BN N29 Kemasik

BN N29 Kemasik Barisan Nasional N29 Kemasik

24/09/2025

ISU KENAIKAN TARIF AIR DI TERENGGANU

Kecoh orang duk komplen bil air masing-masing melambung tinggi. Ada hok kata sekali ganda daripada kebiasaan, ada yang kata “tak terjejas pon kalau isi rumah 4-6 orang”.

Timbul seorang Exco bijaksana kata, rakyat kena berjimat-cermat. Haderr! Kena ke alik dia. Kenaikan tarif ni sebab nok naik taraf sistem dan pengurusan air sedia ada.

Dia ginim laa Tuan Dato’ YB, sepatutnya kerajaang negeri bagi dulu suntikan / peruntukan tambahan ke SATU untuk naik taraf sistem. Pastu baru boleh “jual” perkhidmatan air kepada rakyat. Kalau rakyat dapat menikmati servis dan perkhidmatan air tanpa masalah gangguan, tanpa masaloh tekanan rendah. Baru laa wak naik tarif sbb nak cover semula peruntukan tambahan kepada SATU tadi. Nampok jugok ada sandaran alasan wak naik tarif.

Se lagi pulok, bab2 peruntukan ni doh2 laa konon main sentimen “Pusat x wak turun peruntukan”. Berhenti2 laa pelawok ke rokyat, muok dh dengor alasan tuler. Kate anok syarikat negeri untung billiun2, apa saloh kiranya beri suntikan dana kepada SATU nok beki paip seperti mana kata YB tu.

Minyok turun = Kerajaan Zalim ❌
Tarif Air naik = “Sebenarnya ini adalah untuk kebaikan rakyat…” ✅

KUTMUNG

Ramadan telah pergi, Syawal kini menjelma. Semoga kita semua dirahmati dan diberkati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf...
30/03/2025

Ramadan telah pergi, Syawal kini menjelma. Semoga kita semua dirahmati dan diberkati. Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Daripada kami, Pengerusi dan seluruh pengurusan penyelaras UMNO DUN Kemasik



29/01/2025


*Kenyataan Media*Barisan Nasional menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agon...
05/01/2025

*Kenyataan Media*

Barisan Nasional menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung kuasa prerogatif Baginda menurut Perkara 42(1) dan (2) untuk memberi ampun, tunda hukum, dan lega hukum bagi apa jua kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Justeru, Barisan Nasional akur dengan titah saran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar semua pihak menghormati kuasa prerogatif Baginda untuk menggunakan saluran perundangan yang ditetapkan bagi mengemukakan proses permohonan rayuan terhadap Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Menjadi tradisi Barisan Nasional, apa jua kemusykilan yang dihadapi oleh seseorang pemimpin parti dan negara, termasuklah Dato’ Sri Mohd Najib, tetap tidak meleraikan hormat terhadap jasa dan pengorbanannya serta sumbangan yang besar. Maka Barisan Nasional tetap konsisten agar proses keadilan dan perundangan terhadap Dato’ Sri Mohd Najib dilaksanakan dengan setulusnya.

Barisan Nasional menempelak golongan oportunis yang cuba menangguk di air keruh dalam isu Dato’ Sri Mohd Najib. Ia adalah langkah tidak bermoral menggunakan kesengsaraan Dato’ Sri Mohd Najib yang pernah dihina dan difitnah di pentas propaganda politik mereka sendiri, dan kini mereka mahu menggunakan peluang untuk membina momentum bagi mencapai matlamat politik mereka.

Menyepakati semangat bersama dalam Barisan Nasional adalah dimaklumkan bahawa tiada perhimpunan dianjurkan di Istana Kehakiman Putrajaya pada tanggal 6hb Januari. Barisan Nasional menghargai segala usaha-usaha solat hajat, doa serta munajat yang dilakukan oleh seluruh komponen untuk Dato’ Sri Mohd Najib.

Barisan Nasional berdiri teguh bersama Pengerusi BN, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mengemudi Barisan Nasional dalam menghadapi keadaan ini demi memelihara prinsip ketaatan kepada institusi Raja, kestabilan negara, dan perpaduan rakyat serta keteguhan parti.

*IBU PEJABAT BARISAN NASIONAL*
*4 Januari 2025*



07/12/2024

Nyanyian lagu BN sambil menaikkan bendera parti oleh Pengerusi BN, YAB Dato Sri Zahid Hamidi

Cc:
Umno Dun Kemasik
Penerangan DUN Kemasik

Sekitar sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. Majlis dirasmika...
07/12/2024

Sekitar sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. Majlis dirasmikan Pengerusi BN Dato Sri Zahid Hamidi. Hadir sama Presiden MCA Dato Sri Ir Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MIC, M saravanan dan Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup

Umno Dun Kemasik
Penerangan DUN Kemasik


Saya mewakili Penyelaras UMNO DUN Kemasik mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon SPM, STPM dan STA...
02/12/2024

Saya mewakili Penyelaras UMNO DUN Kemasik mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon SPM, STPM dan STAM 2024 yang bermula hari ini dengan Ujian Lisan SPM Bahasa Melayu.

Kepada calon-calon yang terbabit dengan banjir, saya berharap semuanya bersabar dan saya percaya pihak KPM khususnya PPD Kemaman mempunyai jalan penyelesaian untuk memastikan calon-calon terbabit dapat mengikuti peperiksaan dengan lancar

Akhir sekali saya mendoakan agar semua calon diberikan kelapangan hati dan jiwa dan dapat menjawab soalan dengan sebaik-baiknya.

Selamat Maju Jaya!

MOHD KHAIRI AFIQ MOHD YUSOF
Pengerusi Penyelaras
UMNO DUN Kemasik



29/11/2024

KENYATAAN MEDIA
DEWAN TERTINGGI BARISAN NASIONAL


Pada 27hb November 2024, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah mengadakan mesyuarat dan mencapai beberapa ketetapan penting:


1. Sambutan 50 Tahun Barisan Nasional:

BN akan menganjurkan sambutan ulang tahun ke-50 pada 7 Disember (Sabtu) di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur. Pelbagai acara telah dirancang, dan kira-kira 5,000 pemimpin akar umbi BN dari seluruh negara dijangka hadir.

2. Persiapan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-17:

Mesyuarat membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 yang boleh diadakan pada bila-bila masa sebelum Oktober 2025.

Barisan Nasional akan sentiasa memantau perkembangan semasa politik Sabah dalam memastikan gerak kerja dan perancangan menghadapi PRN berkenaan akan dapat mengukuhkan kedudukan parti di negeri berkenaan



DR ZAMBRY ABD KADIR
27 November 2024
(KM/3/2024)






Address

Bangunan UMNO Kertih
Kemaman
24300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BN N29 Kemasik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share