Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Keningau

Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Keningau Unit Promosi Kesihatan Mulut (UPKM)
Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Keningau PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN KAWASAN KENINGAU

07/08/2026
17/07/2026

๐Ÿฆท MAI PAKAT BERUS GIGI BERSAMA-SAMA SATU MALAYSIA!

Jom kita pecahkan rekod dan bersihkan gigi beramai-ramai!

Program Kesihatan Pergigian KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah membawakan kepada anda acara 'Jom Berus Gigi' secara siaran langsung serentak di seluruh Malaysia!

Tarikh: 22 Julai 2026 (Rabu)
Masa: 9.30 Pagi - 10.30 Pagi
Platform: Facebook Live (Program Kesihatan Pergigian KKM / Jabatan Kesihatan Negeri Kedah)

Ajak anak-anak, ibu bapa, jiran tetangga, dan kawan-kawan sekali.

Amalan kecil selama 2 minit, 2 kali sehari mampu mengekalkan senyuman menawan sepanjang hayat!


02/07/2026

๐Ÿฆท Selamat Menyambut Hari Juruterapi Pergigian 2026 ๐Ÿฆท

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Hari Juruterapi Pergigian kepada semua Juruterapi Pergigian di seluruh Malaysia, khususnya warga Juruterapi Pergigian di Sabah.

Terima kasih atas dedikasi, komitmen dan semangat yang tidak pernah luntur dalam memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada masyarakat, khususnya kanak-kanak dan remaja. Jasa dan pengorbanan anda amat bermakna dalam melahirkan generasi yang mempunyai kesihatan mulut yang lebih baik.

Semoga semua Juruterapi Pergigian sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, terus cekal dan bersemangat dalam menjalankan amanah serta terus menjadi inspirasi dalam memajukan kesihatan pergigian negara.

"Shaping Dental Therapists for the Future of Oral Health."

Ikhlas daripada
Dr. Thaddius Herman Maling
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

02/07/2026
Assalamualaikum, salam sejahtera.Jemputan utk menyertai sesi CDE Peringkat Negeri Bilangan 4/2026 anjuran Pejabat Kesiha...
15/05/2026

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Jemputan utk menyertai sesi CDE Peringkat Negeri Bilangan 4/2026 anjuran Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Keningau pada ketetapan berikut:

Tarikh: 15.05.2026 (Jumaat)
Masa: 2.00-4.00 pm
Moderator/Pengacara Majlis: DR. AHMAD ABID ARFAN BIN AHMAD RAFIZAN
Mod: Secara dalam talian
(meet.google.com/bsd-jtmp-hfj)

CDE 1:
๐Ÿ“•Kesihatan Minda: Burnt Out Bukan Lemah - Kenali, Kendali dan Pulih
๐Ÿ“•Penceramah: Puan Nurul Nazwanie Nasywa Binti Ahmad Zain (Pegawai Psikologi Kaunseling)
๐Ÿ“• 2.00-3.00pm

CDE 2:
๐Ÿ“—From Design and Development Research to Practice
๐Ÿ“—Penceramah: Dr. Nizamuddin Bin Pardan (Pakar Pergigian Kesihatan Awam)
๐Ÿ“—3.00-4.00 pm

Jangan lupa join, semua!

๐Ÿฆทโœจ JOM SERTAI KAMI SEMPENA HARI KESIHATAN ORTODONTIK SEDUNIA 2026! โœจ๐ŸฆทTahukah anda, rawatan ortodontik bukan sekadar untu...
12/05/2026

๐Ÿฆทโœจ JOM SERTAI KAMI SEMPENA HARI KESIHATAN ORTODONTIK SEDUNIA 2026! โœจ๐Ÿฆท

Tahukah anda, rawatan ortodontik bukan sekadar untuk mendapatkan gigi yang lurus, tetapi juga membantu meningkatkan kesihatan mulut, fungsi gigitan serta keyakinan diri ๐Ÿ˜

๐Ÿ“ฃ Unit Ortodontik Klinik Pergigian Keningau akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik sempena sambutan Hari Kesihatan Ortodontik Sedunia 2026.

๐Ÿ“… Tarikh: Jumaat, 15 Mei 2026
๐Ÿ•— Masa:
โ€ข 8.00 pagi โ€“ 11.30 pagi
โ€ข 2.00 petang โ€“ 4.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Ruang Menunggu Klinik Pergigian Keningau

๐ŸŽ‰ Antara aktiviti yang disediakan:
๐Ÿ—ฃ Ceramah kesihatan ortodontik
๐Ÿ–ผ Pameran pendidikan
๐Ÿงฉ Permainan puzzle
๐Ÿ”Ž Cari benda tersembunyi dalam gambar
โœ๏ธ Peraduan teka silang kata (untuk staf sahaja)

๐ŸŽ Pelbagai hadiah menarik menanti para peserta!

๐Ÿ“Œ Tema sambutan tahun ini:
โ€œBeyond Straight Teethโ€


Ayuh datang beramai-ramai dan tambah pengetahuan anda tentang kesihatan ortodontik dalam suasana santai dan menyeronokkan ๐Ÿ’™








30/04/2026

"๐”๐ฆ๐ฎ๐ซ ๐Ÿ”๐ŸŽ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง, ๐Œ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐€๐๐š ๐Ÿ๐ŸŽ ๐†๐ข๐ ๐ข? ๐๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐๐š๐ก ๐Š๐š๐ฅ๐š๐ฎ ๐Š๐ข๐ญ๐š ๐‰๐š๐ ๐š!" ๐Ÿคฉ

Bah warga Facebook, mari kita sama-sama sahut seruan Kempen 6020. Bukan saja untuk nampak cantik bila senyum, tapi supaya senang kita mahu makan dan bercakap bila sudah berumur nanti.

Jangan lupa tips dalam poster ini:
โœ… Rajin berus gigi 2 kali sehari.
โœ… Makan makanan seimbang.
โœ… Paling penting, jangan skip temujanji dengan doktor gigi!

"๐ˆ๐ง๐ ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข๐ฃ๐š๐๐ข, ๐ˆ๐ง๐ ๐š๐ญ ๐ƒ๐จ๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐†๐ข๐ ๐ข"

Kredit & Penghargaan:
Terima kasih dan syabas diucapkan kepada Dr. Hanis Zulaikha binti Zulkefli daripada Klinik Pergigian Keningau atas penyediaan infografik yang sangat bermanfaat ini.

28/04/2026

Bah, masih boleh kunyah wajid ka tu? ๐Ÿ˜

Tiada yang lebih nikmat selain dapat makan bersama yang tersayang di usia tua. Tapi, semua tu perlukan gigi yang kuat dan sihat!

Ingat formula ni: Umur 60 Tahun pastikan ada 20 batang gigi asli. Kalau cukup gigi, senyuman pun 'lawa', makan apa pun tiada masalah. Mari kita jaga gigi kita dari sekarang supaya hari tua nanti tetap 'mantap'!

๐Ÿ“ Pesanan ikhlas daripada Bahagian Kesihatan Pergigian Sabah.

kredit : Klinik Pergigian Tenom

28/04/2026

๐Ÿฆท ๐ˆ๐๐…๐Ž ๐๐„๐๐“๐ˆ๐๐† ๐”๐๐“๐”๐Š ๐ˆ๐๐” & ๐’๐ˆ ๐Œ๐€๐๐‰๐€! ๐Ÿ‘ถโœจ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Klinik Pergigian Tambunan atas perkongsian infografik yang sangat bermanfaat ini! ๐Ÿ‘

Penjagaan kesihatan pergigian bermula dari rumah, dan sebagai ibu, ilmu ini sangat penting untuk memastikan senyuman si kecil kekal sihat sehingga dewasa.

Antara 5 perkara utama yang dikongsikan:

Pembentukan Gigi: Menyusu badan membantu gigi bayi tumbuh dengan lebih tersusun.

Kurangkan Risiko Karies: Mengurangkan risiko lubang gigi akibat penggunaan botol susu.

Kebersihan Tetap Utama: Walaupun menyusu badan, gusi dan lidah bayi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya 2x sehari.

Awas Jangkitan Bakteri: Bakteria Mutan Streptococci boleh berjangkit! Elakkan berkongsi sudu atau makanan dengan anak.

Self-Love (Sayangi Diri): Ibu yang tenang dan menjaga kebersihan mulut dapat mengelakkan masalah bruxism (tabiat menggeser gigi).

Mari kita sama-sama praktikkan tip ini demi kesihatan keluarga kita. Jangan lupa untuk jadikan pemeriksaan gigi secara berkala sebagai rutin! ๐Ÿฆท๐Ÿชฅ

Address

PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN KAWASAN KENINGAU
Keningau
89000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share