bersama dua penggerak utama program, Encik Melvin Chambai Anak Gurang dan Encik Lanting Anak Mala. Sesi perbincangan ini bertujuan untuk meneliti status kesiapsiagaan logistik, pengisian program, serta penyelarasan gerak kerja antara jawatankuasa.




🏐 PANGGILAN KEPADA SQUAD BOLA JARING KAPIT! 🏐​Sedia untuk tunjukkan ketangkasan anda di gelanggang? Sertailah Liga Sukan...
04/05/2026

🏐 PANGGILAN KEPADA SQUAD BOLA JARING KAPIT! 🏐

​Sedia untuk tunjukkan ketangkasan anda di gelanggang? Sertailah Liga Sukan Komuniti 2026 (Peringkat Bahagian Kapit) bagi kategori Bola Jaring! Kumpulkan pasukan terbaik anda dan jom rebut gelaran juara!

​📅 Maklumat Pertandingan:
​Tarikh: 13 Jun 2026
​Tempat: Gelanggang SMK Selirik
​Yuran Pendaftaran: RM 50 sahaja bagi setiap pasukan
​Penyertaan: Terhad kepada 16 PASUKAN SAHAJA!

​🏆 Hadiah Lumayan Menanti:
​🥇 Johan: RM 500
​🥈 Naib Johan: RM 300
​🥉 Ketiga Bersama: RM 200
​📝 Cara Pendaftaran:

​Mudah sahaja! Anda boleh mendaftar melalui dua cara:
​Imbas Kod QR yang terdapat pada poster.
​Hubungi/WhatsApp: 014-8991626 (Grace Ling) untuk maklumat lanjut.

🏐 SERLAHKAN SMASH ANDA! LIGA SUKAN KOMUNITI KINI KEMBALI! 🏐​Warga Kapit dan Song, masanya telah tiba! Sertailah Liga Suk...
03/05/2026

🏐 SERLAHKAN SMASH ANDA! LIGA SUKAN KOMUNITI KINI KEMBALI! 🏐

​Warga Kapit dan Song, masanya telah tiba! Sertailah Liga Sukan Komuniti 2026 (Peringkat Bahagian Kapit) khusus untuk kategori Bola Tampar Lelaki. Adakah pasukan anda bakal bergelar juara?

​📅 Butiran Acara:
​Tarikh: 13 Jun 2026
​Tempat: Dewan SJKC Hin Hua Song
​Yuran Pendaftaran: RM 50 (Satu Pasukan)
​Kuota: Terhad kepada 16 PASUKAN SAHAJA!

​🏆 Hadiah Menarik Menanti:
​Rebut peluang memenangi hadiah kemenangan seperti berikut:
​🥇 Johan: RM 500
​🥈 Naib Johan: RM 300
​🥉 Ketiga Bersama: RM 200

​📲 Daftar Sekarang!
​Jangan tunggu sehingga slot penuh. Hubungi wakil pendaftaran kami untuk mengesahkan penyertaan anda:
👉 014-9441738 (Ong Chee Fong)

⚽ PANGGILAN UNTUK JAGUH FUTSAL KAPIT! ⚽​Adakah pasukan anda yang kami cari? Sertailah Liga Sukan Komuniti 2026 (Peringka...
03/05/2026

⚽ PANGGILAN UNTUK JAGUH FUTSAL KAPIT! ⚽

​Adakah pasukan anda yang kami cari? Sertailah Liga Sukan Komuniti 2026 (Peringkat Bahagian Kapit) bagi kategori Futsal Lelaki! Tunjukkan bakat, asah skil, dan bawa pulang gelaran juara!

​📅 Butiran Pertandingan:
​Tarikh: 13 Jun 2026
​Tempat: Gelanggang Serbaguna Song
​Penyertaan: Terhad kepada 16 PASUKAN SAHAJA (Siapa cepat, dia dapat!)
​Yuran Pendaftaran: RM 50 sahaja bagi setiap pasukan.

​🏆 Hadiah Kemenangan:
​Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah tunai:
​🥇 Johan: RM 500
​🥈 Naib Johan: RM 300
​🥉 Ketiga Bersama: RM 200

​📝 Cara Pendaftaran:
​Sedia untuk beraksi? Hubungi talian di bawah untuk pendaftaran atau maklumat lanjut:
📞 013-8027038 (Herbert Sumok)
https://forms.gle/VDD7FK7MxoJiGvQLA

Sekalung Tahniah Kepada Encik Lanting Mala Diatas Kenaikkan Pangkat Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak.KAPIT, 13 April...
13/04/2026

Sekalung Tahniah Kepada Encik Lanting Mala Diatas Kenaikkan Pangkat

Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak.

KAPIT, 13 April 2026 – Seluruh pengurusan dan warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Kapit dengan rasa bangga merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Encik Lanting Mala atas kenaikan pangkat beliau dari gred S2 ke S3.

Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bertepatan dengan kecemerlangan prestasi, dedikasi, serta komitmen tidak berbelah bahagi yang telah ditunjukkan oleh beliau sepanjang berkhidmat di jabatan ini. Kenaikan pangkat ini juga mencerminkan kepercayaan pengurusan tertinggi terhadap kemampuan beliau dalam menggalas tanggungjawab yang lebih besar.

Sumbangan Encik Lanting dalam menjayakan pelbagai program pembangunan belia dan sukan di peringkat bahagian sentiasa dihargai. Sikap profesionalisme dan semangat kerja berpasukan beliau wajar dijadikan contoh dan inspirasi kepada seluruh warga kerja PBSB Kapit.

Semoga dengan kenaikan pangkat ini, Encik Lanting akan terus menyuntik nafas baharu, memberikan perkhidmatan yang cemerlang, dan terus melakar kejayaan bersama PBSB Kapit.

Tahniah sekali lagi!





Address

Tingkat 2, Wisma Persekutuan
Kapit Fort
96800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:45
14:15 - 17:00

Telephone

+6084796262

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Kapit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Kapit:

Share