Puspen Karak

Puspen Karak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Puspen Karak, Government Organization, Karak.

• Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Karak (PUSPEN KARAK) / Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
• Kepulihan Anda Bermula Disini
• Pulih Anda Bahagia Kami
• PUSPEN Karak Indah Dihati

15/08/2026
14/08/2026

"Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda;
"Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu kerana yang demikian lebih patut agar kamu tidak memandang remeh nikmat yang Allah SWT telah berikan."

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini mendidik kita agar menjauhi sifat membandingkan diri dengan mereka yang lebih berada sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati, iri hati atau keluh kesah.

Sebaliknya, Islam mengajar kita untuk mensyukuri rezeki yang ada, menghargai setiap nikmat serta memupuk sifat qanaah dan rendah hati dalam kehidupan seharian.

Semoga Warkah Ilmu ini menjadi peringatan buat kita semua untuk terus memperkukuh nilai kesyukuran, memperbaiki akhlak serta mendidik diri dan keluarga ke arah kehidupan yang lebih sejahtera, bermakna dan diberkati.

• HEBAHAN MEDIA •KAJIAN LAPANGAN FAKULITI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) x PUSPEN KAR...
06/08/2026

• HEBAHAN MEDIA •

KAJIAN LAPANGAN FAKULITI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) x PUSPEN KARAK

06hb. Ogos 2026 (Khamis), Dewan Utama PUSPEN Karak - Pada hari ini pihak PUSPEN Karak amat berbesar hati dalam menerima kehadiran Pasukan Penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam rangka pelaksanaan Kajian Lapangan daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian UKM bersama Pegawai Pemulihan dan Penghuni PUSPEN Karak.

Pasukan penyelidik yang diketuai oleh Yang Dihormati Prof. Madya Dr Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia memaklumkan hasrat dan tujuan penyelidikan dijalankan sebagai usaha berterusan dalam memastikan isu penyalahgunaan dadah dapat dibendung dan ditangani dengan sebaiknya.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Prof. dan pasukan penyelidik di atas kesudian hadir dan bersama dalam menjayakan Program pada hari ini. Semoga inisiatif sebegini dapat menjadi solusi terbaik dalam menuntaskan isu berkait penyalahgunaan dadah kepada setiap individu yang terlibat.

Terus bersama kami dalam mendapatkan info berkaitan rawatan dan pemulihan dadah. Semoga memberi manfaat buat semua. 🕊️🕊️






31/07/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang disambut pada 31 Julai 2026 (Jumaat).

Dengan penuh rasa hormat dan kasih, warga AADK Negeri Pahang sekalian merafak sembah dan mendoakan semoga Kebawah Duli Tuanku dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, umur yang diberkati, serta terus memayungi Negeri Pahang Darul Makmur dengan keadilan, kebijaksanaan dan kasih sayang,semoga pemerintahan Tuanku terus membawa kemakmuran, keharmonian dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat jelata.

Sembah takzim daripada:
Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
AADK Negeri Pahang

• HEBAHAN MEDIA •PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS PUSPEN KARAK TAHUN 2026 - "MEMIMPIN DENGAN HATI, MENGINSPIRASI DENGAN TINDA...
30/07/2026

• HEBAHAN MEDIA •

PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS PUSPEN KARAK TAHUN 2026 - "MEMIMPIN DENGAN HATI, MENGINSPIRASI DENGAN TINDAKAN"

30hb. Julai 2026 (Khamis), Karak - Bertempat di Dewan Taman Seri Bayu Karak, telah dilangsungkan Program Kepimpinan Pengawas PUSPEN Karak bagi Tahun 2026 anjuran Unit Hal Ehwal Penghuni PUSPEN Karak.

Program saban tahun yang menjadi aktiviti lazim dalam kalendar Program Rawatan dan Pemulihan khususnya kepada setiap Pengawas PUSPEN Karak dilaksana sebagai medium penerapan nilai kepimpinan serta contoh teladan yang baik kepada setiap penghuni lainnya.

Pelbagai aktiviti telah disusun atur dan dilaksana dengan jayanya hasil komitmen setiap kakitangan dan penghuni yang terlibat. Antara pengisian aktiviti adalah, sesi kecerdasan minda, ceramah kepimpinan, latihan secara berkumpulan dan penyerahan watikah serta sijil penghargaan kepada setiap pengawas. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Penduduk Taman Seri Bayu Karak yang telah menyediakan lokasi program, turut diadakan aktiviti gotong-royong dan kebersihan pada kawasan dewan dan sekitar.

Majlis Perasmian Penutup Program Kepimpinan Pengawas PUSPEN Karak tahun 2026 telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Siti Mariam Bebakar, Pengarah PUSPEN Karak. Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan urusetia, kakitangan dan pengawas terlibat di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam memastikan program berjalan dengan lancar dan sempurna.

Terus bersama kami dalam mendapatkan info berkaitan rawatan dan pemulihan dadah. Semoga memberi manfaat buat semua. 🕊️🕊️






29/07/2026

SALAM TAKZIAH

Seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merakamkan ucapan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Siddiq Bin Hassan, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Ibu Pejabat, yang telah kembali ke rahmatullah pada 29 Julai 2026.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan kepada warga AADK yang sentiasa dikenang atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat.

Semoga Allah SWT mengurniakan keampunan, melimpahkan rahmat serta menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh, di samping mengurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan.





• HEBAHAN MEDIA • KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS (BASIC LIFE SUPPORT) PUSPEN KARAK X PEJABAT KESIHATAN BENTONG29hb. Julai...
29/07/2026

• HEBAHAN MEDIA •

KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS (BASIC LIFE SUPPORT) PUSPEN KARAK X PEJABAT KESIHATAN BENTONG

29hb. Julai 2026 (Rabu), Dewan Utama PUSPEN Karak - Pada hari ini telah berlangsung Kursus Asas Pertolongan Cemas (Basic Life Support) Peringkat PUSPEN Karak dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Bentong anjuran Unit Perubatan dan Kesihatan PUSPEN Karak.

Kursus diawali dengan sesi penerangan dan taklimat berkenaan Asas Pertolongan Cemas yang disampaikan oleh Encik Muhammad Ikhmal bin Sabri selaku Penyelia Penolong Pegawai Perubatan, Pejabat Kesihatan Daerah Bentong. Sesi diteruskan dengan latihan praktikal dan amali pertolongan cemas melibatkan kakitangan dan penghuni PUSPEN Karak yang diselia oleh Para Pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Bentong.

Turut dijalankan sesi Saringan Kesihatan yang diselia oleh Pasukan Perubatan daripada Klinik Kesihatan Karak. Semoga segala ilmu yang dipelajari dapat difahami dan dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh semua kakitangan dan penghuni PUSPEN Karak.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Bentong dan Klinik Kesihatan Karak di atas kesudian hadir dan bersama dalam menjayakan program pada hari ini. Semoga hubungan baik dua hala ini terus terjalin erat demi kebaikan bersama.

Terus bersama kami dalam mendapatkan info berkaitan rawatan dan pemulihan dadah. Semoga memberi manfaat buat semua. 🕊️🕊️






• HEBAHAN MEDIA •PASUKAN KLIEN PUSPEN KARAK RANGKUL GELARAN NAIB JUARA KEJOHANAN SEPAK TAKRAW LEAGUE 2026 PAHANG 1ST PIA...
26/07/2026

• HEBAHAN MEDIA •

PASUKAN KLIEN PUSPEN KARAK RANGKUL GELARAN NAIB JUARA KEJOHANAN SEPAK TAKRAW LEAGUE 2026 PAHANG 1ST PIALA YAB MENTERI BESAR PAHANG

26hb. Julai 2026 (Ahad), Bentong - Bertempat di Mempaga Community Sport telah berlangsung Kejohanan Sepak Takraw League 2026 Pahang 1st Piala YAB Menteri Besar Pahang Peringkat Dun Sabai.

Pertandingan yang melibatkan seramai 10 kumpulan merangkumi kawasan Dun Sabai, menjadi medan pertarungan dan menonjol bakat setiap pemain sepak takraw dalam pasukan. Tidak terkecuali bagi Pasukan PUSPEN Karak yang turut menghantar dua pasukan klien, dibimbing oleh Encik Huzaini bin Abdul Aziz selaku Pengurus merangkap Jurulatih pasukan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan B PUSPEN Karak yang telah mendapat Naib Johan dalam kejohanan berkenaan.

Pengarah dan seluruh warga kerja PUSPEN Karak merakamkan setinggi ucapan tahniah kepada barisan Pengurusan dan Jurulatih serta semua klien yang mewakili PUSPEN Karak hasil semangat juang dan kerja berpasukan tinggi yang ditonjolkan dalam Kejohanan kali ini.

Terus bersama kami dalam mendapatkan info berkaitan rawatan dan pemulihan dadah. Semoga memberi manfaat buat semua. 🕊️🕊️






Address

Karak

Telephone

+6092312054

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspen Karak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share