Pejabat Meteorologi Kapit

Pejabat Meteorologi Kapit Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Meteorologi Kapit, Government Organization, Jalan Bleteh, Kapit.

Pejabat ini mula beroperasi sejak tahun 2006 dan memiliki 3 buah Rumah Jabatan.Pejabat ini dilengkapi oleh peralatan cuaca automatik (AWS) bagi membekalkan laporan data cuaca kawasan sekitar.

13/05/2026
13/05/2026

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀: 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐘𝐀.

Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 14 Mei 2026 dan berterusan sehingga September 2026.

Permulaan monsun ini menandakan berakhirnya fasa peralihan monsun yang bermula sejak 29 Mac 2026.

Orang ramai juga disarankan agar sentiasa merujuk maklumat ramalan cuaca serta amaran terkini melalui saluran rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia, bagi memastikan setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih selamat, teratur dan lancar.




06/05/2026

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 : 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) Siri 4 di Negeri Sarawak pada 11 hingga 12 Mei 2026 sebagai langkah proaktif bagi meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan empangan utama.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti MET Malaysia untuk mendapat maklumat cuaca yang terkini menerusi laman sesawang (www.met.gov.my), aplikasi myCuaca, media sosial rasmi atau hubungi talian hotline 1-800-22-1638.






06/05/2026

𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐓𝐀𝐒

Pencerapan Udara Atas merupakan rutin harian di 5 stesen pencerapan MET Malaysia iaitu di Pejabat Meteorologi (PM) Sepang, PM Kota Bharu, PM Kota Kinabalu, PM Bintulu dan PM Kuching. Pencerapan ini dilakukan dengan melepaskan Belon Cuaca 2 kali sehari (8.00 pagi dan 8.00 malam) sehingga ke lapisan stratosfera bagi mengumpul data atmosfera yang merangkumi bacaan suhu, kelembapan, tekanan udara, serta arah dan kelajuan angin yang disukat menggunakan instrumen Radiosonde.

Data yang dikumpul secara langsung ini adalah nadi utama bagi penyediaan ramalan cuaca dan amaran awal bencana dengan lebih tepat demi keselamatan rakyat dan negara.





20/12/2025

𝐅𝐄𝐍𝐎𝐌𝐄𝐍𝐀 𝐆𝐀𝐑𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐈

🔔 Garis badai ialah kelompok awan ribut petir aktif yang membentuk barisan di laut dan bergerak ke daratan.

🔔 Fenomena ini boleh menyebabkan hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir kilat disertai dengan angin kencang, guruh dan petir. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berada di tempat yang selamat jika ia sedang berlaku.

🔊 Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa bersiap sedia dengan mengikuti maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca terkini daripada MET Malaysia melalui:

🌐 Laman web: www.met.gov.my
📱 Aplikasi myCuaca
📲 Media sosial rasmi
☎️ Hotline MET Malaysia: 1-300-22-1638






20/12/2025

Leveraging extensive experience across ministries and international exposure, Deputy Minister of Agriculture and Food Security Datuk Seri Arthur Joseph Kurup today assumes the role of Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability (NRES), further strengthening the MADANI Government Cabinet line-up

28/11/2025
28/11/2025

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 : 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐑𝐈𝐁𝐔𝐓 𝐓𝐑𝐎𝐏𝐈𝐊𝐀 𝐒𝐄𝐍𝐘𝐀𝐑 | 𝟐𝟖 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓

Ribut Tropika Senyar telah melemah dan diturun taraf kepada sistem cuaca tekanan rendah.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti maklumat, ramalan serta amaran cuaca terkini melalui laman web MET Malaysia, aplikasi myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline 1-300-22-1638.







27/11/2025

Address

Jalan Bleteh
Kapit
96800

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00

Telephone

+6084796011

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Meteorologi Kapit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Meteorologi Kapit:

Share