20/11/2024
π£ππ₯π¦πππ£ππ‘ πππ₯πππππ‘ π‘ππππ₯π π¨π‘π§π¨π π ππ‘ππππππ£π π π¨π¦ππ π§ππ‘πππ¨ππ¨π
Baru-baru ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang dan Johor hingga pengunjung November.
Kerajaan negeri telah melakukan persiapan rapi dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir di Terengganu yang dijangka berlaku dalam beberapa siri gelombang sehingga berakhirnya Monsun Timur Laut pada Mac tahun depan.
Semua jentera dan agensi kerajaan telah diarah bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku banjir di daerah tertentu.
Bekalan makanan termasuk persiapan logistik, jentera penyelamat dan pusat pemindahan sementara telah disiapkan bagi membolehkan mangsa diberi bantuan segera sebaik sahaja bencana berlaku.
Para petugas seperti Bomba, Angkatan Tentera, Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sudah bersedia bagi menghulurkan bantuan segera.