Majlis Guru PASTI Kemaman

Majlis Guru PASTI Kemaman Kumpulan Ahli Jawatankuasa bagi Guru PASTI di kawasan Kemaman, Terengganu.

13/07/2026
Telah selesai Penaziran 4 Dun Pasti Kawasan Kemaman untuk tahun ni . Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada peningkat...
13/07/2026

Telah selesai Penaziran 4 Dun Pasti Kawasan Kemaman untuk tahun ni .

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada peningkatan mutu pendidikan dan pengurusan Pasti Cawangan Masing-masing.

Menuju PASTI berkualiti .
Melahirkan Generasi Rabbani .

25/06/2026
Salam Maal Hijrah 1448H / 2026M ๐ŸŒธHijrah bukan pindah tempat, tapi pindah hati. Dari lalai ke sedar. Dari jauh ke dekat d...
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H / 2026M ๐ŸŒธ

Hijrah bukan pindah tempat, tapi pindah hati.
Dari lalai ke sedar. Dari jauh ke dekat dengan Allah.

Moga tahun baru ni Allah beri kita kekuatan untuk muhasabah diri,
bersihkan hati, dan istiqamah buat baik walau sedikit.

"Hijrahkan hati ke arah redha Ilahi" ๐Ÿค
Semoga tahun ini lebih dekat dengan Allah

Ikhlas daripada :
MGP Kawasan Kemaman

12 Jun 2026 | Usrah Perdana Guru Pasti Kawasan KemamanTelah berlangsung dengan jayanya Usrah Guru PASTI Kawasan Kemaman ...
15/06/2026

12 Jun 2026 | Usrah Perdana Guru Pasti Kawasan Kemaman

Telah berlangsung dengan jayanya Usrah Guru PASTI Kawasan Kemaman bertempat di Pantai Chendor.

Moga setiap kalimah, setiap perkongsian, setiap titik peluh kita jadi saksi di akhirat nanti.

Jazakillahu khairan kathira buat Naqibah tersayang, Ustazah Mesilah atas ilmu, masa & tenaga yang dicurahkan untuk Cikgu PASTI Kawasan Kemaman.

Allah jua yang membalas segala kebaikan ustazah. Circle yang baik bermula dengan naqibah yang hebat ๐Ÿ’š

Alhamdulillah....Dari Terengganu ke Bangkok.Apa yang bermula dengan sebuah cita-cita untuk memperkasakan pendidikan awal...
31/05/2026

Alhamdulillah....

Dari Terengganu ke Bangkok.

Apa yang bermula dengan sebuah cita-cita untuk memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak Islam, malam ini menerima pengiktirafan di pentas dunia.

Jabatan PASTI Negeri Terengganu dianugerahkan:

๐Ÿ† BEST PRESCHOOL OF THE YEAR โ€ผ๏ธ
โ–ช๏ธWorld School Summit 2026, Bangkok, Thailand.

Anugerah ini bukan milik seorang individu.

Ia milik setiap guru yang ikhlas mendidik, setiap pengurus yang berkorban masa dan tenaga, setiap ibu bapa yang meletakkan kepercayaan, serta setiap anak-anak PASTI yang menjadi inspirasi perjuangan kami.

Sesungguhnya, apabila usaha disandarkan kepada Allah, tiada yang mustahil.

Terima kasih atas doa dan sokongan semua.

Melahirkan Generasi Celik Al-Quran.

MAKLUMAN & UCAPAN TAKZIAH PASTI KAWASAN KEMAMANุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌ...
03/05/2026

MAKLUMAN & UCAPAN TAKZIAH PASTI KAWASAN KEMAMAN

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…
ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†ูŽ

Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa Cikgu Hidayatul Shahida binti Mohd Tarmizi (Guru PASTI Elit Al Ekhlass) telah kembali ke rahmatullah pada malam tadi sekitar jam 9 malam.

Pihak PASTI Kawasan Kemaman merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa, melimpahkan rahmat-Nya serta menempatkan arwah dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Untuk makluman arwah meninggalkan seorang anak perempuan yang masih bersekolah di PASTI Elit Al EKhlass 2. Semoga keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah buat arwah.

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,
PASTI Kawasan Kemaman

Pada 29 April 2026, telah berlangsung satu majlis usrah yang menghimpunkan ahli MGPkk serta Guru Kanan PASTI bagi kawasa...
29/04/2026

Pada 29 April 2026, telah berlangsung satu majlis usrah yang menghimpunkan ahli MGPkk serta Guru Kanan PASTI bagi kawasan Kemaman. Program ini diadakan dalam suasana penuh ukhuwah, bertujuan memperkukuhkan kefahaman Islam serta mengeratkan hubungan antara para pendidik dan ahli jamaah.

Majlis usrah ini dipimpin oleh Naqibah, Ustazah Fainah Mat yang juga merupakan Ketua Muslimat PAS Kawasan Kemaman. Dengan pengalaman dan kepimpinan beliau, sesi berjalan dengan tersusun dan memberi impak yang mendalam kepada para guru.

Dalam usrah tersebut, pelbagai pengisian telah disampaikan, antaranya berkaitan peranan guru sebagai murabbi, kepentingan keikhlasan dalam perjuangan, serta cabaran mendidik generasi masa kini. Para peserta turut mengambil peluang untuk berkongsi pandangan dan pengalaman masing-masing dalam mendidik anak-anak PASTI agar menjadi insan yang berakhlak mulia dan berilmu.

Program ini bukan sahaja menjadi platform menimba ilmu, malah menguatkan lagi semangat perjuangan dalam kalangan Guru . Diharapkan agar usaha seperti ini dapat diteruskan secara konsisten demi melahirkan generasi yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Secara keseluruhannya, usrah ini berjalan dengan lancar dan memberi manfaat besar kepada semua yang hadir.

Address

Kemaman
24000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Guru PASTI Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Guru PASTI Kemaman:

Shortcuts

Share