30/12/2025
*Majlis Persaraan TPgB II Mohd Amin Bin Zakaria*
Pada 28 Disember 2025 (Ahad), satu majlis persaraan telah diadakan bagi meraikan persaraan TPgB II Mohd Amin Bin Zakaria, Ketua Cawangan Bahagian Penyiasatan Zon 2 Terengganu bertempat di Cafe Jiwa & Bingsu, Kemaman pada jam 12.30 tengah hari.
Majlis penuh penghargaan ini telah dihadiri oleh YS Pengarah JBPM Negeri Terengganu, PgKB II Aswadi Bin Sulong (PPN Bahagian Penyiasatan Kebakaran), PgKB II Rohaya Binti Jamil (Ketua Zon 2 Terengganu), serta TPgB Hasan Bin Embong dan PgB Yukthes A/L Morgan dari BPK HQ. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Zon 2 termasuk Ketua-Ketua Balai serta isteri beliau, Puan Rohani Binti Mat Noor.
Majlis ini turut diserikan dengan suasana mesra dan penuh kenangan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan TPgB II Mohd Amin sepanjang perkhidmatan beliau dalam JBPM.
*Sekian, terima kasih.*