10/08/2026
BENGKEL PENGUKUHAN PENGURUSAN KEWANGAN DALAM KONTEKS PENGURUSAN PERBELANJAAN BMT BERSAMA GURU TABIKA PERPADUAN DAERAH ZON PEDALAMAN ATAS, SABAH
Telah berlangsung Bengkel Pengukuhan Pengurusan Kewangan dalam Konteks Pengurusan Perbelanjaan BMT pada 10 Ogos 2026 (Isnin) di TP Masjid, Keningau dikendalikan oleh Puan Jendri Mangku, Pegawai Perpaduan Daerah ZPA bersama Cikgu Ropita Bt Gandok, Jurulatih Utama (JU) dan Cikgu Nur Fadzillah Bt Roslee, Penolong Jurulatih Utama TP ZPA yang melibatkan semua Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan di ZPA (10 Kelas).
Bengkel ini diadakan sebagai platform untuk meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kecekapan dalam aspek pengurusan kewangan serta tatacara perbelanjaan BMT, selaras dengan peraturan dan ketetapan yang berkuat kuasa.
Melalui bengkel ini, para peserta turut diberi penekanan berkaitan perancangan perbelanjaan, pengurusan dokumen kewangan, rekod perbelanjaan serta akauntabiliti dalam pengurusan peruntukan, agar setiap perbelanjaan dapat dilaksanakan secara teratur, telus dan berintegriti.
Diharapkan pengisian bengkel ini dapat memperkukuh amalan pengurusan kewangan dalam kalangan warga Tabika Perpaduan Daerah Zon Pedalaman Atas, seterusnya memastikan pengurusan peruntukan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab demi kelancaran pengoperasian dan penyampaian perkhidmatan Tabika Perpaduan kepada masyarakat.
“Pengurusan Kewangan Berintegriti, Perbelanjaan Berkualiti.”