13/05/2026
KAPIT - Kerjasama antara Pejabat Tenaga Kerja Kapit dan Bahagian Penguatkuasaan & Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Negeri Sarawak telah melaksanakan satu Operasi Bersepadu dalam Sektor Keselamatan di Kapit pada 6 - 7 May 2026 yang di sertai oleh 4 orang Pegawai Tenaga Kerja Kapit dan 4 Pegawai Penguatkuasa KDN, Negeri Sarawak.
Operasi adalah bertujuan untuk memastikan majikan di Sektor Keselamatan sentiasa mematuhi undang-undang perburuhan yang sedia ada disamping memastikan kesejahteraan dan hak pekerja dijaga.
Dalam operasi yang dijalankan, sebanyak 6 syarikat kawalan keselamatan telah di periksa yang melibatkan sejumlah 25 orang pengawal keselamatan di sekitar Bahagian Kapit dan 1 notifikasi perlanggaran dikeluarkan di bawah Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76).