04/12/2023
"Saya mari hari ni sebab saya janji hari tu"
Semalam saya sempat menziarahi keluarga ini di mana 3 beradik kurang upaya ini tinggal bersama ayah mereka. Ibu mereka telah meninggalkan anak-annak syurga ini pada Februari yang lepas manakala salah seorang adik beradik mereka pergi buat selamanya pada Julai lepas...
Seorang lagi adik mereka merupakan mahasiswi di UniKL dan saya doakan semoga berjaya dengan cemerlang...
Saya juga memohon agar kita semua doakan anak-anak syurga dan En Jumahir tabah dan sabar dengan ujian ini dan menjalani kehidupan sebaik-baiknya insyaAllah...