13/11/2025
Town Hall Rakyat Sinar Harian bersama MB Pahang, Belanjawan 2026.
Bayangkan lebih 1,500 orang berkumpul, semua excited nak dengar cerita pasal Belanjawan 2026 , tapi jangan risau, tak bosan pun sebab YAB Datoโ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, jawab soalan rakyat dengan cara yang memang santai dan mesra.
Yang paling best, suasana memang lively. Ada yang angkat tangan laju-laju, ada yang sedia bergambar dengan MB, ada juga yang memang siap catat nota, nampak macam kelas interaktif tapi versi Pahang. MB pun tak tension, jawab soalan dengan jelas, ada sesekali selit jenaka ringan yang buat semua senyum.
Program ini tunjuk yang belanjawan dan pembangunan tak semestinya topik berat yang susah nak faham. Bila cara penyampaian santai, rakyat rasa dekat, faham, dan boleh terus bagi input. 1,500 orang jadi saksi, semua puas hati sebab suara mereka didengar.
Kalau ikut mood hari itu, memang boleh kata: Town Hall ni bukan setakat โtownhall kerajaanโ, tapi macam sesi borak santai antara MB dan rakyat โ penuh info, tapi tetap chill. Harap program macam ni boleh terus ada, sebab rakyat happy, MB happy, dan Pahang pun happy.