20/08/2026
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT DAERAH KEMAMAN TAHUN 2026
Alhamdulillah, Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Kemaman Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Ogos 2026.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Ybrs. Tuan Haji Ahmad Nazwawi bin Harun, Pegawai Daerah Kemaman dan turut menghimpunkan kepimpinan belia, wakil pertubuhan belia serta agensi berkaitan dalam membincangkan isu, pandangan dan aspirasi belia di peringkat daerah.
MPBN menjadi wadah penting bagi memastikan suara belia terus didengar, pandangan diketengahkan dan aspirasi generasi muda diberi perhatian dalam merangka agenda pembangunan belia yang lebih mampan dan berimpak.
Semoga hasil perbincangan dan pandangan yang diketengahkan dapat diterjemahkan kepada tindakan serta menjadi pemangkin kepada pengukuhan gerakan belia di daerah Kemaman.
MENGGERAK BELIA !
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
belia.my
Rakan Muda
JBSNegara