09/06/2026
SKIM ISENTIF ANAK PENEROKA FELDA
Skim ini merupakan bantuan yang diberikan sekali sahaja kepada anak peneroka atau cucu peneroka, anak tiri atau anak angkat peneroka FELDA (bermastautin dalam rancangan FELDA) berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) dalam atau luar negara (IPTA/IPTS yang diluluskan sahaja). *Senarai boleh rujuk di Pejabat Rancangan
Jumlah Bantuan:
Diploma : RM500.00
Ijazah Dalam Negara : RM1,000.00
Ijazah Luar Negara : RM1,500.00
Syarat Utama:
✅ Anak/cucu peneroka, anak tiri, anak angkat yang telah didaftarkan
✅ Bermastautin di Rancangan FELDA
✅ Permohonan dibuat dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh surat tawaran
✅ Bantuan diberikan sekali sahaja bagi setiap penerima
✅ Kelayakan kepada IPTA/IPTS yang diluluskan
✅ Terbuka kepada Peneroka bersama FELDA sahaja
Cara Memohon:
📌 Dapatkan borang di Pejabat Rancangan FELDA berhampiran
📌 Lengkapkan borang dan sediakan dokumen berkaitan
📌 Hantar semula permohonan ke Pejabat Rancangan FELDA (pengesahan Pengurus Rancangan FELDA)