AADK Daerah Kemaman

AADK Daerah Kemaman Goverment Organisation

Pernah Tak Anda Rasa Stress, Tapi Lepas Makan Makanan Sihat, Terus Rasa 'Relaks'? Sebenarnya, ada rahsia di sebalik apa ...
03/09/2026

Pernah Tak Anda Rasa Stress, Tapi Lepas Makan Makanan Sihat, Terus Rasa 'Relaks'?

Sebenarnya, ada rahsia di sebalik apa yang kita hidangkan di atas pinggan. Makanan bukan hanya sekadar untuk kenyang, tapi sebenarnya adalah "kawan baik" kepada emosi dan minda kita.

Jom kita mula hari ini! Apakah makanan sihat yang boleh buat anda rasa happy setiap kali makan? Kongsikan dengan kami di ruangan komen, mana tahu boleh jadi inspirasi buat yang lain!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



03/09/2026
AUDIT PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH ( TEKAD )Rabu 2 September 2026 AADK Daerah Kemaman telah menerima kunjungan bagi ...
03/09/2026

AUDIT PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH ( TEKAD )

Rabu 2 September 2026 AADK Daerah Kemaman telah menerima kunjungan bagi pelaksanaan Audit Program Tempat Kerja Bebas Dadah bertujuan menilai serta memastikan pelaksanaan program di peringkat pejabat dilaksanakan mengikut ketetapan yang ditetapkan.

Audit ini turut memberi fokus kepada semakan fail Tempat Kerja Bebas Dadah, termasuk susun atur dokumen serta langkah-langkah pelaksanaan yang perlu dimasukkan ke dalam fail. Selain itu, sesi tunjuk ajar turut diberikan bagi membantu memastikan pelaksanaan program dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.

Turut diteliti ialah kewujudan Sudut Antidadah dan Sudut Tekad di pejabat serta aspek keselamatan seperti penyediaan kit kecemasan, alat pemadam api, laluan kecemasan dan tempat berkumpul sekiranya berlaku kebakaran.

Komitmen bersama dalam memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat, sihat dan bebas daripada penyalahgunaan dadah merupakan tanggungjawab kita bersama.




Acah 'hero' kononnya, lelaki tular cetus provokasi di Dataran Putrajaya positif THC‼️ Lelaki berusia 30 tahun yang ditah...
02/09/2026

Acah 'hero' kononnya, lelaki tular cetus provokasi di Dataran Putrajaya positif THC‼️

Lelaki berusia 30 tahun yang ditahan kerana dipercayai melakukan provokasi ketika sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya, Isnin lalu didapati positif d*dah jenis THC.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, suspek menyerah diri di IPD Putrajaya pada 12.15 tengah malam, 2 September.

Polis menerima lima laporan berkaitan kejadian itu dan merakam percakapan tujuh saksi bagi membantu siasatan.

“𝘜𝘫𝘪𝘢𝘯 𝘢𝘪𝘳 𝘬𝘦𝘯𝘤𝘪𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘩𝘢𝘥𝘢𝘱 𝘴𝘶𝘴𝘱𝘦𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵𝘪 𝘥𝘪𝘢 𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵𝘪𝘧 𝘥*𝘥𝘢𝘩 𝘫𝘦𝘯𝘪𝘴 𝘛𝘏𝘊,” 𝘬𝘢𝘵𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘬𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘙𝘢𝘣𝘶.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala siasatan berkaitan insiden provokasi masih dijalankan.

Sumber: Sinar Harian

Menempuh jalan pemulihan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan sendirian. Namun, apabila kita berdiri teguh s...
02/09/2026

Menempuh jalan pemulihan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan sendirian. Namun, apabila kita berdiri teguh sebagai satu komuniti yang prihatin, cabaran yang berat akan menjadi lebih ringan untuk dipikul.

Dalam menyambut bulan September yang penuh bersejarah bagi negara, mari kita sematkan semangat "Kuat Bersama, Pulih Bersama". Kita sebagai ahli keluarga, rakan, mahupun jiran tetangga, mempunyai peranan besar dalam memberi sinar harapan kepada mereka yang sedang berusaha untuk bebas daripada belenggu.

Marilah kita bersama-sama membina persekitaran yang positif dan menyokong proses rawatan serta pemulihan demi masa depan Malaysia yang lebih sejahtera.

Adakah kita bersedia untuk menjadi sistem sokongan buat mereka? Berikan tanda 'Hati' (❤️) jika bersama AADK dalam misi ini!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 Tanggal 31 Ogos kembali menyatukan kita dalam semangat patriotisme, menghargai n...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

Tanggal 31 Ogos kembali menyatukan kita dalam semangat patriotisme, menghargai nikmat kemerdekaan serta mengenang jasa dan pengorbanan para pejuang terdahulu.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati bukan sekadar sebuah tema, tetapi mencerminkan aspirasi untuk membina sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera, di mana setiap lapisan masyarakat dapat merasai nikmat kemajuan dan kemakmuran negara.

Dalam konteks sambutan Hari Kebangsaan, kesejahteraan yang dinikmati hari ini adalah hasil daripada kemerdekaan, perpaduan dan usaha berterusan seluruh rakyat dalam menjaga keamanan serta keharmonian negara.

Justeru, usaha mencegah dan membanteras dadah bukan hanya tanggungjawab agensi penguat kuasa, malah memerlukan dukungan seluruh masyarakat bagi memastikan setiap individu, keluarga dan komuniti dapat menikmati kehidupan yang lebih selamat, sihat dan sejahtera.

Sebagai sebuah negara yang bebas, kita turut mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan ini terus dipelihara, termasuk membina masyarakat yang sihat, produktif dan bebas daripada ancaman dadah.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah





30/08/2026

Kadang-kadang, gari yang paling berat bukan diperbuat daripada besi. Tapi ia dibina daripada setiap butir pil dan cecair kimia yang kita pilih untuk 'berkawan'.

Tengok gambar ni betul-betul. Fizikal mungkin nampak bebas boleh ke sana sini, tapi kalau minda masih 'terjajah' dan menjadi hamba pada bahan terlarang, adakah itu yang kita panggil Merdeka?

Proses nak putuskan 'gari' dadah ni bukan perkara mudah. Ia perit, penuh air mata dan perlukan kekuatan luar biasa. Tapi ingat, peluang untuk hidup bersih tu sentiasa ada selagi nyawa dikandung badan.

Jangan biarkan litar kehidupan korang hangus begitu sahaja. Masa depan korang, impian korang, dan keluarga korang jauh lebih berharga daripada keseronokan sekejap yang membinasakan.

Tahun ni, jom kita pilih Merdeka yang sebenar. Merdeka daripada belenggu dadah.

Merdekakan Diri. Lindungi Potensi.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



28/08/2026

Jangan biarkan masa lalu menjadi penghalang untuk melangkah ke hadapan. Setiap perubahan bermula dengan satu keberanian. Keberanian untuk mengakui bahawa kita memerlukan bantuan, keberanian untuk mendapatkan sokongan dan keberanian untuk memilih kehidupan yang lebih baik.

Pemulihan mungkin bukan perjalanan yang mudah, tetapi kita tidak perlu melaluinya seorang diri. Dengan sokongan keluarga, masyarakat dan bimbingan yang tepat, setiap langkah kecil mampu membawa kita lebih dekat kepada kehidupan yang bebas daripada belenggu dadah.

"Masih belum terlambat untuk Merdeka ". Masih ada harapan untuk pulih. Dan masih ada masa untuk membina semula kehidupan.

Beranilah melangkah. Buka pintu kepada peluang baharu.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

Tingkat 3 Bangunan Persekutuan Kemaman
Kemaman
24000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6098594643

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AADK Daerah Kemaman:

Shortcuts

Share