24/08/2026
🌿 JEJAK USAHAWAN – WARUNG KITER AWANG COFFEE NERAM 1☕🍽️
Muslimat DUN Air Putih berkesempatan mengenali usahawan kedai makan Puan Rohayati Mamat, 40 tahun, dari Felda Neram 1. Beliau telah menceburi dunia perniagaan sejak tahun 2016. Hampir 10 tahun berniaga, Warung Kiter Awang Coffee kini berada di lokasi yang ketiga, dan sudah 2 tahun beroperasi di lokasi sekarang.
Warung ini dibuka setiap hari dari jam 5.00 petang hingga 2.00 pagi, dengan konsep kedai yang bersambung dengan rumah sewa. Antara menu istimewa yang ditawarkan ialah Nasi Ayam Gepuk, masakan panas, aneka hidangan belut, kambing bakar dan menu Western.
Bukan makanan sahaja yang menarik, malah terdapat pelbagai pilihan minuman seperti air blend, Vietnamese Coffee, Roasted Coffee, Kopi Nisang, Mojito, Vitagen, Boba, Matcha dan Coconut Shake.
Bagi penggemar bola sepak p**a, Warung Kiter Awang Coffee menyediakan skrin besar untuk menonton perlawanan, menjadikannya tempat yang sesuai untuk santai bersama keluarga dan rakan-rakan.
Puan Rohayati turut dibantu oleh 3 orang pekerja, manakala sokongan daripada suami menjadi antara kekuatan beliau dalam meneruskan perjalanan perniagaan. ❤️
Jom kita sama-sama support usahawan tempatan, khususnya usahawan Muslimat di kawasan DUN Air Putih. Singgah, rasa dan nikmati sendiri menu di Warung Kiter Awang Coffee! 🌿☕💚
Muslimat DUN Air Putih — bersama mengangkat dan menyokong usaha wanita tempatan. 🌸