12/12/2025
11.12.2025 || Khamis , Lawatan penanda aras Argo Mas telah diadakan bertempat di Ladang Datuk Yap Yun F**k, Keningau. Lawatan ini telah diketuai oleh Yang Berbahagia KJP Datoβ Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia bersama Yang Berbahagia Datuk Zul Hadi Bin Ahmad, Pengarah Bahagian Pertanian, Kementerian Ekonomi.
Rombongan turut diiringi oleh TKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Negeri Sabah dan WP Labuan serta TKP Hamid Bin Taha, Timbalan Pengarah Bahagian Korekrif (Seksyen Vokasional dan Industri) dan PKP Sirajuddin bin Abdul Majid, Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau.
Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan pendedahan berkaitan model pertanian Argo Mas sebagai penanda aras dalam memperkukuh program vokasional dan industri pertanian di institusi pemulihan. Lawatan juga memberi ruang bagi perkongsian strategi pengurusan ladang, peningkatan produktiviti serta peluang kerjasama masa hadapan.
YBhg. Datoβ turut berkesempatan berjumpa dengan ODP seliaan PPD Pedalaman yang bekerja di CSI tersebut, sekaligus meninjau perkembangan disiplin, produktiviti serta keberhasilan program integrasi semula melalui peluang pekerjaan.