14/05/2026
*بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
14 MEI 2026( KHAMIS )
Pada jam 14:23:00, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Karak telah menerima satu panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan berlaku kebakaran di Surau Kuarters UKK, Jalan Manchis, Karak.
Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah surau separuh kekal berkeluasan 40 x 40 kaki. Ketika ketibaan pasukan bomba, api sedang marak dan telah memusnahkan hampir 90% struktur bangunan tersebut.
Komander Operasi telah menjalankan size up di lokasi dengan mengutamakan konsep RECEO sebelum mengarahkan anggota bomba melaksanakan kerja-kerja pemadaman menggunakan 1 aliran salur bantu mula serta 1 aliran hos sepanjang 200 kaki lengkap dengan 1 dividing breaching, 2 nozel, pam jentera dan bekalan air daripada 1 unit pili bomba yang terletak kira-kira 200 kaki dari lokasi kejadian sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya.
Setelah pemeriksaan dijalankan dan dipastikan tiada lagi punca yang boleh menyebabkan kebakaran berulang, operasi ditamatkan sepenuhnya. Komander Operasi turut menghubungi pihak Forensik Zon 2 bagi memaklumkan kejadian untuk tindakan lanjut.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini. Peratusan kemusnahan keseluruhan akibat kebakaran dianggarkan sebanyak 95%.
Sekian, terima kasih.