PBSB Keningau

PBSB Keningau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PBSB Keningau, Government Organization, Keningau.

28/06/2026
KENINGAU, 27 Jun 2026 – Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pedalaman Atas melalui Bahagian Pembangunan Sukan...
27/06/2026

KENINGAU, 27 Jun 2026 – Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pedalaman Atas melalui Bahagian Pembangunan Sukan OKU Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah Keningau, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Keningau serta Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Daerah Keningau telah menganjurkan Program Inspire i-Talent Peringkat Bahagian Pedalaman atas bertempat Arena Belia Keningau. seramai 30 orang peserta telah hadir dengan pebagai kategori jenis ketidakupayaan. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan mencungkil bakat orang kurang upaya melalui ujian kecergasan yang khusus dan melihat potensi bakat peserta dalam sukan yang boleh di ketengahkan melalui Majlis Sukan Negeri Sabah.

Program ini di hadiri oleh YBrs. Puan Alissa Alha, Timbalan Pengaran sektor PARA MSN Negeri Sabah, Encik Ramzaini Minan, Penolong Pengarah sektor PARA MSN Negeri Sabah, Dr. Osman Said, Penyelaras PPKI Pejabat Pendidikan Daerah Keningau, Encik Awang Azirul, jurulatih Badminton PARA SUKMA Negeri Sabah, Encik Redzuan Ambros, jurulatih Olahraga PARA SUKMA, Puan Freda, Pegawai Pembangunan Sukan OKU Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri sabah dan Encik Muhamad Khaled Januil, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Pedalaman Atas.








Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
Rakan Muda
belia.my

‼️Berminat untuk mempelajari dan mengenali apa itu “Orienteering Sport” tapi tak pernah ada peluang? Ini peluang anda! 🔥...
23/06/2026

‼️Berminat untuk mempelajari dan mengenali apa itu “Orienteering Sport” tapi tak pernah ada peluang? Ini peluang anda! 🔥

Kursus Pensijilan Orienteering 0.1 – membuka penyertaan kepada individu yang berminat untuk mempelajari asas pengenalan orienteering, peralatan orienteering, teknik menggunakan peralatan, teknik membaca peta serta bagaimana mengendalikan pertandingan orienteering. 🗓️

Apa kelebihan program yang akan dianjurkan di Pusat Kraftangan Sabah, Keningau pada 3 hingga 5 Julai 2026? kami senaraikan untuk anda: 👇

✅ Penyertaan PERCUMA
✅ Modul, hui chang dan mapping disediakan oleh Persatuan Sukan Orienteering Negeri Sabah (PESOS)
✅ Sijil penyertaan dari JBSN
✅ Sijil Orienteering 0.1 yang diiktiraf oleh IOF (International Orienteering Federation)
⚠️ Terhad kepada 25 peserta

📲 Hubungi nombor tertera pada poster untuk pendaftaran.

Menguji adrenalin, JBSN komited 💪



KBSMalaysia
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Rahimi Ismail
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah

EMPAT PEMIMPIN BAHARU PEDALAMAN ATAS BAKAL DITAULIAHKAN SEBAGAI PEMIMPIN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM)TUARA...
21/06/2026

EMPAT PEMIMPIN BAHARU PEDALAMAN ATAS BAKAL DITAULIAHKAN SEBAGAI PEMIMPIN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM)

TUARAN, 21 Jun 2026 - Seramai 4 Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dari Bahagian Pedalaman Atas telah berjaya mengikuti Kursus Pemimpin Baharu ARPRM Peringkat Negeri Sabah 2026 yang telah berlangsung pada 19-21 Jun 2026 bertempat di INTAN Kampus Sabah.

Mereka ialah En. Hairul Hj Ahmad Syam, En. Che Muhammad Atillah bin Che Burhan, Pn. Jasmawati binti Abdul Jamal dan Cik Kartila binti Angkakat. Antara peranan utama Pemimpin ARPRM adalah sebagai penyelia, penilai, mentor dan jurulatih kepada peserta yang mengikuti Program ARPRM ini kelak.

Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pedalaman Atas mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Pemimpin ARPRM yang telah berjaya ditauliahkan. Semoga perkembangan positif penyertaan ARPRM dapat ditingkatkan khususnya di Bahagian Pedalaman Atas.

✅TENOM
19/06/2026

✅TENOM

PRA PENDAFTARAN KLAS RENANG FASA 1 TAHUN 2026 NEGERI SABAH KINI DIBUKA, TEMPAT ADALAH TERHAD! 🔥⚡️

Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) merupakan inisiatif KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan hasrat memberikan pendedahan asas berenang (learn to swim) 🏊
Menemui anda di lokasi berikut :
 Kota Kinabalu
 Penampang
 Sandakan
 Tenom
 Tawau
Bagi edisi 2026, program ini terbuka kepada:
 Kanak-kanak daripada keluarga B40 berumur 6 hingga 12 tahun
 Orang OKU (berumur tidak kurang daripada 6 tahun dan tidak lebih daripada 15 tahun)
 Warga emas (sihat dan boleh melakukan aktiviti fizikal yang berumur di antara 60 – 75 tahun )
Sila imbas kod QR atau klik pautan pendaftaran untuk mendaftar atau mendapatkan senarai lokasi dan maklumat lanjut 📋
https://sites.google.com/kbs.gov.my/klasrenangfasa12026/home
Tempat adalah TERHAD tau! (pautan pra pendaftaran akan ditutup setelah slot dipenuhi) 🏁
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 18 JUN 2026

🗓️ : Bulan Jun-Julai 2026
🎟️ : Penyertaan PERCUMA
🔗 : Pendaftaran secara dalam talian melalui pautan di bawah

Membina keyakinan dan kemahiran, JBSN bersama 💪🏻

P/s Tertakluk kepada syarat dan kelayakan penyertaan yang mana peserta yang berjaya akan dihubungi oleh urus setia bagi penyelarasan lanjut 🙌🏻



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

16/06/2026

📣 HEBAHAN RASMI KARNIVAL BELIA SABAH 2026

🔥 JOM SERTAI KARNIVAL BELIA SABAH 2026! 🔥

Ayuh seluruh belia Sabah memeriahkan Karnival Belia Sabah 2026 yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara 2026!

📅 Tarikh: 10 – 11 Julai 2026 (Jumaat & Sabtu)
📍 Tempat: Dewan Tertutup, Kompleks Sukan Tawau

✨ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda: 🎮 E-Sukan & permainan interaktif
🎤 Persembahan pentas dan hiburan belia
🏆 Pertandingan dan cabaran belia
🤝 Pameran agensi kerajaan & NGO
💡 Program pembangunan kepimpinan dan keusahawanan belia
📸 Aktiviti kreatif dan kandungan digital

Majlis akan disempurnakan oleh:
YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor
Ketua Menteri Sabah

🎯 Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada gelombang belia yang progresif, kreatif dan berdaya saing!
"Belia Sabah, Pemacu Masa Depan Negeri"

📢 Kongsikan kepada rakan-rakan dan keluarga. Jumpa anda di Tawau!





‼️Program Inspire i-Talent Peringkat Bahagian Pedalaman Atas 2026 anjuran Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pedalaman...
11/06/2026

‼️Program Inspire i-Talent Peringkat Bahagian Pedalaman Atas 2026 anjuran Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pedalaman Atas akan dilaksanakan untuk pencarian bakat baru atlit sukan Orang Kurang Upaya yang melibatkan peserta dari kumpulan sasar BERKERUSI RODA, FIZIKAL dan PENGLIHATAN. Jangan lepaskan peluang gais..








Address

Keningau
89###0 TO 89###9

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PBSB Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share