14/08/2026
INTIPATI TEKS KHUTBAH JUMAAT TERBITAN JHEAT HARI INI (SIRI 33/2026)
JUMAAT | 1 RABIULAWAL 1448H | 14 OGOS 2026
Tajuk : "๐๐๐ฃ๐ฎ๐๐ฃ๐ฉ๐ช๐ฃ๐ ๐๐ค๐ก๐ค๐ฃ๐๐๐ฃ ๐๐๐ก๐๐๐ฃ๐๐ฃ ๐๐ฅ๐๐ฎ๐ (๐๐๐)"
Terbitan : Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)
Khutbah Jumaat minggu ini menyentuh peranan โMenyantuni Golongan Kelainan Upaya (OKU)โ di mana kepelbagaian keadaan manusia sama ada dari sudut fizikal, mental, intelektual mahupun deria merupakan sebahagian daripada ketentuan dan kehendak Allah SWT. Oleh itu, masyarakat dituntut supaya berinteraksi dengan golongan OKU berasaskan kasih sayang, rahmah, toleransi dan keharmonian serta menjauhi segala bentuk diskriminasi, prasangka, layanan kasar dan pencerobohan terhadap hak mereka. Islam tidak meminggirkan golongan ini bahkan syariat memberikan kemudahan dalam pelaksanaan ibadah sesuai dengan kemampuan dan keadaan masing-masing.
Kedudukan dan potensi golongan OKU turut dibuktikan melalui contoh Abdullah bin Ummi Maktum, seorang sahabat yang buta tetapi diberikan kepercayaan oleh Rasulullah SAW untuk menjadi muazin, imam serta memikul amanah tertentu di Madinah. Khutbah turut menekankan bahawa golongan OKU mampu memberikan sumbangan dalam pelbagai bidang seperti akademik, ekonomi, kemahiran, pertanian, perniagaan dan sukan. Sehubungan itu, keterbatasan fizikal atau deria tidak seharusnya dijadikan ukuran untuk merendahkan martabat seseorang. Prinsip ini selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Israโ ayat 70 yang menegaskan kemuliaan yang dikurniakan Allah kepada seluruh anak Adam.
Justeru, tanggungjawab menyantuni golongan OKU perlu dipikul secara bersama oleh individu, keluarga, masyarakat dan kerajaan. Antara usaha yang digariskan ialah mengamalkan akhlak dan etika yang baik dalam pergaulan, menyediakan kemudahan pendidikan, pekerjaan, perkhidmatan dan kesihatan yang sesuai, menegakkan toleransi dan keadilan serta memperkukuh peranan keluarga dan komuniti dalam membantu kehidupan seharian mereka. Kesimpulannya, golongan OKU perlu diberikan peluang dan ruang yang sewajarnya untuk mengembangkan potensi serta berpartisipasi secara bermaruah dalam kehidupan bermasyarakat, sehingga mereka benar-benar dapat โduduk sama rendah dan berdiri sama tinggiโ dengan anggota masyarakat yang lain.