30/07/2026
*Lewat Siar*
📖PROGRAM DOOR TO DOOR - KELUARGAKU MEMBACA📖
Tarikh : 29/07/2026 ( Khamis )
Tempat : Rumah Peserta Pilihan
Bil.Peserta : 3 Buah Keluarga
📚Program Door to Door – Keluargaku Membaca merupakan inisiatif aktiviti turun padang oleh pihak Perpustakaan Desa Negeri bagi menyantuni keluarga di kawasan setempat, khususnya yang kurang atau tidak pernah mengunjungi perpustakaan dan dengan erti kata lain penempatan yang berada di luar bandar. Program ini memberi fokus kepada pembudayaan amalan membaca dalam institusi keluarga serta memperkenalkan perkhidmatan perpustakaan secara terus kepada masyarakat.
📚Melalui pendekatan Door to Door, Pengawas Perpustakaan Desa Negeri dapat menyampaikan maklumat, bahan bacaan serta aktiviti literasi secara langsung kepada keluarga sasaran. Pendekatan ini juga selari dengan konsep perpustakaan yang lebih inklusif, proaktif dan mesra komuniti.
📌Jutaan terima kasih diucapkan kepada keluarga yang terlibat dalam program ini bagi menyokong usaha pembudayaan ilmu dalam institusi keluarga dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan membaca serta mengukuhkan hubungan antara perpustakaan dan komuniti setempat.
✅ Program ini adalah PERCUMA dan pendaftaran keahlian juga adalah PERCUMA ❗🤗