30/05/2023
Selasa | 30 Mei 2023
PERJUMPAAN KETUA-KETUA PENERANGAN BAHAGIAN BERSAMA YB DATUK HAJI NIZAM DSP ABU BAKAR TITINGAN -KETUA PENERANGAN GAGASAN RAKYAT ( PGRS)
Pada hari Isnin bersamaan dengan 29 Mei , suatu perjumpaan Ketua -Ketua Penerangan Bahagian yang mewakili DUN masing-masing bersama Ketua Penerangan Gagasan Rakyat (PGRS) , YB Datuk Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan telah diadakan di SICC, Kota Kinabalu.
Ketua Penerangan Wanita Gagasan Rakyat Pusat, Puan Anna Bell Perian bersama Ketua-Ketua Penerangan Sayap, Tuan Barhul Sahibu (Pemuda) dan Cik Carmen Meldan (Beliawanis) berpeluang untuk hadir ke perjumpaan tersebut.
Pada perjumpaan itu, Nizam selaku Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Pusat menyampaikan taklimat berkenaan dengan peranan Ketua Penerangan sebagai penyampai maklumat -maklumat berkaitan dengan pencapaian dan aktiviti pemimpin pusat mahupun di peringkat bahagian kepada orang awam.
Setiausaha Agung Datuk Mohd Razali Razi juga turut menyampaikan taklimat ringkas di mana beliau menerangkan dari sudut undang -undang berkenaan dengan perlembagaan parti dan keahlian.
Selain daripada taklimat ringkas, sesi soal jawab juga diadakan untuk membolehkan Ketua -Ketua Penerangan Bahagian mengajukan persoalan berkenaan isu-isu semasa .
Majlis perjumpaan telah berjalan dengan lancar dan menerima sambutan yang sangat baik dikalangan Ketua-Ketua Penerangan Bahagian yang hadir.
Sehubungan itu, Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Apas merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ketua -Ketua Penerangan kerana memberikan respons yang amat memuaskan dan beliau berharap momentum inj akan terus dikekalkan.
Hadir bersama di perjumpaan ini, Timbalan Setiausaha Agung Gagasan Rakyat Tuan Stephen Jimbangan.