PAS DUN CUKAI

PAS DUN CUKAI Political

14/08/2026

HADIR INSYAALLAH..

Esok kita bertemu.

Setelah sekian lama menghitung hari, akhirnya tinggal satu malam sahaja lagi menuju Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Kemaman.

Mari luangkan masa untuk bersama, mengeratkan ukhuwah dan menyaksikan detik yang bakal membuka satu lagi lembaran perjalanan.

๐Ÿ“… 15 Ogos 2026 | Sabtu
๐Ÿ•ฃ 8.30 malam
๐Ÿ“ Dewan Arena Square, Cukai

Esok. Arena Square. Kita jumpa di sana. ๐Ÿ’š

Pakat hadir belake

13/08/2026

Berbaki 2 HARI LAGI
SERUAN KETUA DEWAN ULAMAโ€™ PAS KAWASAN KEMAMAN DAN TIMBALAN PENGARAH PAS DUN CUKAI

Tinggal dua hari. Perlahan-lahan, detik yang ditunggu semakin dekat.

15 Ogos nanti, kita bertemu di Arena Square โ€” bukan sekadar untuk berkumpul, tetapi untuk menikmati satu malam yang penuh semangat, ukhuwah dan kebersamaan.

๐Ÿ“… 15 Ogos 2026 | Sabtu
๐Ÿ•ฃ 8.30 malam
๐Ÿ“ Dewan Arena Square, Cukai

Dua hari lagi. Simpan tarikhnya, luangkan masa. Kita jumpa di sana. ๐Ÿ’š

Jentera Pemuda PAS Dun Cukai memasang bendera sepanjang laluan di sebahagian Bandar Cukai. Kami siap sedia untuk hadir k...
13/08/2026

Jentera Pemuda PAS Dun Cukai memasang bendera sepanjang laluan di sebahagian Bandar Cukai.

Kami siap sedia untuk hadir ke Program Pelancaran Jentera PAS Kawasan Kemaman yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini di Kemaman Arena Square pada jam 9.00 malam.

Jemput semua hadir memeriahkan program ini!


12/08/2026

3 HARI LAGI
Seruan Ketua As Sabiqun PAS Dun Cukai buat sekua As Sabiqun Dalam Dun Cukai..

Makin dekat, makin terasa debarannya.
Tinggal 3 hari sebelum kita bertemu di satu ruang, berkongsi semangat dan mengukuhkan ukhuwah bersama.

Tak perlu banyak kata. Cukup hadir, bertemu dan bersama-sama menghidupkan suasana.

๐Ÿ“… 15 Ogos 2026 | Sabtu
๐Ÿ•ฃ 8.30 malam
๐Ÿ“ Dewan Arena Square, Cukai

Tiga hari lagi. Kita jumpa dengan hati yang tenang dan semangat yang sama.

Pakat hadir belake.

11/08/2026

4 HARI LAGI!
Seruan Ketua Urusan Ulamaโ€™ PAS Dun Cukai Buat Semua Asatizah dan Para Ulama Untuk Hadir

Kini tinggal 4 hari! Detik yang dinantikan semakin dekat menuju Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Kemaman.

Satu pertemuan besar bakal menghimpunkan para petugas dan pendukung dalam satu pentas untuk memperkemas persediaan, menyusun gerak kerja dan melangkah ke fasa seterusnya dengan lebih tersusun.

๐Ÿ“… 15 Ogos 2026 | Sabtu
๐Ÿ•ฃ 8.30 malam
๐Ÿ“ Dewan Arena Square, Cukai, Kemaman

4 hari lagi. Masa terus berjalan, jangan terlepas detik penting ini.

Pakat Hadir Belake!

๐Ÿ๏ธ KONVOI PELANCARAN JENTERA PILIHAN RAYA ๐Ÿ๏ธPeringkat PAS Kawasan Kemaman๐Ÿ“ข Satu konvoi akan diadakan sempena pelancaran ...
10/08/2026

๐Ÿ๏ธ KONVOI PELANCARAN JENTERA PILIHAN RAYA ๐Ÿ๏ธ
Peringkat PAS Kawasan Kemaman

๐Ÿ“ข Satu konvoi akan diadakan sempena pelancaran jentera pilihan raya PAS Kawasan Kemaman.

๐Ÿ“ Tempat berkumpul: Petronas Bukit Kuang
๐Ÿ“… Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
โฐ Masa berkumpul: 8.30 malam
๐Ÿ๏ธ Tayar golek: 9.00 malam

Ayuh hadir bersama-sama untuk memeriahkan program dan memastikan perjalanan konvoi berlangsung dengan tertib, selamat dan berdisiplin.

๐ŸŸข Jaga keselamatan. Jaga ukhuwah. Jaga disiplin.

๐Ÿ“Œ Pastikan motosikal dalam keadaan baik, lengkapkan keperluan keselamatan dan patuhi arahan petugas sepanjang konvoi.

15 Ogos 2026 โ€” kita jumpa di Petronas Bukit Kuang! ๐Ÿ๏ธ๐Ÿ’จ







https://www.facebook.com/share/p/1EhcepTmVo/

Sikap DAP terhadap Melayu-Islam: Mahkamah bukan satu-satunya medan penentuCabaran Ketua Wanita AMANAH, Datuk Aiman Athir...
10/08/2026

Sikap DAP terhadap Melayu-Islam: Mahkamah bukan satu-satunya medan penentu

Cabaran Ketua Wanita AMANAH, Datuk Aiman Athirah Sabu, supaya Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, membawa DAP ke mahkamah jika benar parti itu mengancam kedudukan Melayu dan Islam menimbulkan satu persoalan besar, iaitu adakah setiap pertikaian mengenai ideologi, dasar dan hala tuju sesebuah parti politik mesti terlebih dahulu dibuktikan sebagai suatu kesalahan di mahkamah sebelum boleh diperdebatkan dalam ruang demokrasi?

Jawapannya tidak semudah itu. Seorang tokoh perundangan, Datoโ€™ Haji Zainul Rijal Abu Bakar, dalam ulasannya mengenai kontroversi ini, mengingatkan bahawa โ€œtidak semua persoalan politik, ideologi atau dasar yang dipertikaikan boleh diterjemahkan menjadi kesalahan jenayah.โ€

Mahkamah menentukan kes berdasarkan cause of action, peruntukan undang-undang, bidang kuasa dan bukti. Ia bukan tribunal umum untuk menentukan sama ada ideologi sesebuah parti itu mesra atau tidak mesra terhadap sesuatu agama atau kelompok masyarakat.

Justeru, cabaran โ€œkalau benar, bawalah ke mahkamahโ€ tidak menjawab kritikan Tan Sri Abdul Hadi.

Selain itu, hujah bahawa sesuatu kenyataan politik hanya dianggap sah apabila dibuktikan di mahkamah juga menimbulkan persoalan tentang konsistensi pihak yang mengemukakan cabaran tersebut. Hal ini demikian kerana pemimpin AMANAH sendiri selama ini tidak pernah teragak-agak untuk melabel PAS sebagai parti yang ekstrem, konservatif dan keras dalam pendekatan politiknya. Begitu juga beberapa pemimpin DAP yang pernah membandingkan PAS dengan Taliban bagi menggambarkan pendekatan yang dianggap mereka sebagai terlalu ekstrem. Kenyataan seperti ini tidak pernah dibawa ke mahkamah untuk dibuktikan, sebaliknya terus dijadikan hujah politik dalam medan demokrasi.

Oleh itu, jika pihak lain dibenarkan menilai PAS berdasarkan kenyataan pemimpin, pendirian parti, rekod tindakan dan kecenderungan ideologinya tanpa perlu terlebih dahulu mendapatkan penghakiman mahkamah, maka prinsip yang sama juga sewajarnya terpakai kepada DAP. Jika tidak, akan timbul keadaan yang memperlihatkan wujudnya dua ukuran yang berbeza, iaitu satu ukuran untuk PAS dan satu lagi ukuran untuk DAP.

Dalam tulisan beliau pada 8 Ogos, Tan Sri Abdul Hadi mengaitkan pendiriannya dengan sejarah kerjasama PAS-DAP, pertikaian mengenai negara Islam dan pelaksanaan syariah, kedudukan Islam dalam Perlembagaan serta fahaman sekularisme dan Malaysian Malaysia.

Sama ada seseorang bersetuju atau tidak dengan tafsirannya, perkara-perkara tersebut merupakan persoalan politik dan perlembagaan yang boleh dinilai melalui dokumen, kenyataan, rekod pengundian dan tindakan parti, bukan semata-mata melalui tindakan mahkamah.

Malah, terdapat asas yang kuat kepada perdebatan ini. Perlembagaan DAP sehingga kini menyenaraikan antara objektif utama penubuhan DAP ialah untuk memperkukuh Perlembagaan Malaysia dalam rangka kerja sekular asalnya. Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan rangka kerja sekular itu dan bagaimanakah ia ditafsirkan dalam konteks kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan?

Dari segi kekuatan politik p**a, DAP bukan komponen kecil dalam Pakatan Harapan. Dalam PRU15, DAP memenangi 40 daripada 82 kerusi Parlimen yang dimenangi PH, berbanding PKR sebanyak 31 kerusi, AMANAH lapan kerusi dan UPKO dua kerusi. Angka tersebut menjadikan DAP komponen terbesar dalam gabungan itu berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi.

Rekod lama turut menjelaskan mengapa persepsi mengenai DAP dan Islam tidak muncul kebelakangan ini sahaja. Khutbah Aidiladha yang dikeluarkan pihak berkuasa agama Pahang pada September 2015 mengandungi dakwaan bahawa DAP secara terang-terangan menentang Islam. DAP Pahang menuntut permohonan maaf dan mengancam tindakan undang-undang. M***i Pahang ketika itu, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, mempertahankan kandungan khutbah berkenaan dengan merujuk secara khusus kepada pertikaian DAP terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan. Persoalan yang sering dibangkitkan ialah mengapa ancaman tindakan undang-undang tersebut tidak diteruskan sehingga ke peringkat perbicaraan.

Begitu juga dengan kajian Institut Darul Ehsan (IDE) milik Kerajaan Pakatan Harapan Selangor sendiri. Kajian yang dijalankan pada 13 hingga 15 November 2015 melibatkan 1,716 responden Melayu di Selangor mendapati bahawa 64 peratus bersetuju dengan kenyataan bahawa DAP ialah parti yang anti-Melayu dan anti-Islam, manakala 72 peratus p**a menganggap DAP sebagai sebuah parti yang lebih menjaga kepentingan masyarakat Cina. Persoalannya, bagaimanakah persepsi sedemikian boleh terbentuk dan apakah faktor yang menyumbang kepadanya?

Beberapa kenyataan pemimpin DAP juga sering dijadikan asas kritikan terhadap pendirian parti itu berhubung isu Islam. Antaranya termasuk tindakan Tan Seng Giaw yang mempersoalkan penggunaan pembesar suara bagi azan dan bacaan al-Quran, tindakan Anthony Loke membantah kewajipan kursus TITAS di IPTS, tindakan Lim Kit Siang dan Tony Pua mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat, tindakan Karpal Singh mempertikaikan pelaksanaan hudud dan tindakan Ngeh Koo Ham membangkitkan isu kebebasan untuk keluar daripada Islam.

Dari sudut undang-undang, aspek yang melingkari DAP juga perlu diperjelaskan. Beberapa pihak pernah membangkitkan persoalan tentang keselarasan Perlembagaan DAP dengan Seksyen 2A(1) Akta Pertubuhan 1966. Peruntukan tersebut mewajibkan setiap pertubuhan berdaftar memastikan aktiviti dan hal ehwalnya selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, termasuk menghormati sistem Raja Berperlembagaan, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Kebangsaan, kedudukan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain.

Persoalan yang dibangkitkan terhadap DAP ialah perlembagaan parti itu tidak menyebut secara jelas dua perkara utama yang dinyatakan dalam Seksyen 2A, iaitu kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak. Sebaliknya, Fasal II Perlembagaan DAP menekankan usaha mengembalikan Perlembagaan Malaysia kepada apa yang disebut sebagai rangka kerja sekular yang asal.

Justeru, timbul persoalan sama ada perlembagaan dan kegiatan DAP benar-benar memenuhi kehendak Seksyen 2A(1)(b) dan Seksyen 2A(1)(d). Perkara ini merupakan bidang kuasa Pendaftar Pertubuhan untuk menilainya mengikut lunas undang-undang dan prosedur yang telah ditetapkan.

Ini sekali gus menjawab persoalan Datuk Aiman Athirah tentang mengapa PAS tidak mengharamkan DAP ketika berada dalam kerajaan dari tahun 2020 hingga 2022. Sesebuah parti politik yang berada dalam kerajaan tidak mempunyai kuasa unilateral untuk mengharamkan parti lain. Kuasa tersebut tertakluk kepada undang-undang serta bidang kuasa pihak berkuasa yang berkaitan.

Hakikatnya, pihak yang paling lantang menggesa supaya sesuatu dakwaan dibuktikan di mahkamah juga sering melontarkan pelbagai label politik terhadap lawan mereka tanpa menunggu sebarang keputusan mahkamah. Oleh itu, ukuran yang sama hendaklah digunakan terhadap semua pihak.

Demokrasi tidak mensyaratkan semua pertikaian diseret ke mahkamah. Ada perkara yang perlu diputuskan oleh hakim, ada yang berada di bawah bidang kuasa Pendaftar Pertubuhan dan ada juga yang sewajarnya diputuskan melalui perbahasan terbuka berdasarkan dokumen, rekod, dasar serta jawapan substantif daripada pihak yang dipersoalkan. Dalam isu ini, cabaran โ€œsamanlah jika benarโ€ tidak menamatkan perdebatan, sebaliknya hanya mengalihkan perhatian daripada persoalan pokok yang masih terus diperdebatkan.

Pada masa yang sama, tindakan Datuk Aiman Athirah menjawab isu ini bagi pihak DAP turut mengukuhkan persepsi dalam kalangan sebahagian pihak bahawa pemimpin AMANAH lebih cenderung mempertahankan kepentingan DAP berbanding memberikan penjelasan yang bersifat bebas dan objektif.

Adapun tindakan pihak yang menggunakan nama instituti pengajian pondok di Kelantan untuk mempertahankan DAP bukanlah perkara yang pelik apatah lagi jika pihak yang mempertahankan DAP itu pernah bertanding atas tiket Pakatan Harapan dan hilang deposit.

Kredit By : YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari

10/08/2026

5 HARI LAGI!
Seruan Ketua Muslimat PAS Dun Cukai Buat Semua Jentera Muslimat Dun Cukai

Detik yang dinantikan semakin hampir! Tinggal 5 hari sahaja lagi menuju Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Kemaman.

Satu malam untuk menghimpunkan para petugas, pendukung dan komuniti dalam suasana penuh semangat, ukhuwah dan persediaan menghadapi perjalanan pilihan raya yang akan datang.

๐Ÿ“… 15 Ogos 2026 | Sabtu
๐Ÿ•ฃ 8.30 malam
๐Ÿ“ Dewan Arena Square, Cukai, Kemaman

Lima hari. Satu pentas. Satu pertemuan besar.
Pakat hadir belake โ€” kita jumpa di Arena Square!

09/08/2026

6 HARI LAGI!
SERUAN KETUA AMEERAH DUN CUKAI BUAT SEMUA JENTERA WANITA MUDA DUN CUKAI

Hitungan semakin hampir menuju satu malam yang bakal menghimpunkan seluruh jentera dan pendukung PAS Kawasan Kemaman dalam Pelancaran Jentera Pilihan Raya.

Enam hari sahaja lagi sebelum kita bertemu di Dewan Arena Square, Cukai. Ayuh hadir bersama-sama untuk memeriahkan program, mengeratkan ukhuwah dan menyaksikan detik pelancaran jentera bagi menghadapi perjalanan yang mendatang.

๐Ÿ“… 15 Ogos 2026 | Sabtu
๐Ÿ•ฃ 8.30 malam
๐Ÿ“ Dewan Arena Square, Cukai, Kemaman
6 hari lagiโ€ฆ semakin dekat, semakin terasa bahangnya. Jumpa di Arena Square!

Pakat Hadir Belake!

07/08/2026

7 HARI LAGI!

SERUAN KETUA PEMUDA PAS DUN CUKAI

Semakin dekat detiknya, semakin kuat langkahnya. 7 hari lagi sebelum kita berkumpul dalam satu himpunan besar bagi menyemarakkan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Kemaman.

Ayuh satukan saf, himpunkan kekuatan dan hadir dengan semangat yang tinggi. Jangan biarkan dewan sunyi โ€” biarlah Arena Square bergema dengan kehadiran seluruh pendukung perjuangan!

๐Ÿ“… 15 Ogos 2026 | Sabtu
๐Ÿ•ฃ 8.30 malam
๐Ÿ“ Dewan Arena Square, Cukai, Kemaman

7 hari lagi. Langkah sudah bermula. Kini masa untuk kita bergerak bersama.

Pakat Hadir Belake!

Address

Lot B1 & B2, Bangunan Lama Pejabat Daerah Kemaman
Kemaman
24000

Telephone

+601138381800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS DUN CUKAI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS DUN CUKAI:

Shortcuts

Share