17/04/2026
SOROTAN PROGRAM KEMAKMURAN PEKEBUN KECIL (PKPK) PEJABAT RISDA DAERAH KEMAMAN
'Mensejahtera Komuniti, Memperkasa Komoditi'
Pejabat RISDA Daerah Kemaman bersama Pejabat RISDA Mini Stesen Kemaman telah menganjurkan Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) bertempat di Zamelia Event Space, Kg Tempurung Kemaman.
Program ini telah dihadiri dirasmikan oleh Encik Muhammad Nur Azimi bin Azizan, Pegawai RISDA Daerah. Turut hadir penceramah jemputan daripada pihak RPSB dan Wakil Pegawai Lembaga Getah Malaysia Wilayah Timur, seluruh warga kerja RISDA Daerah Kemaman, PEWARIS dan pekebun kecil sekitar daerah Kemaman.
Program dimulai dengan penyampaian taklimat program-program pembangunan RISDA oleh Encik Kamarul Nizam Bin Muda, Penolong Pegawai Kawasan. Seterusnya, Taklimat Permohonan Kad PatG bagi penoreh getah dan budi agro oleh Pihak LGM. Sesi ini turut disertai dengan taklimat pemasaran getah oleh pembeli getah utama RISDA iaitu RISDA Plantation Sdn Bhd dan Jualan Lateks oleh 6 orang pekebun kecil.
Pegawai RISDA Daerah Kemaman juga turut menyampaikan anugerah Jualan Getah Skrap & Lateks Tertinggi bagi Tahun 2025 kepada pekebun kecil berdasarkan rekod jualan getah Tahun 2025 oleh Unit Produktiviti & Pemasaran Daerah.
Diharapkan program ini memberi impak tinggi bagi meningkatkan pengeluaran getah di Daerah Kemaman & Negara sehingga mencapai 1 juta tan metric menjelang akhir tahun 2030, sekali gus membentuk ekosistem pekebun kecil yang berdaya tahan, makmur dan sejahtera