Dewan Pemuda PAS Keningau

Dewan Pemuda PAS Keningau Fastaqim

24/08/2026

πŸŒ™ Selamat Memperingati Maulid Nabi Muhammad SAW ο·Ί

12 Rabiulawal 1448H

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus subur dalam hati, serta menjadi inspirasi untuk mencontohi akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan.

β€œSesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik.” 🀍



23/08/2026
17/08/2026

Sekali tengok, nampak logo ini berbentuk Wau Bulan.

Tapi rupanya lagi banyak elemen yang terdapat dalam logo ini.

Cuba tengok penerangan Logo Muktamar Dewan Pemuda PAS Kali ke-67 ini.

Barulah demo akey kenal barey!

14/08/2026

PAS KAWASAN KENINGAU

πŸŒ™ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ 𝟏 π‘π€ππˆπ”π‹π€π–π€π‹ πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡ πŸŒ™

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sempena 1 Rabiulawal, marilah kita menghayati kembali perjuangan dan akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai contoh terbaik dalam kehidupan.

πŸ“– β€œπ‘Ίπ’†π’”π’–π’π’ˆπ’ˆπ’–π’‰π’π’šπ’‚ 𝒕𝒆𝒍𝒂𝒉 𝒂𝒅𝒂 𝒑𝒂𝒅𝒂 π’…π’Šπ’“π’Š 𝑹𝒂𝒔𝒖𝒍𝒖𝒍𝒍𝒂𝒉 π’Šπ’•π’– π’”π’–π’“π’Š 𝒕𝒆𝒍𝒂𝒅𝒂𝒏 π’šπ’‚π’π’ˆ π’ƒπ’‚π’Šπ’Œ π’ƒπ’‚π’ˆπ’Š π’Œπ’‚π’Žπ’–.”

β€” Surah al-Ahzab: 21

Semoga bulan Rabiulawal ini menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW, memperbanyakkan selawat serta mendorong kita meneladani sunnah dan akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.

Ikhlas daripada:
PAS Kawasan Keningau
β€œIstiqamah Memimpin Ummah”

11/08/2026

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€

𝐏𝐀𝐒 πŠπ€π–π€π’π€π πŠπ„ππˆππ†π€π” π’πŽπŠπŽππ† πˆπ’π” 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 π“πˆπŠπ„π“ 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 π˜π€ππ† πŒπ„πŒππ„ππ€ππŠπ€π π‘π€πŠπ˜π€π“

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam damai.

Pihak PAS Kawasan Keningau menyambut baik serta menyokong isu berkaitan harga tiket penerbangan yang tinggi dari Sabah ke Semenanjung, khususnya yang telah dibangkitkan oleh YB Datuk Dr Aliakbar bin Gulasan, Pesuruhjaya PAS Sabah.

Mutakhir ini, kita menyaksikan harga tiket penerbangan pergi dan balik dari Sabah ke Kuala Lumpur yang semakin tinggi sehingga membebankan rakyat, khususnya rakyat Sabah. Keadaan ini turut memberi kesan kepada mereka yang perlu berulang-alik atas urusan pekerjaan, pendidikan, kesihatan, keluarga serta urusan rasmi.

Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, harga tiket penerbangan yang terlalu tinggi sudah tentu menambahkan lagi beban kewangan rakyat. Isu ini bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat Sabah, malah turut memberi implikasi kepada pelancong dan masyarakat luar yang ingin berkunjung ke Sabah.

PAS Kawasan Keningau memahami bahawa syarikat penerbangan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kelangsungan operasi dan keuntungan syarikat. Namun begitu, aspek kebajikan dan kemampuan rakyat sebagai pengguna juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

Adalah menjadi sesuatu yang membimbangkan apabila harga penerbangan domestik ke Sabah pada masa-masa tertentu dilihat terlalu tinggi, malah terdapat keadaan di mana kos penerbangan ke destinasi luar negara kelihatan lebih rendah berbanding penerbangan ke Sabah.

Justeru, PAS Kawasan Keningau menyeru pihak kerajaan agar mengambil perhatian serius serta mencari jalan penyelesaian yang lebih menyeluruh terhadap isu harga tiket penerbangan ke Sabah.

PAS Kawasan Keningau turut menyeru pihak syarikat penerbangan agar mempertimbangkan kadar tambang yang lebih munasabah, telus dan tidak membebankan rakyat, khususnya ketika musim perayaan, cuti sekolah dan waktu-waktu permintaan tinggi.

Kami berharap pihak-pihak berkaitan dapat menilai isu ini dengan penuh keadilan dan lebih cakna terhadap kebajikan rakyat sebagai pengguna.

Dalam masa yang sama, PAS Kawasan Keningau mendoakan agar industri penerbangan negara terus berkembang maju dan berjaya pada masa hadapan, tanpa mengabaikan soal kebajikan serta kemampuan rakyat.

Rakyat bukan sekadar pelanggan, tetapi mereka juga mempunyai hak untuk menikmati perkhidmatan yang adil dan munasabah.

Sekian, terima kasih.

𝐏𝐀𝐒 πŠπ€π–π€π’π€π πŠπ„ππˆππ†π€π”
𝟏𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 πŸπŸŽπŸπŸ”

03/08/2026

Ada yang tanya, apa sebenarnya maksud di sebalik logo Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Kali Ke-39?

Ada yang nampak macam tulisan Arab.
Ada yang kata macam burung.
Ada juga yang nampak macam kapal layar.

Hakikatnya, setiap garisan pada logo ini bukan direka secara kebetulan.

Logo ini mengangkat sejarah, identiti dan semangat perjuangan, dengan simbol-simbol yang berkait rapat dengan Sabah amnya dan Sandakan khususnya sebagai tuan rumah muktamar kali ini.

Mari kenali falsafah di sebalik setiap elemen logo.



03/08/2026
02/08/2026

KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS SABAH

Penyatuan Ummah, Amanah Rakyat: Tahniah Jentera PN-BN Negeri Sembilan

1. Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh jentera, petugas serta para pendukung Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan atas komitmen, kesungguhan dan pengorbanan yang tinggi.

2. Sesungguhnya perjuangan politik bukan sekadar mencari kemenangan di medan pilihan raya, tetapi merupakan amanah besar yang menuntut keikhlasan hati, kebersihan jiwa, integriti yang utuh serta rasa tanggungjawab.

3. Justeru, saya menyeru agar setiap wakil rakyat yang diberikan mandat sentiasa memimpin dengan akhlak yang mulia, menjunjung nilai-nilai murni serta meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala kepentingan yang lain.

4. Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat bukan sekadar penghormatan, bahkan satu beban amanah yang wajib dipikul dengan penuh ihsan. Amanah itu hendaklah diterjemahkan melalui tadbir urus yang berhemah, perkhidmatan yang berkesan, rendah hati serta kesediaan untuk sentiasa mendengar denyut nadi dan harapan masyarakat.

5. Semoga semangat penyatuan ummah yang terus diperkukuh menjadi tiang seri kepada kestabilan politik, keharmonian masyarakat dan kemajuan negeri. Perpaduan yang dibina atas asas keikhlasan, saling menghormati dan kebijaksanaan akan menjadi kekuatan yang menyatukan hati, memperteguh saf perjuangan serta membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat dan kemakmuran negara.

6. Marilah kita meneruskan khidmat dengan istiqamah dan rasa syukur. Sesungguhnya amanah rakyat bukan sekadar tanggungjawab yang dinilai oleh manusia, bahkan merupakan amanah yang kelak akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT. Semoga setiap langkah yang diatur sentiasa dipandu dengan hikmah, diberkati dengan keikhlasan dan menjadi amal soleh yang berkekalan.

DATUK DR. ALIAKBAR BIN GULASAN
Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah
ADUN N. 16 Karambunai
2 Ogos 2026

Address

Keningau
89###0 TO 89###9

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share