Pejabat Pertanian Bahagian Kapit

Pejabat Pertanian Bahagian Kapit Pejabat Pertanian Bahagian Kapit

24 Ogos 2025 | Bintulu PROGRAM AGRICULTURE CIVIL SERVANTS SUNDAY MASSBersempena dengan Sarawak Agrofest 2025, Agricultur...
25/08/2025

24 Ogos 2025 | Bintulu
PROGRAM AGRICULTURE CIVIL SERVANTS SUNDAY MASS

Bersempena dengan Sarawak Agrofest 2025, Agriculture Civil Servants Sunday Mass (ACSSM) telah diadakan di Gereja Anglican St. Thomas, Bintulu. Program ini dianjurkan oleh Kelab Jabatan Pertanian Sarawak. Objektif utama penganjungan Misa ini adalah untuk menghimpunkan wargakerja beragama Kristian yang berkhidmat di dalam bidang pertanian dan memberi penghargaan dan kesyukuran di atas nikmat di dalam pekerjaan dan kehidupan. Ia juga bertujuan untuk memohon doa, pertolongan dan keberkatan di dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua komuniti tani yang ada di Sarawak. Seramai 40 orang wargakerja yang terdiri daripada pelbagai agensi di bawah Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (MFICORD) telah menghadiri Misa ini yang diketuai oleh Encik Gilbert Igi, Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak. Turut hadir adalah Encik Jackson Nanta anak Barnabas Baie yang merupakan Presiden Kelab Jabatan Pertanian Sarawak.
Di dalam sesi perkongsian beliau, Father Josh Sim menekankan kepentingan sektor pertanian di dalam memastikan kelestarian kehidupan. Beliau juga menyatakan usaha dan kesungguhan penjawat awam di dalam bidang pertanian memajukan sektor pertanian di Sarawak merupakan satu usaha mulia dan bertepatan dengan tema perayaan Misa iaitu Feast of St. Bartholomew the Apostle yang merupakan seorang pengikut setia yang mengabadikan diri kepada Tuhan.
Semoga dengan penganjuran Misa ini semua penjawat awam di dalam bidang pertanian akan lebih bersemangat di dalam perjuangan memakmurkan hasil pertanian dan berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan integriti.


📢 HEBAHAN BOOTH JUALAN DAN PAMERAN PEJABAT PERTANIAN DAERAH BELAGA BAHAGIAN KAPIT📢Sempena Regatta Belaga Tahun 2025, Pej...
08/08/2025

📢 HEBAHAN BOOTH JUALAN DAN PAMERAN PEJABAT PERTANIAN DAERAH BELAGA BAHAGIAN KAPIT📢

Sempena Regatta Belaga Tahun 2025, Pejabat Pertanian Daerah Belaga dan Pertubuhan Peladang Kawasan Belaga mengadakan pameran dan booth jualan. Pelbagai akitiviti yang menarik menanti anda seperti pameran pendidikan, aktiviti jualan, dan pertandingan terbuka kepada orang ramai yang berminat menyertai aktiviti tersebut.

📍 Lokasi: Dewan Serbaguna, Daerah Belaga�
📅 Tarikh: 07 - 09 Ogos 2025�
⏰ Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang

🛍️ Pelbagai jualan produk menarik menanti anda seperti:
* Peria Garing Salted Egg
* Peria Garing Original
* Kuih Ketop Bihun
* Madu Kelulut
* Garam Bario
* Beras Bajong Hitam
* Tuak Song
* Biji Sayur
* Jus Kunyit
* Jus halia
* Sambal Nanas Ikan Tahai
* Keropok Dabai
* Keropok Terung Asam
* Kopi Peladang Sarikei
* Kuih Siput
* Minuman Burung walit

🏆 Pertandingan yang dianjurkan seperti :
* Pertandingan Berat Pisang Kepok Terberat
* Pertandingan Berat Labu Kuning Terberat
* Pertandingan Berat Buah Nanas Terberat
* Pertandingan Tandan Sawit Terberat
* Pertandingan Ikan Patin Hidup Terberat
* Pertandingan Ikan Keli Hidup Terberat
* Pertandingan Berat Ubi Kayu Terberat

🧑🏻‍🍳 Aktiviti anjuran Sekyen Industri Asas Tani :
* Demonstrasi Pemprosesan Makanan Hiliran Amali 1 : Sos cili
* Demonstrasi Pemproseaan Makanan Hiliran Amali 2 : Serunding Ikan
* Demonstrasi Pemprosesan Makana Hiliran Amali 3 : Keropok Lekor

✨ Datang beramai-ramai bersama keluarga & sahabat untuk mendaftar di booth pameran kami untuk menyertai aktiviti dan pertandingan yang menarik bagi memeriahkan lagi aktiviti Pertanian. 🇲🇾

MIRI | 2 OGOS 2025Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak YB Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom t...
02/08/2025

MIRI | 2 OGOS 2025

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak YB Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom telah menyempurnakan Majlis Perasmian Subis Agrofest 2025 bertempat di Dewan Masyarakat Batu Niah.

YB Dato Sri menyifatkan program seumpama ini sebagai pemangkin kepada transformasi sektor pertanian tempatan.

“Penganjuran Agrofest ini bukan sahaja memperkenal inisiatif serta peranan pelbagai agensi, malah ia menjadi ruang penting untuk belia dan komuniti tani mendalami teknologi moden serta potensi pasaran baharu dalam bidang agromakanan,” ujar beliau ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Subis Agrofest 2025 yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Bahagian Miri bersama Pejabat Daerah Subis menyasarkan 5,000 orang pengunjung dan jumlah nilai jualan melebihi RM200,000 sepanjang tiga hari acara ini berlangsung, selain membuka peluang kepada usahawan tempatan memasarkan produk mereka secara langsung.

Dengan penganjuran yang teratur dan sokongan pelbagai pihak, Subis Agrofest 2025 dijangka memberi impak besar kepada pembangunan komuniti luar bandar serta menyokong sasaran Kerajaan Sarawak dalam meningkatkan tahap sara diri makanan di wilayah ini menjelang 2030.

Hadir sama Timbalan Menteri M-FICORD (Industri Makanan) YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap M-FICORD Encik Sayed Ismail Nasiruddin bin Dato' Sri Wan Hashim, Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Encik Dominic Chunggat, dan Pegawai Daerah Subis Puan Norlila binti Haji Ulis.

Program Khas Bumiputera Anjuran Jabatan Pertanian Bahagian KapitBelaga | 16 Julai 2025 Jabatan Pertanian Sarawak (Bahagi...
29/07/2025

Program Khas Bumiputera Anjuran Jabatan Pertanian Bahagian Kapit

Belaga | 16 Julai 2025 Jabatan Pertanian Sarawak (Bahagian Kapit) telah mengadakan Program Khas Bumiputera (PKB) di Uma Apan, Long Menjawah Daerah Belaga pada 16 Julai 2025. Program ini memfokuskan Kursus Hasilan Produk Hiliran Makanan Berasaskan Ikan kepada para peserta.

Dengan pengelibatan Seramai 30 orang peserta yang telah menghadiri Program ini, topik yang dikongsikan adalah Pengenalan Program Khas Bumiputera (PKB) oleh Encik Avy Anak Nanong, dan Pengenalan Sistem Akuakultur dan Sistem Tagang oleh Encik Bartolomew Anak Anthony Tanggoh. Turut diselitkan adalah Pengenalan Tanaman dan Pengisian borang skim oleh Encik Federick Brain Anak Mical. Para peserta juga telah didedahkan dengan sesi hands on pembuatan produk Bebola Ikan Baung oleh Puan Jennifer Anak Ajah.

Hadir bersama semasa program ini, Penolong Pengarah, Bahagian Pengembangan, Encik Peter Jarit, Pegawai Menguasa Pejabat Pertanian Daerah Belaga, Encik Adan Lasan, Ketua Sekyen Bahagian Pengembangan di Pejabat Pertanian Bahagian Kapit Encik Avy Anak Nanong dan kakitangan dari Pejabat Pertanian Daerah Belaga.

Harapan kami agar program ini dapat memberi buah fikiran dan inisiatif kepada para peserta untuk menjadikan produk makanan berasaskan ikan ini sebagai sumber pendapatan komuniti setempat.

Address

PEJABAT PERTANIAN BAHAGIAN KAPIT, ARAS 3, KOMPLEKS KERAJAAN NEGERI
Kapit
96800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:45

Telephone

+6084796797

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pertanian Bahagian Kapit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pertanian Bahagian Kapit:

Share