Skuad Pemuda PBRS Pusat

Skuad Pemuda PBRS Pusat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Skuad Pemuda PBRS Pusat, Political organisation, Keningau.

ZIARAH TAKZIAH & PENGHORMATAN TERAKHIR02 September 2026Ketua Pergerakan Pemuda PBRS Pusat, Tuan Jessel C.P. Yansalang, t...
03/09/2026

ZIARAH TAKZIAH & PENGHORMATAN TERAKHIR

02 September 2026

Ketua Pergerakan Pemuda PBRS Pusat, Tuan Jessel C.P. Yansalang, telah hadir menziarahi keluarga Allahyarham Timbalan Ketua Pemuda PBRS N.24 Tanjung Keramat bagi menyampaikan ucapan takziah dan memberikan penghormatan terakhir.

Turut hadir di tanah perkuburan ialah Timbalan Ketua Penerangan PBRS Pusat, Tuan Mohd Fazil Ajak, dan Ketua Pemuda PBRS N.24 Tanjung Keramat, Tuan Heryzan bin Md. Tahir

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat seluruh barisan Pemuda PBRS. Segala jasa, sumbangan dan khidmat beliau sepanjang bersama dalam perjuangan Pemuda PBRS akan sentiasa dikenang.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN & HARI SABAH 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSemoga semangat patriotisme terus menyatukan kita dalam membina Ma...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN & HARI SABAH 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semoga semangat patriotisme terus menyatukan kita dalam membina Malaysia dan Sabah yang lebih maju, harmoni serta sejahtera.

Setulus penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Sabah, yang terus bersama menjaga keamanan, perpaduan dan keharmonian negara.

Bersatu hati, teguh berdiri. Demi rakyat, demi Sabah, demi Malaysia.

Ikhlas daripada
EXCO PERGERAKAN PEMUDA PBRS PUSAT
dan seluruh Ahli Pemuda PBRS






TAHNIAH & SYABAS! Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Penubuhan Pergerakan Pemuda UMNO yang ke-77 tahun kepada seluruh wa...
26/08/2026

TAHNIAH & SYABAS!

Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Penubuhan Pergerakan Pemuda UMNO yang ke-77 tahun kepada seluruh warga Pemuda UMNO Malaysia.

Semoga Pemuda UMNO terus menjadi wadah perjuangan generasi muda, memperkukuh perpaduan, memperkasa kepimpinan dan terus bersama-sama menyumbang kepada kemajuan bangsa serta negara.

Selamat Ulang Tahun Penubuhan ke-77, Pemuda UMNO! Teruskan melangkah dengan semangat, keberanian dan jiwa perjuangan.

Ikhlas daripada,
Exco Pergerakan Pemuda PBRS Pusat
& Seluruh Ahli Pemuda PBRS ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ๐Ÿ•Œุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ู†ุจูŠู†ุง ู…ุญู…ุฏSelawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, i...
25/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ๐Ÿ•Œ

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ู†ุจูŠู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang menjadi teladan sepanjang zaman.

Sempena Maulidur Rasul 1448H, marilah kita bersama-sama menghayati sirah, akhlak dan perjuangan Rasulullah SAW dengan menerapkan nilai kasih sayang, amanah, persaudaraan, kesederhanaan dan keadilan dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus menyemarakkan semangat untuk melakukan kebaikan, memperkukuh perpaduan serta berbakti kepada masyarakat dan negara.

โ€œSesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang baik.โ€
(Surah Al-Ahzab: 21)

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada Pergerakan Pemuda PBRS Pusat.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 15 OGOS 2026 | P.180 KENINGAUNAFAS BAHARU, SEMANGAT BAHARU UNTUK KENINGAUExco Pergerakan Pemuda PBRS Pusat telah hadi...
16/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 15 OGOS 2026 | P.180 KENINGAU

NAFAS BAHARU, SEMANGAT BAHARU UNTUK KENINGAU

Exco Pergerakan Pemuda PBRS Pusat telah hadir ke Majlis Penyerahan Keahlian PBRS P.180 Keningau yang berlangsung di Dewan Terbuka Pusat Kraftangan Sabah, Keningau.

Majlis menyaksikan kemasukan lebih 1,500 ahli baharu yang diketuai oleh Tuan Moddy Patrick, Tuan Jekerison Kilan dan Tuan Sanon Sambikin.

Kemasukan ini mencerminkan keyakinan dan sokongan masyarakat terhadap kepimpinan YB Datoโ€™ Sri Arthur Joseph Kurup selaku Presiden PBRS dan Pengerusi BN Sabah, serta perjuangan PBRS dalam gabungan Barisan Nasional (BN).

Semoga perkembangan ini menjadi permulaan kepada nafas kepimpinan baharu di P.180 Keningau, demi pembangunan kawasan dan kesejahteraan rakyat.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Datuk Nik Mohd Nadzri bin Nik Zawawi, ADUN N.41 Liawan dan YBhg. Datuk Mohd Hasnol bin Ayob, Setiausaha BN Sabah.

Bersama PBRS, kita bina masa depan Keningau yang lebih baik.

Selamat Hari Jadi kepada YB Datoโ€™ Sri Arthur Joseph Kurup, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) merangkap Pengerus...
04/08/2026

Selamat Hari Jadi kepada YB Datoโ€™ Sri Arthur Joseph Kurup, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah.

Semoga YB Datoโ€™ Sri sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kekuatan, kebijaksanaan serta keberkatan dalam meneruskan amanah memimpin demi kemajuan rakyat, negeri dan negara.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi yang dicurahkan tanpa mengenal erti jemu. Semoga terus diberikan ilham dan ketabahan untuk memimpin dengan penuh integriti, hikmah serta sentiasa berjiwa rakyat.

Ikhlas daripada
EXCO PERGERAKAN PEMUDA PBRS PUSAT
dan Seluruh Ahli Pemuda PBRS

โ€œBerjuang Untuk Kecemerlangan Rakyat.โ€ ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

KENYATAAN MEDIA- Untuk edaran segera"๐‰๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ข๐ฌ๐ž๐›๐š๐›๐ค๐š๐ง ๐ง๐ข๐ฅ๐š ๐ฌ๐ž๐ญ๐ข๐ญ๐ข๐ค (๐๐ฎ๐š), ๐‘๐จ๐ฌ๐š๐ค ๐ฌ๐ฎ๐ฌ๐ฎ ๐ฌ๐ž๐›๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š" - ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ๐š๐ง ๐๐ ๐ญ๐ž๐ซ๐ค๐ข๐ง...
03/08/2026

KENYATAAN MEDIA
- Untuk edaran segera

"๐‰๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ข๐ฌ๐ž๐›๐š๐›๐ค๐š๐ง ๐ง๐ข๐ฅ๐š ๐ฌ๐ž๐ญ๐ข๐ญ๐ข๐ค (๐๐ฎ๐š), ๐‘๐จ๐ฌ๐š๐ค ๐ฌ๐ฎ๐ฌ๐ฎ ๐ฌ๐ž๐›๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š" - ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ๐š๐ง ๐๐ ๐ญ๐ž๐ซ๐ค๐ข๐ง๐ข, ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐๐ข๐ฌ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ฉ๐š๐๐ฎ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐๐€๐ƒ๐” ๐๐ข ๐’๐š๐›๐š๐ก, ๐ฃ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š ๐๐ข๐ซ๐š๐ข๐ก๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐„๐‘๐๐„๐‚๐€๐‡๐€๐.

1. Kebangkitan baru BN di semenanjung perlu kita raihkan dengan menyemarakkan lagi formula berkesan di Johor dan N9; iaitu semangat perpaduan yg tidak berbelah bagi, dan ini perlu kita terjemahkan di Sabah untuk persiapan PRU akan datang.

2. Perlu kita ingatkan kepada diri kita, keputusan baik di Semenanjung tidak bermakna, realiti keputusan BN Sabah yg merosot di PRN Sabah lalu, secara automatik terubah setelah Johor dan N9 menang. Tidak. Realiti sensitiviti Sabah adalah berlainan, dan masi banyak pembaikan dalam penyatuan BN Sabah perlu kita perbaiki.

3. Isu sensitif, baik dibincang secara dalaman dan bukan untuk pihak lawan melihat ada perpecahan secara terang-terangan. Neratif penyatuan BN di Sabah sangat penting pada saat ini.

4. Pasukan & Pemimpin yang berkerja di belakang tabir juga perlu di ambil kira dan dihormati. Ramai juga yg berkerja dibelakang tabir dan mungkin tidak kelihatan dipentas; namun berkerja keras. Kenyataan2 sumbang yg belum mendapat kesahihan info sebenar, boleh menyinggung perasan pasukan yg berkerja.

5. Pemuda PBRS dan Wanita PBRS Sabah bersama MCA Sabah dipertanggungjawabkan kawasan DUN Johor Jaya, Pasir Gudang, kawasan yang sukar untuk dimenangi, kerana kubu kuat DAP-PH (dipegang PH selama - 3 penggal 2013, 2018, 2022), kali ini berjaya dimenangi hasil kerja keras pasukan UMNO, PBRS & MCA Sabah, dan bersama JR tempatan BN di Johor Jaya. Kini kerusi tersebut adalah kerusi baru untuk BN di Johor. Manakala DUN Permas kekal menang kerusi incumbent dengan selesa. Setakat ini prestasi kerjasama sesama komponen BN Sabah baik dan cemerlang di bawah YB Dato Sri Arthur.

6. Hormati perancangan dan lantikan pilihan Pengerusi BN Malaysia YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Setakat ini beliau berjaya membawa kemuncak BN dengan momentum melalui formula penyatupaduan untuk BN menuju ke Era Baru. Perlantikan Pengerusi BN Sabah adalah pilihan beliau dan langkah strategik beliau. Hormati masterplan dan pandangan jauh, untuk game plan yang lebih besar melalui oversight beliau. Pilihan dan strategi yang di pilih oleh Datuk Seri Pengerusi BN Msia juga ada bezanya untuk di Sabah. Sudah pasti ada sebabnya.

7.Pengerusi BN Sabah YBM Dato Sri Arthur, sentiasa menurut perintah amanat Pengerusi tertinggi BN Malaysia, dan sudah pasti pergerakan beliau kemana pun, sudah mendapat restu dari Datuk Seri Presiden BN sendiri. Janganlah kita melebihi Ketua Tertinggi kita dalam keputusan dan kebijaksanaan yg di persetujui secara kolektif di seluruh komponen BN Malaysia.

8. Saya ingin tahu, bagaimana dengan Pengerusi BN dari Negeri semenanjung yg lain; apabila ada antara mereka yg tidak sempat hadir di PRN Sabah, adakah mereka juga perlu dilucutkan sebab tidak turut hadir untuk semua lokasi? Walaupun setelah mereka hantar wakil dan jentera mereka utk hadir membantu di Sabah? Jangan kita p**a bersikap double standard.

9. Janganlah setiap kekurangan mesti dihukum dengan perlucutan / perlu diganti terus. Apabila Keputusan PRN โ€“ BN Sabah yg diketuai UMNO Sabah, merosot di PRN yang lalu. Adakah semua Ketua Bahagian yg gagal memenangi dalam PRN lalu perlu dilucutkan? Sudah tentu tidak kan? Demikian lah, penyatuan dan pembaikanlah yg amat diperlukan sekarang.

10. Ingat, BN Sabah bukan lagi paling dominan di Sabah, bukan seperti di semenanjung, dan sensitivity Sabah berbeza dari di semenanjung. Lokal parti BN Sabah memainkan peranan kritikal dalam menaikkan semula imej BN - mesra lokal di Sabah.

11. Perlantikan dan pencapaian Pengerusi BN Sabah perlu diukur dari segi prestasi kebangkitan BN di Sabah yg menjurus kepada persiapan dan pencapaian keputusan PRU dan PRN Sabah yg akan datang, bukan kehadiran semua lokasi kempen di Semenanjung p**a dijadikan ukuran ultimatum semata-mata.

12. Saya percaya, pendapat negative segelintir (seorang.. dua), ahli BN, TIDAK mencerminkan atau mewakili pendapat keseluruhan ahli komponen secara kolektif, termasuk ahli2 dan komponen2 BN Sabah yg lain, terhadap Pengerusi BN Sabah kita. Walaubagaimana semua ahli bebas menyuarakan pendapat. Tapi lebih penting sebenarnya, masih banyak kerja perlu kita fokus dan lakukan untuk memenangi semula hati orang tempatan kita. Stay humble, Stay Focus dan ayuh tetap satukan kekuatan semua komponen BN and make BN Sabah Great Again.

๐‘ƒ๐‘’๐‘š๐‘ข๐‘‘๐‘Ž ๐ถ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž ๐พ๐‘–๐‘ก๐‘Ž

Jessel CP Yansalang
Ketua Exco Pemuda PBRS Pusat merangkap Naib Pengerusi Pemuda BN Malaysia

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐——๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ1. Saya menghormati hak setiap pemimpin untuk memb...
03/08/2026

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐——๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ

1. Saya menghormati hak setiap pemimpin untuk memberikan pandangan. Namun begitu, saya berpendapat kenyataan yang dikeluarkan oleh Saudara Ghazali Ansing, Ketua UMNO Bahagian Tawau, terhadap YB Dato' Sri Arthur Joseph Kurup selaku Pengerusi Barisan Nasional Sabah adalah tidak tepat pada waktu kita sedang berusaha mengukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional.

2. Perbezaan pendapat bukanlah satu kesalahan. Sebaliknya, ia adalah lumrah dalam sebuah organisasi yang matang. Namun, perbezaan itu sewajarnya dibincangkan melalui saluran parti dengan semangat muafakat, bukannya diangkat ke ruang awam sehingga membuka ruang kepada pihak luar dan lawan politik untuk mengambil kesempatan memecah-belahkan kesatuan Barisan Nasional.

3. Hakikatnya, Barisan Nasional Sabah hari ini memerlukan kestabilan, perpaduan dan kepimpinan yang mampu menyatukan seluruh parti komponen. Kepimpinan yang telah diputuskan oleh parti perlu dihormati dan diberikan ruang untuk melaksanakan amanah. Dalam masa yang sama, setiap pemimpin mempunyai tanggungjawab untuk memperkukuhkan organisasi, bukannya mencetuskan polemik yang hanya merugikan parti sendiri.

4. Kita juga tidak boleh menilai seseorang pemimpin hanya berdasarkan kehadirannya ketika musim pilihan raya. Dato' Sri Arthur Joseph Kurup bukan pemimpin bermusim. Beliau sentiasa turun padang, bekerja dan berkhidmat kepada rakyat sepanjang masa, sama ada ketika pilihan raya mahupun di luar musim politik. Itulah budaya perjuangan Barisan Nasional yang sebenar iaitu bekerja secara konsisten, bukan bermusim.

5. Menjelang landskap politik yang semakin mencabar, sudah tiba masanya kita mengetepikan ego dan kepentingan peribadi. Rakyat tidak mahu melihat pemimpin Barisan Nasional saling berbalah secara terbuka. Sebaliknya, rakyat mahu melihat sebuah gabungan yang bersatu, matang dan fokus membela kepentingan mereka.

6. Marilah kita memperkukuhkan perpaduan, menghormati kepimpinan yang telah diputuskan oleh parti dan bersama-sama mengembalikan kekuatan Barisan Nasional Sabah. Kekuatan kita bukan terletak pada siapa yang paling lantang bersuara, tetapi pada kemampuan kita untuk bersatu, bekerja dan memberikan hasil kepada rakyat.

๐—ช๐—ถ๐—น๐—น๐˜† ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ผ๐—ป๐—ด
Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam
Timbalan Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)

Address

Keningau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Skuad Pemuda PBRS Pusat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share