Pemuda UMNO Bahagian Kemaman

Pemuda UMNO Bahagian Kemaman Laman Rasmi Facebook Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kemaman. Pemuda Cara Kita! Gelombang Biru!

11/07/2026

KEKAL DI SINI. DEMI JOHOR.

Esok bukan sekadar hari mengundi. Esok adalah hari untuk menentukan hala tuju Johor. Setiap undi yang diberikan akan mencorakkan masa depan negeri yang kita cintai.

Barisan Nasional telah membuktikan keupayaan mentadbir Johor dengan kestabilan, pengalaman dan rekod pembangunan yang terus memberi manfaat kepada rakyat. Apa yang telah dibina perlu diteruskan, bukan dipertaruhkan.

Kepada seluruh anak muda Johor, jangan hanya menjadi pemerhati. Jadilah penentu. Keluar mengundi, tunaikan tanggungjawab anda dan berikan sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional.

Satu undi anda mampu menentukan masa depan Johor.

Undi Barisan Nasional. Kekal Di Sini.

11/07/2026

ALHAMDULILLAH

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

“Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Johor 2026 ini dengan memenangi 48 kerusi DUN keseluruhannya. Sesungguhnya kemenangan ini bukanlah kerana kekuatan kita semata-mata, tetapi semuanya dengan izin dan pertolongan Allah SWT.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional di setiap peringkat, jentera Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, jentera Bahagian, cawangan serta seluruh petugas dan sukarelawan yang bertungkus-lumus siang dan malam sepanjang tempoh kempen ini.

Saya sendiri menyaksikan kesungguhan dan pengorbanan sahabat-sahabat di lapangan. Panas dan hujan ditempuh, masa bersama keluarga dikorbankan, penat dan lelah diketepikan. Semuanya demi satu tekad untuk memastikan kestabilan dikekalkan dan kemajuan Johor dapat diteruskan.

Terima kasih dan penghargaan khusus kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden UMNO atas kepimpinan, keyakinan dan kebersamaan bersama seluruh jentera sepanjang menghadapi pilihan raya ini.

Begitu juga kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor atas kepimpinan dan kesungguhan membawa agenda kemajuan negeri serta menyantuni Bangsa Johor tanpa mengenal penat dan lelah.

Terima kasih kepada seluruh Bangsa Johor atas mandat dan kepercayaan yang diberikan. InsyaAllah, Barisan Nasional akan terus membuktikan bahawa setiap kepercayaan yang diberikan akan dibalas dengan kerja keras, khidmat yang bersungguh-sungguh dan komitmen yang tidak berbelah bahagi demi rakyat.

Dalam kemenangan ini, kita harus lebih merendah diri. Dengan mandat yang diberikan, kita mesti bekerja lebih kuat dan lebih keras untuk rakyat. Tiada masa untuk mendabik dada, jauh sekali merasa selesa. Kemenangan ini adalah amanah besar yang wajib dipikul dan ditunaikan sebaiknya.

Juga ucapan terima kasih buat seluruh jentera Barisan Nasional, termasuk yang telah berkampung di Johor dan datang dari seluruh pelosok negara, bagi memastikan kemenangan yang amat bermakna buat Barisan Nasional dalam PRN Johor ini.

Kalianlah wira dan wirawati di sebalik kemenangan ini. Semoga Allah SWT menerima segala penat lelah dan pengorbanan kita sebagai amal soleh serta terus memandu perjuangan ini demi agama, bangsa dan tanah air. InsyaAllah, kestabilan terus dikekalkan dan kemajuan Johor akan terus dipacu.





11/07/2026

Alhamdulillah, syukur!

Tahniah dan syabas kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Barisan Nasional, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi selaku Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional Johor, serta seluruh kepimpinan dan jentera Barisan Nasional atas kejayaan yang cukup bermakna ini.

Terima kasih kepada seluruh pengundi Johor atas kepercayaan yang diberikan. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua jentera Barisan Nasional dari seluruh negara, khususnya di Johor, yang telah bertungkus-lumus mengerah tenaga dan masa sepanjang kempen.

Kemenangan ini menjadi suntikan semangat kepada seluruh keluarga Barisan Nasional. Ia membuktikan bahawa Barisan Nasional masih mendapat tempat di hati rakyat apabila kita terus mendengar, mendekati dan berkhidmat dengan penuh keikhlasan. Semoga amanah dan kepercayaan yang diberikan ini terus dipelihara dengan sebaik-baiknya demi kesejahteraan rakyat dan masa depan Johor.

Ikhlas daripada,

Dato’ Haji Rozi Mamat
Pengerusi BN Terengganu

TAHNIAH BARISAN NASIONAL!Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kemenangan yang ...
11/07/2026

TAHNIAH BARISAN NASIONAL!

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kemenangan yang diraih oleh Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Johor.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kemaman mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh kepimpinan, calon-calon, jentera parti serta para penyokong yang telah bertungkus-lumus mencurahkan tenaga, masa dan pengorbanan sepanjang kempen sehingga membuahkan kemenangan yang membanggakan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh perjuangan parti, mengembalikan keyakinan rakyat serta membawa kemajuan, kestabilan dan kesejahteraan kepada negeri Johor.

Tahniah Barisan Nasional. Teruskan Berkhidmat Demi Rakyat.

Ikhlas daripada
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kemaman







11/07/2026

𝐿𝑎𝑎 ℎ𝑎𝑤𝑙𝑎 𝑤𝑎𝑙𝑎 𝑞𝑢𝑤𝑤𝑎𝑡𝑎 𝑖𝑙𝑙𝑎 𝑏𝑖𝑙𝑙𝑎ℎ.

Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT.

Syukur Alhamdulillah.

07/07/2026

Pakai Proton Perdana, ok saje

27/06/2026

FAKTA PILIHANRAYA NEGERI JOHOR 2026

▪️Hanya Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang bertanding di semua 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.
▪️PAS hanya bertanding di 11 kerusi DUN atas lambang Perikatan Nasional.
▪️BERSATU hanya bertanding di 16 kerusi DUN atas lambang Perikatan Nasional.
▪️Presiden PAS mengarahkan jentera PAS tidak membantu dan tidak mengundi 16 calon BERSATU walaupun guna lambang sama iatu PN.
▪️Hanya BN yang menentang semua kerusi PH termasuk kerusi-kerusi DAP. Manakala PAS hanya bertanding menentang kerusi-kerusi UMNO-BN.
▪️Untuk menubuhkan kerajaan setiap parti perlu menang sekurang-kurangnya 29 daripada 56 kerusi DUN.
▪️Hanya BN atau PH sahaja yang berpeluang membentuk kerajaan.
▪️Sebaliknya PAS-PN mahupun BERSATU-PN tidak mungkin boleh menubuhkan kerajaan secara bersendirian.

Berasaskan fakta-fakta di atas, ternyata hanya BN sahaja yang boleh menawarkan kestabilan dan kemakmuran kepada rakyat negeri Johor di bawah kepimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ternyata juga tohmahan UM-DAP, hanyalah propaganda politik murahan untuk melunturkan sokongan kepada kerajaan BN yang begitu cemerlang menerajui Johor, kerana hanya UMNO-BN yang bertanding melawan DAP-PH, sedangkan PAS mahupun BERSATU hanya bertanding melawan UMNO-BN bukan DAP-PH.




SELESAI PENAMAAN CALON N.36 DUN SEDILIAlhamdulillah, proses penamaan calon bagi N.36 DUN Sedili telah selesai dengan lan...
27/06/2026

SELESAI PENAMAAN CALON N.36 DUN SEDILI

Alhamdulillah, proses penamaan calon bagi N.36 DUN Sedili telah selesai dengan lancar dan tertib.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kemaman turut menzahirkan sokongan dan solidariti kepada seluruh jentera yang berada di lapangan. Semoga segala usaha, pengorbanan dan gerak kerja yang dilaksanakan dipermudahkan serta membuahkan hasil yang diharapkan.

Ayuh kita terus melangkah dengan semangat, disiplin dan kesatuan demi memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional.

Selamat berjuang kepada seluruh jentera Barisan Nasional dan Pemuda UMNO Johor!






27/06/2026

Address

No. 271 Tingkat 1, Bangunan UMNO Bahagian Kemaman (Baharu) Jalan Masjid
Kemaman
24000

Opening Hours

Monday 08:00 - 15:00
Tuesday 08:00 - 15:00
Wednesday 08:00 - 15:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 15:00

Telephone

+60340429511

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda UMNO Bahagian Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda UMNO Bahagian Kemaman:

Shortcuts

Share