Polis Daerah Keningau

Polis Daerah Keningau Facebook 'POLIS DAERAH KENINGAU' sebagai platform alternatif untuk menyampaikan maklumat Terkini

SERAH TERIMA TUGAS KETUA POLIS DAERAH KENINGAU DAN PENGERUSI PERKEP DAERAH KENINGAUKENINGAU, 2 September 2026 – Majlis S...
02/09/2026

SERAH TERIMA TUGAS KETUA POLIS DAERAH KENINGAU DAN PENGERUSI PERKEP DAERAH KENINGAU

KENINGAU, 2 September 2026 – Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Keningau dan Pengerusi PERKEP Daerah Keningau telah berlangsung di Dewan Anchayau, Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau.

Majlis disaksikan oleh YDH CP Datuk Jauteh bin Dikun, JP, Pesuruhjaya Polis Sabah bersama YBhg. Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah, serta dihadiri barisan kepimpinan PDRM, pegawai dan anggota serta ahli PERKEP.

Majlis menyaksikan YDH SUPT Yampil Anak Garai menyerahkan tugas Ketua Polis Daerah Keningau kepada YDH SUPT Erwansyah bin Abdul Basir, manakala YBhg. Puan Juyah Lamon menyerahkan tugas Pengerusi PERKEP Daerah Keningau kepada YBhg. Puan Siti Khadijah binti Mohd Ali.

Turut berlangsung upacara pemakaian pangkat Superintendan Polis (SUPT) kepada YDH Erwansyah bin Abdul Basir yang disempurnakan oleh YDH Pesuruhjaya Polis Sabah.

Dalam amanatnya, YDH Pesuruhjaya Polis Sabah menekankan aspek integriti, kualiti penyampaian perkhidmatan dan kepuasan masyarakat dalam pelaksanaan tugas kepolisan. Beliau turut mengingatkan kepimpinan IPD Keningau agar memahami adat, budaya dan tradisi masyarakat setempat serta mengamalkan pendekatan berhemah dan win-win dalam menangani sesuatu isu tanpa mengetepikan peruntukan undang-undang.

Majlis ini melambangkan kesinambungan kepimpinan serta komitmen PDRM untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Seluruh warga IPD Keningau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YDH SUPT Yampil Anak Garai dan YBhg. Puan Juyah Lamon atas segala jasa, khidmat bakti dan sumbangan sepanjang berada di Keningau.

Selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada YDH SUPT Erwansyah bin Abdul Basir dan YBhg. Puan Siti Khadijah binti Mohd Ali. Semoga terus memacu kecemerlangan IPD Keningau dan PERKEP Daerah Keningau.
POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

MAJLIS PENYERAHAN DAN PERASMIAN DEWAN ANCHAYAU, IPD KENINGAUKENINGAU, 2 September 2026 (Rabu) – Pesuruhjaya Polis Sabah,...
02/09/2026

MAJLIS PENYERAHAN DAN PERASMIAN DEWAN ANCHAYAU, IPD KENINGAU

KENINGAU, 2 September 2026 (Rabu) – Pesuruhjaya Polis Sabah, YDH CP Datuk Jauteh bin Dikun, JP telah menyempurnakan Majlis Penyerahan dan Perasmian Dewan Anchayau, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau yang berlangsung di Dewan Anchayau, Kompleks Perumahan IPD Keningau.

Turut hadir YBhg. Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah; YDH SAC Datuk Ahsmon bin Bajah, Ketua Jabatan Pengurusan Sabah; YDH ACP Wong Leong Meng, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Sabah; YDH Supt Yampil Anak Garai, Ketua Polis Daerah Keningau; YBhg. Puan Juyah Lamon, Pengerusi PERKEP Keningau serta barisan pegawai kanan dan warga IPD Keningau.

Majlis turut dihadiri YBhg. Tuan Charles Peter Mojuntin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perbadanan Pinjaman Sabah; YBhg. Tuan Norsih bin Nusuri, Pegawai Daerah Keningau serta barisan kepimpinan Sabah Credit Corporation (SCC).

Dalam ucapannya, YDH CP Datuk Jauteh bin Dikun merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sabah Credit Corporation atas sumbangan yang diberikan kepada PDRM, khususnya Kontinjen Sabah, dalam membantu meningkatkan kebajikan serta kemudahan warga pasukan.

Beliau berkata, kewujudan Dewan Anchayau akan memberi manfaat besar kepada warga IPD Keningau sebagai kemudahan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti termasuk majlis keramaian, pertandingan sukan, perhimpunan serta program kebajikan dan kemasyarakatan.

Beliau turut menyeru seluruh warga IPD Keningau supaya menggunakan kemudahan tersebut secara optimum serta memelihara dan menjaganya dengan sebaik mungkin agar dapat dimanfaatkan untuk jangka masa panjang.

Menurut beliau, nama “Anchayau” dipilih berasaskan inspirasi daripada irama tradisi pahlawan yang melambangkan kecekapan, kejayaan dan kemenangan, sekali gus menjadi simbol keberanian serta keteguhan warga PDRM dalam memelihara keamanan dan kedaulatan negara.

Kemuncak majlis menyaksikan simbolik penyerahan Dewan Anchayau oleh YBhg. Tuan Charles Peter Mojuntin kepada YDH CP Datuk Jauteh bin Dikun, diikuti gimik perasmian dan tandatangan plak perasmian.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati, sesi bergambar serta acara penanaman pokok oleh YDH Pesuruhjaya Polis Sabah bersama YBhg. Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah.

Penyediaan Dewan Anchayau bukan sahaja mencerminkan hubungan strategik dan kerjasama erat antara PDRM dengan Sabah Credit Corporation, malah menjadi satu bentuk penghargaan terhadap peranan PDRM dalam menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat.

Kemudahan ini diharap dapat memperkukuh kebajikan warga IPD Keningau, mengeratkan hubungan kekeluargaan serta memantapkan semangat berpasukan dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”






PERHIMPUNAN KHAS IPD KENINGAU DAN AMANAT TERAKHIR YDH SUPT YAMPIL ANAK GARAIKENINGAU, 2 September 2026 – Suasana penuh p...
02/09/2026

PERHIMPUNAN KHAS IPD KENINGAU DAN AMANAT TERAKHIR YDH SUPT YAMPIL ANAK GARAI

KENINGAU, 2 September 2026 – Suasana penuh penghargaan dan bermakna menyelubungi Perhimpunan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau yang berlangsung di Dewan Anchayau, Kompleks Perumahan Polis IPD Keningau.

Perhimpunan tersebut menjadi lebih istimewa apabila YDH Supt Yampil Anak Garai, Ketua Polis Daerah Keningau, menyampaikan amanat terakhir beliau kepada seluruh warga IPD Keningau sebelum menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Ketua Polis Daerah yang baharu.

Turut hadir YBhg. Puan Juyah Lamon, Pengerusi PERKEP Keningau, YDH DSP Alizam bin Hj. Dalaman, Timbalan Ketua Polis Daerah Keningau, YBhg. Puan Yueinna Suzienna binti Mohd Salleh, Naib Pengerusi PERKEP Keningau, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Ketua Polis Balai, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam serta ahli PERKEP Keningau.

Dalam amanatnya, YDH Supt Yampil merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga IPD Keningau yang telah memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen sepanjang tempoh beliau menerajui daerah ini.

Beliau berpesan agar setiap warga pasukan terus melaksanakan amanah dengan ikhlas, jujur, penuh integriti dan bertanggungjawab, selain sentiasa memelihara maruah pasukan serta kepercayaan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau turut menekankan bahawa kekuatan sesebuah organisasi terletak pada semangat berpasukan, kebersamaan dan saling menghormati. Kejayaan hendaklah dibina melalui kerjasama, kerja keras dan kebaikan bersama, bukannya dengan menjatuhkan rakan sejawat atau mementingkan kepentingan diri.

Mengakhiri amanatnya, YDH Supt Yampil berharap segala semangat kerjasama, kesetiaan dan komitmen yang diberikan kepadanya selama ini akan terus dipertahankan serta diteruskan kepada Ketua Polis Daerah Keningau yang baharu, demi memastikan kesinambungan kecemerlangan IPD Keningau dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Perhimpunan turut diserikan dengan penyampaian Sijil Penghargaan Ketua Polis Daerah Keningau dan Sijil PERKEP sebagai tanda penghargaan atas sumbangan serta khidmat bakti para penerima.

Sesungguhnya, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun, segala jasa, kepimpinan, nasihat dan amanat yang ditinggalkan akan terus menjadi kenangan serta pedoman buat seluruh warga IPD Keningau.

Seluruh warga IPD Keningau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YDH Supt Yampil Anak Garai dan YBhg. Puan Juyah Lamon atas segala jasa, khidmat bakti serta kepimpinan yang dicurahkan sepanjang berada di IPD Keningau.

Selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baharu. Semoga terus diberikan kejayaan dalam setiap amanah yang digalas.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”



01/09/2026
MAJLIS JASA MU DIKENANG: SETULUS PENGHARGAAN, SEJUTA KENANGANKENINGAU, 27 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau ...
28/08/2026

MAJLIS JASA MU DIKENANG: SETULUS PENGHARGAAN, SEJUTA KENANGAN

KENINGAU, 27 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau telah mengadakan Majlis Jasa Mu Dikenang “Setulus Penghargaan, Sejuta Kenangan” khas buat YDH Supt. Yampil Anak Garai, Ketua Polis Daerah Keningau dan YBhg. Puan Juyah Lamon, Pengerusi PERKEP IPD Keningau.

Majlis diadakan sebagai tanda penghargaan dan apresiasi atas segala jasa, khidmat bakti, kepimpinan serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah dan tanggungjawab di IPD Keningau.

Sepanjang menerajui IPD Keningau, YDH Supt. Yampil Anak Garai telah memberikan komitmen dan kepimpinan dalam memastikan keselamatan serta ketenteraman masyarakat terus terpelihara, di samping memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara PDRM dengan masyarakat serta pelbagai agensi di daerah Keningau.

Pada masa yang sama, YBhg. Puan Juyah Lamon turut dihargai atas sumbangan, sokongan dan komitmen beliau dalam menerajui PERKEP IPD Keningau serta melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan penuh kenangan itu turut menjadi wadah untuk warga IPD Keningau menzahirkan penghargaan atas segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan.

Seluruh warga IPD Keningau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YDH Supt. Yampil Anak Garai dan YBhg. Puan Juyah Lamon. Semoga segala jasa dan kenangan yang tercipta akan terus terpahat dalam ingatan.

“Setulus Penghargaan, Sejuta Kenangan”







𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐂𝐀𝐌 “𝐑𝐄𝐃𝐄𝐄𝐌 𝐏𝐎𝐈𝐍𝐓” 𝐂𝐄𝐋𝐂𝐎𝐌𝐃𝐈𝐆𝐈 !⚠️ Jangan mudah terpedaya dengan mesej yang mendakwa mata ganjaran CelcomDigi ak...
28/08/2026

𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐂𝐀𝐌 “𝐑𝐄𝐃𝐄𝐄𝐌 𝐏𝐎𝐈𝐍𝐓” 𝐂𝐄𝐋𝐂𝐎𝐌𝐃𝐈𝐆𝐈 !

⚠️ Jangan mudah terpedaya dengan mesej yang mendakwa mata ganjaran CelcomDigi akan tamat tempoh dan meminta anda menekan pautan untuk menebus ganjaran.

🔴 Jangan klik pautan mencurigakan!

🔴 Jangan masukkan maklumat perbankan!

🔴 Jangan berikan OTP/TAC atau kata laluan!

🔴 Semak tawaran hanya melalui saluran rasmi CelcomDigi.

Jika anda mengesyaki telah berlaku transaksi mencurigakan, ambil tindakan pantas:

✅ Hubungi NSRC di talian 997 secepat mungkin.

✅ Buat laporan polis dan sertakan maklumat berkaitan seperti nombor akaun, nombor telefon suspek, rekod transaksi serta tangkap layar perbualan.

📌 INGAT: Scammer menggunakan tawaran hadiah atau mata ganjaran sebagai umpan untuk mendapatkan maklumat peribadi dan perbankan mangsa.




PROGRAM OUTREACH KOREKTIF MERDEKA PERINGKAT SEKOLAH HENRY GURNEY KENINGAU TAHUN 2026KENINGAU, 27 Ogos 2026 – Ketua Polis...
27/08/2026

PROGRAM OUTREACH KOREKTIF MERDEKA PERINGKAT SEKOLAH HENRY GURNEY KENINGAU TAHUN 2026

KENINGAU, 27 Ogos 2026 – Ketua Polis Daerah Keningau, YDH Supt Yampil Anak Garai telah menghadiri Program Outreach Korektif Merdeka Peringkat Sekolah Henry Gurney Keningau Tahun 2026 yang berlangsung di Pusat Pengumpulan Hasil Agro Penjara, Sekolah Henry Gurney Keningau.

Program tersebut turut dihadiri YB Datuk Nik Mohd Nadzri bin Nik Zawawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.41 Liawan merangkap Pengerusi MUIS Holdings Sdn. Bhd., Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau, PKP Sirajuddin bin Abdul Majid, Timbalan Pengarah, TPP Sharudin bin Tahir, serta wakil jabatan dan agensi berkaitan.

Antara pengisian program ialah ceramah “Negara Merdeka, Negara Bebas Dadah” oleh AADK Keningau, taklimat Program Pemulihan Dalam Komuniti oleh Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Pedalaman serta ceramah “Kemerdekaan Sebenar: Membina Sahsiah, Menjauhi Jenayah” yang disampaikan oleh ASP Daniel Dominic, Insp. Siasatan/Perundangan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Keningau.

Program turut dimeriahkan dengan pameran kepenjaraan, hasil kemahiran prospek dan persembahan penghuni sebelum disempurnakan dengan perasmian penutupan oleh YB Datuk Nik Mohd Nadzri bin Nik Zawawi.

Program ini merupakan antara usaha dalam meningkatkan kesedaran, membentuk sahsiah dan jati diri serta memberi pendedahan positif kepada prospek agar menjauhi dadah dan jenayah. Ia juga dapat memperkukuhkan kerjasama strategik antara PDRM, Sekolah Henry Gurney Keningau serta jabatan dan agensi berkaitan dalam menyokong proses pemulihan dan pembentukan masa depan prospek yang lebih baik.






🚨 SEMAK MULE PDRM — SEMAK DAHULU, ELAK JADI MANGSA! 🚨Dalam era digital, jenayah penipuan semakin licik dan menyasarkan s...
26/08/2026

🚨 SEMAK MULE PDRM — SEMAK DAHULU, ELAK JADI MANGSA! 🚨

Dalam era digital, jenayah penipuan semakin licik dan menyasarkan sesiapa sahaja. Sebelum membuat sebarang transaksi, pastikan anda membuat semakan terlebih dahulu melalui SEMAK MULE PDRM.

🔎 APA YANG BOLEH DISEMAK?
📱 No. Telefon
🏦 No. Akaun Bank
🏢 Nama Syarikat

🌐 Layari portal rasmi:
https://semakmule.rmp.gov.my/

⚠️ HATI-HATI KETIKA MEMBUAT PELABURAN!

Jangan mudah terpedaya dengan:
❌ Janji keuntungan tinggi dalam masa singkat
❌ Tawaran pelaburan terlalu menarik
❌ Desakan membuat pembayaran segera
❌ Pelaburan yang tidak jelas atau tidak berlesen

🛡️ INGAT!
Jika ragu-ragu, SEMAK DAHULU sebelum membuat sebarang bayaran.

📞 Jika anda menjadi mangsa atau mengesyaki berlaku penipuan, hubungi NSRC 997 dan laporkan kepada pihak polis dengan segera.

BERSAMA KITA CEGAH JENAYAH KOMERSIL
BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL DAERAH KUDAT




UPDATE KES OH BAGI DAERAH KENINGAU :-Pada 24.08.2026 jam lebih kurang 0830hrs, keluarga mangsa OH telah membuat laporan ...
25/08/2026

UPDATE KES OH BAGI DAERAH KENINGAU :-

Pada 24.08.2026 jam lebih kurang 0830hrs, keluarga mangsa OH telah membuat laporan susulan berkenaan status OH yang telah berjaya dihubungi dan berada dalam keadaan selamat.

PDRM Keningau mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh masyarakat atas kerjasama dalam menyalurkan maklumat dan keprihatinan semua.

PDRM Keningau juga menasihatkan kepada semua masyarakat supaya meninggalkan pesanan atau pemakluman kepada keluarga terlebih dahulu sebelum keluar rumah atau hendak pergi ke mana mana bagi mengelakkan kegusaran dan kerisauan kepada keluarga.






KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KENINGAUKES ORANG HILANG BAGI IPD KENINGAU
23/08/2026

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KENINGAU
KES ORANG HILANG BAGI IPD KENINGAU






Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau
Keningau
89007

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share