08/04/2026
SESI AUDIT DALAMAN / PEMANTAUAN MS ISO 9001:2015 DI PUDTS
Sedang berlangsung Sesi Audit MS ISO di Pejabat Ukur Daerah Terengganu Selatan. Kehadiran juruaudit adalah bagi memastikan sistem pengurusan kualiti kami sentiasa berada pada tahap terbaik dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Proses ini bukan sekadar semakan dokumen, malah ia merupakan komitmen kami dalam memberikan perkhidmatan ukur yang tepat, pantas dan berintegriti.
Terima kasih kepada barisan juruaudit dan seluruh warga kerja PUDTS atas kerjasama padu sepanjang sesi ini berlangsung.
"Ke Arah Kecemerlangan Perkhidmatan Ukur"