27/04/2026
PELAN INTERVENSI
24.04.2026 - Klien ini hadir bagi mendapatkan khidmat nasihat kerana kembali terjebak kepada dadah (relaps). Memandangkan situasi ini menjejaskan emosi dan hubungan kekeluargaan, pegawai pemulihan telah melibatkan ahli keluarga dalam sesi kaunseling bagi mengenal pasti punca masalah serta membina sistem sokongan yang lebih baik.
Hasil sesi tersebut, pelan intervensi telah dirangka merangkumi tiga fokus utama:
Kerjaya:Klien yang telah menganggur selama empat bulan digalakkan mencari peluang pekerjaan baharu bagi membina semula rutin harian dan mencapai kestabilan hidup.
Kesihatan Mental : Memandangkan klien menunjukkan gejala tekanan serius dan kecenderungan membunuh diri akibat kesan dadah, satu rujukan ke Hospital Permai Johor Bahru telah dibuat bagi membolehkan klien mendapatkan rawatan pakar psikiatri.
Sokongan Sosial :Penekanan diberikan terhadap usaha memulihkan hubungan kekeluargaan sebagai tunjang utama dalam proses pemulihan jangka panjang klien.
Kesimpulan
Intervensi ini dirangka secara menyeluruh bagi membantu klien mencapai kestabilan emosi, sosial, dan kefungsian hidup yang lebih baik.
Pegawai pemulihan : Pn Hairunisha Binti Kamaruddin
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.